Tak payah fikir banyak-banyak. Korang mula satu-satu, okay?
1. Tetapkan matlamat kewangan
First, korang kena ada matlamat kewangan. Kalau takde, korang akan mudah hilang fokus dan tak tahu nak mula dari mana!
Mula-mula, bahagikan dulu matlamat kewangan korang kepada:
- Jangka masa pendek
- Jangka masa sederhana
- Jangka masa panjang
Ni cara untuk korang guna formula SMART:
(S)pesifik |
Nak simpan duit kahwin sebanyak RM10,000 |
---|---|
(M)asa | Kumpul dalam masa 2 tahun atau 24 bulan |
(A)rah Tujuan |
Berapa nak simpan dalam sebulan? Contoh, RM500 sebulan, perlu tak buat side income? |
(R)elevan |
Matlamat tu relevan tak? Contoh, kalau nak simpan RM1 juta dalam masa 2 bulan tapi gaji korang pun RM1,200 sebulan, tak relevan la kan |
(T)ekad | Boleh tak matlamat ni buat korang tekad untuk terus disiplin? Korang kena ada tekad yang kuat dan sebab yang kukuh atau a big why yang boleh bantu korang konsisten |
Bila dah selesai, baru boleh beralih ke langkah yang seterusnya.
2. Uruskan pendapatan
Bila ada matlamat yang clear, barulah boleh fokus untuk susun gaji korang. Sebenarnya, untuk korang capai matlamat, ada dua je cara yang boleh bantu korang :
- Tambah pendapatan
- Kurangkan perbelanjaan
a) Tahu beza keperluan dan kehendak
Keperluan dan kehendak ni sebenarnya bergantung kepada korang. Contohnya macam makanan. Memanglah kita ni makan untuk hidup. Cuma yang jadi masalahnya bila terlampau rajin berdapur kat kedai hipster. Tahu-tahu, poket tinggal habuk je.
b) Bagi self reward
Ada yang kata self reward ni tak penting. Sebenarnya nilah punca korang tak mampu nak konsisten sebab korang rasa tak seronok.
Memanjang teringin macam-macam tapi tak dapat. Tapi korang pun agak-agaklah. Kalau dah separuh gaji dok perabis kat reward, alamatnya kelautlah simpanan korang!
Korang kena pastikan ada peruntukan untuk simpanan. So, kitorang cadangkan korang guna 50/30/20 Rule of Thumb yang diperkenalkan oleh Elizabeth Warren.
Ni cara agihan 50/30/20 Rule of Thumb:
50% Keperluan | hutang, sewa, bil, utiliti, makan dan minum |
---|---|
30% Keinginan | shopping, hiburan, wayang |
20% Matlamat | simpanan, perlindungan, pelaburan |
Konsep 50/30/20 ni akan buatkan aliran tunai koranglebih teratur. Pasni tak ada isu dah overspent atau ada komitmen yang tertunggak. Semuanya ditanggung beres!
3. Pastikan ada simpanan
Bila korang dah pandai urus gaji, secara automatiknya korang ada simpanan sendiri. Paling penting, korang kena ada simpanan untuk kecemasan, lebih kurang 3 bulan gaji korang.
Kecemasan kat sini macam hilang kerja atau income sebab pandemik. Beli baju raya tu bukan kecemasan ye. The point is, bila korang dah ada simpanan kecemasan yang cukup, baru lah korang boleh fikir pasal jenis simpanan lain pulak. Contohnya, simpanan untuk kahwin, melancong atau sambung belajar.
Lagi bagus kalau korang konsisten menabung walaupun sikit. Sebab sikit-sikit lama jadi bukit juga. Nanti kalau dah jumpa jodoh, kahwin jelah terus!
Tapi, pendapatan dengan simpanan je tak cukup. Korang kena ada...
4. Perlindungan (insurans)
Kenapa? Sebabnya, malang tak berbau. Korang tak kan tahu bila korang sakit atau ditimpa kemalangan. Bil perubatan pun bukannya murah sekarang. Jadi Medical card ni akan memudahkan urusan kalau korang kena tahan kat hospital atau perlukan rawatan yang berterusan. Contohnya macam kes Watson Nyambek. Beliau muflis selepas membuat pinjaman untuk menampung kos rawatan bapa beliau.
Mungkin keadaan ni tak akan berlaku bila ada insuran atau Medical Card. Kalau korang rasa nak tahu lagi detail tentang Medical Card, korang boleh baca kat sini.
Sumber: HelloDoktor
Tapi sebelum korang apply, korang kena tanya betul-betul, polisi insurans korang:
- Cover untuk apa je?
- Berapa kena bayar untuk premium bulanan?
- Ada limit ke kalau nak claim?
- Berapa kali boleh claim?
Penting untuk korang dah tahu semua details ni untuk elakkan unsur penipuan. Bila dah tahu, barulah korang boleh proceed dengan jenis perlindungan yang korang nak. Ambik insurans ni pula, biarlah berpada-pada dan ikut bajet.
Biasanya, ni jenis perlindungan yang orang selalu ambik: :
- Income protection atau pelan penggantian pendapatan
- Medical card
Dua-dua ni penting. Contoh, kalau kemalangan tu menyebabkan kecacatan kekal, income protection nilah yang boleh ringankan beban keluarga atau pasangan korang.
Dah setel semua kat atas? Ada lebihan duit?
5. Korang boleh cuba melabur
Tapi korang kena beringat tau, setiap pelaburan ada risikonya tersendiri. Dekat Malaysia ni, ada banyak pilihan pelaburan yang korang boleh cuba tau! Contohnya macam simpanan tetap (fixed deposit), ASB, emas, cryptocurrency dan money market fund. Sebelum korang pilih mana-mana pelaburan, korang kena ingat tips ni dulu:
- Belajar dulu sampai mahir tentang pelaburan yang korang pilih.
- Setiap pelaburan ada risiko.
- Kalau korang tak ready nak tanggung risiko, simpan duit pun dah memadai.
- Pastikan dana kecemasan kukuh, baru fikir untuk melabur.
- Pilih saluran yang sah untuk cara pelaburan yang betul.
Bila lengkap seadanya…
6. Bayarlah zakat dan cukai
Untuk pengetahuan korang, zakat ni boleh dimanfaatkan dan dapat pelepasan sebanyak 100%! . Selain bayar zakat, banyak lagi cara yang korang boleh cuba untuk dapatkan pelepasan cukai. Tapi ingat, jangan lupa declare sebelum LHDN cari korang dulu ya. Lepas dah declare, barulah korang boleh claim pelepasan.
Sumber: Semakan Online
BACA: Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! INI Cara Nak Elakkan
Akhir sekali, jangan lupa wariskan harta kepada keluarga tercinta
7. Sediakan wasiat
Pastikan segala aset diwariskan dengan cara yang betul. Bila korang dah tak ada nanti, masa ni lah waris korang akan uruskan hutang,wasiat dan peninggalan yang korang ada, macam asb.
Korang boleh berurusan dengan amanah raya untuk wasiatkan harta korang. Penting untuk korang buat dokumen wasiat yang sahih dan formal. Sekurang-kurangnya kalau ada ketidakpastian, waris boleh bawa ke mahkamah untuk penjelasan.
Sumber: TheStar
Setiap kaedah pewarisan harta ni, korang kena faham dan buat kajian terperinci. Bila korang dah faham, barulah korang boleh wariskan harta kepada mereka yang berhak dengan saluran yang betul.
Kalau tak ada wasiat, semua aset korang akan diagihkan mengikut Akta Pembahagian 1958. Lagi teruk bila nilai aset korang akan susut dalam tempoh pelaksanaan wasiat. Rugi je aset korang nanti.
Kepada yang muslim, korang bolehlah pilih sama ada nak hibahkan harta korang ataupun ikut hukum faraid, di mana anak angkat atau anak tiri tidak layak mewarisi apa-apa harta.
Harapnya korang bolehlah rancang kewangan korang dengan lebih teliti lepas ni. Tahun baru 2022 nilah masa yang terbaik untuk korang mulakan lembaran baru untuk jaminan masa depan yang cerah dan lebih selesa.
Jangan lupa share dengan kawan-kawan!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: