Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

BY Team Loanstreet

Updated 18 Apr 2023




*Artikel ini asalnya ditulis oleh “Hakimie Amrie”. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

Pernah tak korang alami situasi dimana korang tak mampu nak renew roadtax dan insurans motosikal/insurans kereta sebab mahal sangat atau jarang guna? Korang pun decide untuk lengahkan dulu. Last-last, tangguh punya tangguh, lebih 3 tahun dah roadtax korang mati. 


Hah, mesti korang tengah pikir, “Eh, kenapa 3 tahun? Bukan sebelum ni, lebih 1 tahun expired tak boleh renew dah ke?”. Sebenarnya camni. Dari 4 September 2020, kerajaan decide untuk kasi je sesiapa yang roadtax expired lebih 1 tahun renew cam biasa. Kiranya, dah tak perlu buat pemeriksaan segala bagai dah dengan syarat roadtax tuh expired tak lebih dari 3 tahun. 

Buat pengetahuan korang, bila roadtax dah mati, tak boleh suka-suka je renew macam biasa. Ada beberapa benda yang korang kena settlekan dulu sebelum renew. Jangan risau k, boleh tengok langkah-langkah yang admin kongsikan ni untuk faham lebih lanjut. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Langkah 1: Kena booking PUSPAKOM dulu

Memula sekali, motosikal/kereta kesayangan korang tu kena hantar dekat Pejabat PUSPAKOM bagi tujuan pemeriksaan. Jadi, layari je laman web PUSPAKOM atau call je ofis dia yang terdekat untuk booking slot temujanji. Pastu sediakan RM20 bagi bayaran pemeriksaan.  



Kalau nak lagi murah, buat lah temujanji waktu Raya Aidilfitri atau Tahun baru Cina. Bagi perayaan lain pulak macam Deepavali, Hari Gawai dan Krismas selalunya PUSPAKOM tak buat promosi. Kami pun tak tahu kenapa, dah diorang buat tetapkan macam tu, kami ikut jelah. Janji boleh jimat. 

Lepas korang dah book slot yang sesuai, korang prepare lah apa yang patut. Macam kita nak lulus exam, kena lah study. Sama lah dengan motor/kereta jugak, kalau nak lulus pemeriksaan, korang kenalah baiki mana yang rosak. Macam side mirror motosikal korang tu tinggal sebelah je, pergi lah bengkel beli sebelah lagi. Alang-alang tu, basuh lah motosikal/kereta tu sekali, takkan nak bagi pegawai PUSPAKOM check debu kot. 
 


Langkah 2: Dapatkan permit perjalanan sementara

Korang dikira melanggar undang-undang kalau menunggang motor/kereta dengan roadtax mati tau. Dah tu, macam mana nak bawak untuk tujuan pemeriksaan? Senang je ekceli, dapatkan permit perjalanan sementara (JPJ K12) kat JPJ berdekatan. Permit ni kira macam roadtax sehari dan hanya boleh guna sekali je tau. Jangan pulak guna untuk tujuan lain. Kalau nak lagi senang, print dan lengkapkan siap-siap borang permit tu jadi korang hanya perlu dapatkan pengesahan pegawai je nanti. Klik sini untuk download permit. 

Selain permit ni, ada beberapa dokumen lain jugak yang korang kena sediakan macam geran original motosikal, kad pengenalan dan lesen memandu korang (pastikan hidup, kalau tak sia-sia je korang pergi PUSPAKOM). 

Kami perasan, ada sesetengah penunggang tak bother pun nak dapatkan permit ni, diorang bawak je secara haram kat PUSPAKOM.  Kami faham, bukan setiap masa kot roadblock. Jadi, kalau korang rasa nasib badan tu baik, terpulanglah tapi lebih baik berjaga-jaga, kang tak pasal-pasal kena saman. 
 


Langkah 3: Pemeriksaan motosikal/kereta

Sampai lah ke hari yang ditunggu-tunggu. Untuk memudahkan proses pemeriksaan pada hari tersebut, korang rujuk gambar bawah ni. 


Lepas dah daftar dan bayar, korang hanya perlu tunggu je pegawai PUSPAKOM datang kat motosikal/kereta korang. Antara benda yang pegawai tu akan buat termasuklah bandingkan nombor chasis kat motosikal dengan geran sama ada tally atau tak. Lampu, lampu signal, lampu brek dan hon jugak akan dicheck. Kalau semuanya berfungsi, korang dikira lulus dan laporan pemeriksaan akan dikeluarkan pada hari yang sama jugak (hanya sah dalam tempoh sebulan je). Jadi, pastikan korang renew roadtax balik dalam tempoh tersebut. 


*Ni lah rupa laporan pemeriksaan

Kalau gagal pulak macam mana? Korang kene buat lagi sekali lah. Rujuk carta alir tu untuk faham proses pemeriksaan ulangan. 
 


Langkah 4: Renew roadtax dan beli insurans motosikal 

Once korang dah lulus dan dapat laporan pemeriksaan daripada PUSPAKOM, bolehlah korang teruskan niat untuk renew roadtax dan beli insurans kenderaan tu. Tapi, boleh ke renew kedua-duanya sekali gus? 

Jawapannya, tak. Roadtax hanya boleh renew melalui JPJ kalau kenderaan korang diperiksa oleh PUSPAKOM. Jadi, pergilah renew roadtax di JPJ dahulu sebelum teruskan niat untuk membeli insurans kenderaan secara online melalui laman web Loanstreet.

Baca artikel ni kalau nak tahu step-by-step guide untuk renew secara online kat Loanstreet: Sekarang Boleh Beli/Renew Insurans Motosikal & Road Tax Online!

Lepas korang dah isi segala maklumat yang diperlukan dan buat pembayaran, Loanstreet akan hantar emel, untuk mintak korang sediakan beberapa dokumen macam salinan geran motosikal, cover note insurans sebelum ni dan jugak laporan pemeriksaan PUSPAKOM. 


*Contoh emel daripada Loanstreet

Yang bestnya renew dengan Loanstreet ni, korang boleh settlekan insurans guna smartphone je! Tak payah susah-susah cari agen insurans. Siap dengan penghantaran ke rumah lagi. Memang gerenti cepat dan mudah (5 minit jer!) 



Baca Jugak:   

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover

Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Bila...

Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Bila...