Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

7 Jenis Pelaburan di Malaysia yang Korang Boleh Cuba!

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 27 Sep 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Sebut sahaja melabur, mesti korang fikir untung berjuta-juta kan?  Maksud melabur secara mudahnya, korang guna sejumlah wang untuk kembangkan lagi nilai wang yang ada. Dekat Malaysia, ada macam-macam pelaburan yang ada. 

Kali ini, jom kita kaji 7 jenis pelaburan yang femes kat Malaysia ini. Sambil-sambil tu, kitorang share  jugak kelebihan dan kekurangan setiap pelaburan ni, supaya korang boleh decide mana yang terbaik. So, jom start!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Persediaan sebelum memulakan pelaburan

Sebelum korang terus melabur, korang kena ada persediaan sebelum buat pelaburan. Sebab apa? Pelaburan memang ada risiko ye, apa-apa pelaburan pun. Kalau tak ada risiko, itu namanya simpan duit, bukan labur duit.

Ada beberapa preparation yang korang boleh buat iaitu:

Pastikan cashflow bulanan ada lebihan

Jangan bulan-bulan cashflow pun tak ada lebih,semput-semput je, gatal nak pergi melabur. Sebab apa? Pelaburan ada risiko, bukannya terus kaya macam skim cepat kaya. Kalau tak ada cashflow lebih bulan-bulan, bila rugi, korang nak makan apa?

Jangan usik simpanan kecemasan

Simpanan kecemasan hanya untuk kegunaan kecemasan bukan pelaburan. Pelaburan bukan kecemasan dan ada risikonya yang korang kena tanggung.

Tahu risiko setiap pelaburan

Bagi setiap pelaburan, ada risikonya. Ada yang risiko dan rendah, jadi korang kena sesuaikan pilihan pelaburan yang korang nak buat dengan keadaan kewangan.

Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan

Ingat, setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan. Jadi, korang kena pandai nilai sendiri pelaburan mana yang sesuai dengan keadaan kewangan korang.

 

Ada dua strategi pelaburan:

 


1. Net worth strategy

Korang kumpul dan tunggu kenaikan nilai aset untuk jangka masa tertentu. Contoh, korang dapat untung dengan hasil kenaikan harga hartanah yang korang beli 5 tahun lalu.

2. Cash flow strategy

Tingkatkan keuntungan melalui dividen secara bulanan atau tahunan. Contohnya, korang dapat lebihan cashflow hasil dari sewaan hartanah bulan-bulan.

 

1. Pelaburan hartanah

 


Pelaburan hartanah merupakan salah satu pelaburan yang femes dekat Malaysia ni. Walau nampak femes, sebenarnya banyak benda yang korang perlu belajar bagi pelaburan hartanah ini. 

Pelaburan hartanah jugak ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Kelebihan Kekurangan
Boleh dapat untung dengan pelbagai cara: Dari sewa, keuntungan kenaikan hartanah, refinance atau flipping Aset tidak mudah cair
Keuntungan biasanya dalam jumlah yang besar Memerlukan modal yang besar
Boleh dapat lebihan cashflow setiap bulan Proses jual dan beli akan memakan masa
  Ada kos lain yang perlu ditanggung (kos penyelenggaraan, kos guaman dan lain-lain
  Risiko tiada penyewa atau risiko kerosakan rumah
 

BACA JUGAK:

Pelaburan Harta Tanah atau Kondominium

Ada 8 Jenis Rumah Kat Malaysia. Mana Satu Paling Sesuai Dengan Korang?

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

 

2. Pelaburan saham

 

Secara mudahnya, saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Ada saham yang boleh dimiliki secara public dan ada juga secara private. Ia berbeza dengan unit amanah kerana korang oleh urus sendiri untuk beli saham ini berbanding dengan unit trust yang akan diuruskan oleh fund manager.

Kelebihan Kekurangan
Boleh dilakukan secara online sahaja Perlu ada ilmu dan pengalaman untuk baca pergerakan pasaran
Boleh membeli saham di dalam dan luar negara Berisiko untuk mengalami kerugian kalau harga turun
Bebas membuat keputusan sendiri bagi pemilihan saham  
Mudah dicairkan  
Dua jenis keuntungan: Capital gain dan dividen gain  
 

BACA JUGAK:

Saham Pun Kena Bayar Zakat? Ni Cara Untuk Korang Kira!

Hah, Ni 5 Saham Best Untuk Korang Melabur Dalam Norma Baharu!

 

3. Pelaburan Cryptocurrency

 




Haa pelaburan cryptocurrency dah makin femes sekarang. Ada macam platform dan aplikasi juga yang memudahkan korang untuk beli dengan lebih mudah. Bila makin femes ni, korang juga kena hati-hati dengan sebarang scam atau penipuan. Nak ambik langkah selamat boleh tengok tempat untuk beli crypto dekat SINI.

Jangan lupa kaji matawang digital yang korang nak beli ni sebelum terus beli banyak-banyak.

Kelebihan Kekurangan
Tak dikawal oleh mana-mana bank negara (Pengguna yang mengawal nilai mata wang) Sangat tidak stabil (Sangat mudah untuk naik mendadak dan turun mendadak)
Aset digital yang kini makin diterima orang ramai Ada risiko untuk kena hack
Pulangan yang sangat tinggi Disebabkan yang mudah turun secara mendadak, boleh mengalami kerugian yang besar
Mudah dicairkan  
Mudah diakses dan digunakan oleh orang ramai  
 

4. Pelaburan unit amanah


Kalau korang nak pelbagaikan portfolio pelaburan korang dan ada pihak profesional yang urus, ni salah satu pilihan yang korang boleh cuba iaitu pelaburan unit amanah.

Kelebihan Kekurangan
Boleh bermula dengan modal yang rendah Pengurus unit amanah dan syarikat sahaja yang mengawal unit amanah
Diuruskan oleh pihak profesional Caj servis akan dikenakan
Dana akan dilaburkan ke beberapa syarikat  
Syarikat dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti  
 

BACA JUGAK:
Bahagian 1: Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

 

5. ASB


Pelaburan ASB sudah tidak asing lagi sebagai salah satu pilihan yang korang boleh buat di Malaysia. Paling femes, tiap tahun korang akan tunggu berapa dividen yang diumumkan dan pulangan yang korang dapat.

Sama ada korang nak buat simpanan sendiri atau buat pinjaman bagi pelaburan ASB ni, korang kena nilai dulu status kewangan korang macam mana dulu.

Kelebihan Kekurangan
Harga seunit dana tu dah tetap dengan harga RM1.00 Kadar dividen yang berubah setiap tahun.
Perkhidmatan ejen ASB yang meluas Faedah pinjaman ASBF boleh jadi lebih tinggi daripada kadar dividen (yang ni korang sendiri kena alert dengan kadar faedah pinjaman korang)
Boleh buat pengeluaran secara online sehingga RM 1000  
Boleh tambah pelaburan secara online banking atau buat potongan bulanan automatik dengan auto labur  
Akan dapat dividen secara tahunan  
Boleh buat pinjaman ASBF untuk tambah pelaburan  
 

Korang nak buat pinjaman ASB? Jom bandingkan dengan Perbandingan Pinjaman ASB Loanstreet untuk dapatkan pinjaman yang paling sesuai dengan status kewangan korang.

 

BACA JUGAK:

Apa itu Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

Kenapa Pinjaman ASB Lebih Untung Dari Simpanan ASB?

Apa Yang Akan Jadi Pada Duit ASB Lepas Meninggal?

 

6. Pelaburan Emas

 


Sebut saja pasal pelaburan emas, teringat kat mami jarum. Tapi zaman la ni dah moden dah, korang bukan saja boleh beli emas fizikal, tapi boleh beli emas digital guna platform online.

 
Kelebihan Kekurangan
Pelaburan jangka masa panjang untuk melawan inflasi Emas tidak akan memberikan pulangan dividen atau bonus kepada korang
Boleh disimpan sendiri, nak simpan dalam rumah pon boleh Emas fizikal berisiko untuk hilang atau dicuri
Boleh pilih untuk beli emas secara fizikal atau online Nilai emas boleh naik dan turun
Hanya pemilik emas saja boleh tahu berapa nilai emas yang dimiliki  
 

BACA JUGAK:

Korbankan Bubble Tea, Korang Dah Boleh Mula Jadi Pelabur Emas!

Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan NI Terlebih Dulu!

 

7. Fixed deposit (simpanan tetap)
 


Sumber imej: Berita Harian

Last sekali, korang juga boleh cuba simpanan tetap atau fixed deposit. Pelaburan ni taklah menjanjikan pulangan tinggi, tapi at least la dapat jugak. Biasanya, kadar faedah yang ditawarkan ni akan lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa, tapi korang tak bolehlah nak keluarkan duit dalam simpanan tetap ni sesuka hati macam simpanan biasa.

 
Kelebihan Kekurangan
Risiko rendah Pulangan yang rendah
Sebagai salah satu pilihan portfolio pelaburan Tak boleh akses mudah seperti akaun simpanan biasa
Wang deposit dilindungi PDM sehingga RM 250 000 Kena tunggu tempoh matang untuk dapat keuntungan faedah yang maksimum
 

BACA JUGAK:

Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik di Malaysia 2021

9 Soalan Simpanan Tetap Yang Perlu Ditanya Sebelum Melabur

 

Sebenarnya, pelaburan yang paling penting adalah korang kena cari pelaburan ilmu dulu sebelum mencuba. Bila korang dah betul pakar dalam satu-satu pelaburan tu, baru korang boleh maksimumkan pelaburan tu sebanyak yang mungkin. Jangan bimbang, korang boleh mula belajar ilmu pelaburan ni di Loanstreet.my secara percuma. Good luck!



*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?