Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Azam Tahun Baru Nak Menabung? Nah, 7 Idea Untuk Menyimpan

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 26 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Pejam celik pejam celik, dah 2023 dah. Cepat betul masa berlalu, lagi-lagi tengah tengah dalam pandemik global Covid-19 ni. Korang camne, jadi realiti ke idok azam nak save duit tahun lepas tu?

Admin paham je kalau tak mampu simpan duit tahun lepas. Ya lah, ekonomi tak stabil, siap ada pandemik lagi. Jangan risau, kalau korang ada lagi azam nak simpan duit, ni admin share 7 idea menabung - dapat bantu tabung simpanan korang. Jom cekidaut!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Tabung emas HelloGold

Zaman dah maju, cara menabung pun kena lah maju, kan? Untuk korang yang mengamalkan gaya hidup cashless, admin sarankan korang simpan emas dengan HelloGold. Tabung ni adalah sejenis app dan segala transaksi dilakukan secara online. 

Tapi kenapa emas? Well, macam yang kita tahu, emas ni kan aset yang paling stabil di dunia dan tak terkesan dengan inflasi. Jadi, nilai simpanan takkan susut, masyuk lagi adalah!



Bukan tu je, korang boleh beli dan simpan emas dengan harga serendah RM1. Jangankan kita yang dah ada duit sendiri, budak sekolah pun mampu beli emas kalau macam tu. Yang paling penting, HelloGold ni patuh syariah tau. 

Bagi yang berminat, download je app HelloGold sama ada kat Google Play Store atau Apple App Store, daftar akaun dan boleh lah start menyimpan. 

BACA JUGAK: Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan NI Terlebih Dulu!

 

2. Tabung Pendidikan 




Buat yang dah berkahwin dan ada anak tu, korang kena sediakan simpanan pendidikan untuk masa depan diorang. Dan cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).  

Dengan SSPN, korang akan terima dividen yang kompetitif setiap tahun dan dikecualikan dari cukai pendapatan. Paling penting, student yang nak buat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membiayai pengajian diorang WAJIB ada akaun SSPN. Ha, jangan main-main. 

BACA JUGAK: Apa Lagi Manfaat SSPN Yang Korang Boleh Enjoy?

 

3. Tabung ASB Auto Labur 

Ni lah penyelamat duit gaji korang. Dengan ASB Auto Labur, duit dalam bank yang korang daftar tu akan dipotong secara automatik dan dimasukkan dalam akaun ASB

Korang tak perlu sediakan banyak duit pun untuk start,  RM30 dah cukup. Yang bestnya, kalau korang menabung secara konsisten dengan nilai RM50 pada umur 25 tahun (anggaran mula bekerja), by the time korang pencen (umur 60 tahun) nanti, dapat lah kumpul sampai RM66,860!

BACA JUGAK: Pengeluaran Duit ASNB Secara Online: Ni Cara-Caranya

 

4. Tabung duit syiling

Ni pulak tabung korang yang paling basic. Macam biasa, tak best ada duit syiling dalam wallet sebab berat. Jadi, better korang masukkan je duit syiling lebihan belanja tu dalam satu tabung. 



Kalau boleh, guna tabung yang susah nak bukak, takde lah senang korang korek duit; sampai bila pun tak penuh. Mungkin jumlah tabungan ni nampak sikit, tapi jangan terkejut pulak bila korang kira nanti. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. 

 

5. Tabung warna

Bagi tabung jenis ni, korang pilih satu warna duit yang korang nak simpan, macam duit RM20 yang warna oren tu. 



Pastu, asingkan duit RM20 tu setiap kali ada dalam wallet. Kalau nak lagi best, tetapkan warna duit lain setiap bulan, ikut jumlah pendapatan korang. Katakan bulan ni ada banyak income, siap dengan bonus tahunan sekali, jadi, korang tetapkan nilai duit yang lebih tinggi macam RM50. 

 

6. Tabung denda

Seterusnya konsep ni lain macam sikit, sebab bergantung tujuan apa korang setkan tabung tu. Let say korang berazam nak turun berat badan. So, kalau berat badan korang naik setiap kali timbang, kena lah bayar denda ikut amaun yang ditetapkan dan tak boleh keluar sampai hujung tahun.

Bila dah cukup tempoh, baru korang boleh guna duit tu (self-reward, katanya!). Even kalau jarang kena denda pun, at least berjaya capai matlamat mantain berat badan.

 



Tabung denda ni tak semestinya untuk berat badan je. Banyak lagi kegunaan tabung ni macam nak kurangkan mencarut (ha, admin boleh buat ni), kurangkan mengumpat dan lain-lain. 

 

7. Tabung 12 bulan 

Idea ni sesuai sangat bagi yang perlukan duit sekali banyak untuk tujuan tertentu lebih-lebih lagi pada awal atau hujung tahun. Bagi yang ada anak tu, tabung ni sesuai korang guna untuk persiapan sekolah diorang. Takde lah last minute baru terkial-kial nak simpan, memang tak sempat punya. 

Contoh, korang bajetkan RM1,200 untuk keperluan sekolah anak - asingkan RM100 setiap bulan. Dengan cara ni, takdelah bajet bulanan korang lari. 



Bila mula-mula nak simpan duit tu memang agak susah. Tapi percayalah, lama-lama korang akan rasa makin senang sebab dah jadi kebiasaan. Pape pun, kami doakan korang dapat penuhi azam untuk tahun baru ni. Selamat menabung!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 


BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes