Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Tabiat Buruk Yang ROSAKKAN Kewangan Peribadi Korang

BY Hafiz

Updated 27 Nov 2019





Korang mesti familiar dengan sorang member tu yang asyik pinjam duit, korang tau yang gaji diorang kira okeylah atau lagi besar dari korang, tapi dia asyik berhutang pastu susah nak bayar. 



Contoh yang tak nampak pulak cam sorang member lagi yang bukan kaki pinjam, tapi bape hari lagi nak gaji, duit dia dah habis. Ni disebabkan dia tak ada buat simpanan langsung dan hidup dengan gaya yang dikenali sebagai ‘paycheck to paycheck’.
 
Gejala ni tak terhad pada orang muda, student universiti atau orang baru mula kerja. Percaya la bila kami cakap orang yang dah kawin dan beranak-pinak pun ada yang merana sebab tak membuat perancangan kewangan.
 
Kali ni kami nak cerita tentang tabiat-tabiat ni, cara macam mana nak buang tabiat-tabiat tu dan macam mana kita boleh improve kewangan peribadi kita.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Selalu makan kat luar




Mesti korang ada dengar atau baca tentang isu makan kat luar vs makan masak sendiri. Ada yang tukar cara hidup diorang lepas diorang sedar perbezaan besar antara dua-dua tu. Tapi ada jugak yang tak sedar macam mana selalu makan kat luar boleh timbulkan masalah kat dompet. Sebagai contoh, katakan lah hidup korang mula dengan sarapan roti canai, makan tengah hari dengan nasi berlauk dan order delivery dari restoran untuk makan malam. Jom kita kira:

RM5 (Roti canai + teh tarik) + RM7 (Nasi berlauk + teh tarik) + RM15 (makanan restoran segera) = RM27 sehari

Kalau tiap-tiap hari korang makan benda yang sama, ini bermakna korang habiskan hampir atau lebih RM800 sebulan (RM27 x 30 hari). Even kalau korang tak sarapan dua tiga hari atau tak makan sehari sekalipun, kos makanan korang takkan berkurang banyak dari jumlah yang kami sebut.

Sekarang jom kita compare kalau korang beli sendiri bahan mentah (telur, sayur, ikan, beras dll) dan masak sendiri.

RM5 (telur satu papan) + RM23 (beras) + RM20 (aneka sayuran) +  RM50 (ikan+ayam)  = RM98. 

Disebabkan bahan mentah yang korang beli tu boleh tahan untuk makan tiga kali seminggu, ini bermakna korang cuma habiskan lebih kurang RM400 sebulan (RM98 x 4 minggu).

Nampak tak? Separuh wei beza perbelanjaan tu. Of course lah, masak sendiri kalau korang rajin. Kalau korang malas, itu kami tak boleh buat apa. Tapi kalau korang masak sendiri, yang pastinye korang akan bertambah power memasak dan makanan yang korang makan pulak lebih menyihatkan. 
 

2. Belanja duit macam orang have-have


Korang nampak kawan korang beli iPhone 9 yang harga RM7,000 tu pun korang nak beli. Tengok orang pakai kereta import, korang pun pakai kereta import sebab apa barang pakai buatan Malaysia ye tak? Orang pakai kasut harga sama dengan sebiji motor pun korang nak pakai jugak. Berhenti terpengaruh dengan orang dan periksa perbelanjaan korang!



Sebagai contoh, kalau korang bergaji RM3,000 dan nak beli kereta pertama, instead korang beli kereta import, korang ada beberapa pilihan lain terdiri daripada jenama tempatan:

Second-hand:
  • Proton Wira 1.5cc (1999) = RM4,000
  • Perodua Kancil 660cc (2001) = RM3,000

Baru: 
  • Proton Saga 1.3cc (2019) = RM31,000
  • Perodua Axia 1.0cc (2019) = RM25,500

Ni pulak contoh jenama import, baru dan lama:
  • Jenama X 1.5cc (2015) = RM49,500
  • Jenama Y 1.5cc (2019) = RM77,000

See, untuk kereta baru, beza jenama tempatan dengan import boleh cecah sampai RM50,000! 

Kami ada diberitahu oleh kawan yang ada satu ‘rule of thumb’ untuk beli kereta. Kalau korang bergaji RM3,000, bermakna pendapatan tahunan korang adalah RM36,000. Rule of thumbnya ialah, nilai kereta yang korang nak beli tu JANGAN LEBIH dari jumlah pendapatan tahunan korang.

Bermakna, untuk orang berpendapatan RM36,000 setahun, ada bagusnya korang pakai kereta jenama tempatan contohnya Perodua Axia baru yang harga cuma RM25,500. Korang akan ada duit lebih untuk berbelanja. Kalau dengan gaji RM3,000 sebulan korang hentam jugak beli kereta import harga RM77,000 semata-mata nak STAILO, haaa bersedialah untuk makan meggi setiap hujung bulan atau mula pinjam duit kawan/mak ayah sebab tak cukup duit nak beli makanan.

Selain kereta, korang ada lagi pilihan lain contohnya guna motorsikal, public transport macam bas dan komuter dan aplikasi kongsi kereta macam Grab.
 

3. Buat PERSONAL LOAN untuk kahwin




Ini lagi satu trend yang membimbangkan ekceli. Tapi orang tetap buat. Sebabnya:
  • Tekanan/permintaan keluarga mertua/mentua
  • Permintaan pasangan
  • #RelationshipGoals kononnya
  • Sekali seumur hidup. Why not. 

Kami kena tegaskan yang tak ada masalah kalau nak buat personal loan untuk kahwin kalau korang takde komitmen lain, tapi kalau korang dah ada hutang rumah, kereta, kad kredit dan lain-lain, kami fikir better jangan buat personal loan. 

Kalau terdesak jugak untuk buat loan, alternatif yang korang adalah buat pinjaman ASB.

Dengan pinjaman ASB, katakanlah korang dan pasangan bergaji bersih RM1,500, korang ambil ambil contoh step ni:

1) lelaki dan perempuan apply ASB financing RM50,000 dengan bayaran bulanan RM275 dan tempoh pembiayaan maksimum 30 tahun.
2) Tahun pertama kekalkan bayaran Selama satu tahun. Apply tambahan sijil kedua ASB Financing RM50,000, maksimum pembiayaan 30 tahun pada tahun kedua. Selepas dividen diumumkan, guna kan dividen untuk pembayaran satu tahun sijil pertama RM50,000 (juga dipanggil taktik ‘rolling dividend). Guna kan cara ini selama 6 tahun.
3) Pada waktu ini komitmen korang hanya RM275 untuk sijil kedua ASB Financing. Korang hanya perlu kekalkan pembayaran RM275 sebulan selama tempoh 5 tahun untuk sijil kedua.
4) Selepas 6 tahun untuk sijil pertama dan 5 tahun untuk sijil kedua ASB Financing, stop dua-dua loan tu.
 
Hasil yang korang dapat:
 
Sijil pertama:
Baki principal: RM 4880
Dividen terakhir: RM 3,625
Jumlah korang: RM8,505
 
Sijil kedua: 
Baki principal: RM 3958
Dividen terkumpul: RM16,154
Jumlah korang dapat: RM20,112
 
Keseluruhan untuk kedua-dua sijil tu berjumlah RM28,617 (RM20,112 + RM8,505) untuk seorang dan RM57,234 (RM28,617 + RM28,617) kalau dua orang.

See, dengan mudahnya korang dan pasangan boleh guna duit ini untuk kahwin dan beli sebuah rumah berharga RM200,000. Ada duit lebih pulak tu, boleh simpan atau guna untuk honeymoon pulak.

Perkiraan kat atas tu adalah hasil perkongsian sorang netizen di Facebook. Memang padu beb. Kitorang jugak ada bincangkan tentang pinjaman ASB ni dalam artikel lepas.
 

4. Tak buat simpanan langsung

 


Ha yang ni memang terlalu common. Lagi teruk lagi apabila kita tak buat akaun berasingan untuk simpanan. Maksud kami, korang cuma ada 1 akaun - akaun simpanan korang adalah akaun yang korang terima gaji korang dan jugak akaun yang kononnya simpanan korang.

Kami kena tegaskan kat sini, akaun simpanan adalah satu akaun yang sepatutnya korang masukkan jumlah tertentu dan korang tak akan keluarkan langsung duit dalam tu. Kalau korang cuma ada 1 akaun je sebelum ni, apa yang korang boleh buat adalah bukak lebih banyak akaun untuk tujuan-tujuan ni:
  • Akaun simpanan (wang masuk, tak keluar)
  • Akaun kecemasan (wang masuk, keluar masa kecemasan contohnya kalau kereta rosak, bil rawatan dll)
  • Akaun gabungan (kalau korang ada pasangan, akaun ni boleh guna sebagai bajet untuk renovate rumah, bajet besarkan anak dll)

Disebabkan bank akan bagi dividen (pulangan) duit korang dalam akaun simpanan tetap ni akan sentiasa bertambah. Ini salah satu cara untuk ‘beranakkan’ duit korang melalui bank. Prosesnya perlahan, tapi pasti akan dapat. Dan lagi besar jumlah duit yang korang simpan, lagi besarlah pulangannya. 

Korang jugak boleh bukan akaun simpanan deposit tetap di macam-macam bank, dan selalunya orang akan pilih yang bagi dividen tinggi. Syarat-syarat biasanya akaun deposit tetap ialah korang tak boleh keluarkan duit dalam tu untuk satu tempoh yang dipanggil ‘tenure’. Sebelum ni kitorang ada bincangkan tentang deposit tetap kat sini. 

Sebagai contoh, bank A tawarkan:
  • Simpanan tetap RM10,000 deposit untuk 6 bulan dengan rate 4% p.a.
  • Simpanan tetap RM10,000 deposit untuk 12  bulan dengan rate 4.2% p.a.

Kalau korang guna pilihan A, lepas 6 bulan, RM10,000 yang korang masukkan sebelum tu dah jadi RM10,201.67. Untung bersih korang ada RM201.67

Untuk pilihan B, lepas 12 bulan, duit korang jadi RM10,428.18. Untung bersih korang adalah RM428.18.

Korang mesti terfikir, eleh dapat RM200 je, dapat RM400 je. Bukan banyak sangat! Ya betul. Tapi meh sini kami bagitau, sapa lagi nak bagi korang duit free dik oi!



Kalau korang nak dapatkan pulangan lagi besar? Korang kena:
  • Masukkan deposit dengan jumlah besar
  • Pilih tempoh tenure panjang
  • Pilih bank yang bagi rate menarik

Sebagai contoh, deposit RM50,000 untuk tempoh 5 tahun (60 bulan) dengan rate 4.2% akan beranakkan RM50,000 korang tu jadi RM61,661.29. Pulangan yang korang dapat adalah RM11,661.29. Lagi sekali kitorang ulang. RM11,661.29 tu adalah KORANG PUNYA UNTUNG. Sapa nak bagi duit banyak tu kat korang kalau bukan simpanan tetap?
 

Rancang perbelanjaan dan hapuskan tabiat buruk korang!


Untuk mantapkan lagi perbelanjaan korang, mungkin korang boleh tengok guidelines yang disediakan oleh KWSP ni. Dipanggil Belanjawanku 2019, korang boleh jadikan guide ni sebagai satu benchmark untuk perbelanjaan korang, terutamanya kalau korang duduk kat Lembah Klang. 







Sumber: Belanjawanku
  
Kalau korang baca artikel ni dan korang setuju yang korang ada tabiat-tabiat tu, takpe. Yang penting sekarang korang dah tahu apa yang korang boleh buat untuk improve keadaan kewangan korang. 

Kami cuma nak habaq, kita semua kene bertanggungjawab dengan status kewangan kita. Jangan sampai disebabkan gaya hidup kita yang nak hidup macam raja, menunjuk ataupun cuai, kita berlapar tak makan dan lagi teruk, mula pinjam duit orang lain (dan tak bayar). 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta