Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Money Market Fund: Ingat 6 Perkara Ni Sebelum Melabur

BY Faiz Rahim

Updated 18 May 2021




Korang pernah dengar tak tentang dana pasaran wang ataupun money market funds (MMF)? FYI, dia adalah salah satu pilihan pelaburan untuk korang park duit dan dapat pulangan. Dana pasaran wang adalah lebih kurang macam wang tunai - berisiko rendah, senang dapat duit dan sesuai untuk jangka pendek.

Mengikut The Edge Markets, ada 95 dana pasaran wang di pasaran pada 30 Oktober 2020. Jumlah ini terdiri daripada 45 dana pasaran wang bukan Islamik dan 50 Islamik bersama pulangan tahunan sebanyak 2.35% dan 2.3%. Tak ke lumayan pulangan tu?

So, korang ada rancangan tak untuk cuba dana pasaran wang ni? Berikut adalah beberapa perkara yang kami kumpulkan dari perbincangan bersama CEO & COO Versa, Teoh Wei-Xiang dan Richmond Yau yang mungkin korang tak tahu.

Nota: Versa adalah platform digital pengurusan tunai yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan hasil yang terbaik dari simpanan mereka.



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Dana pasaran wang ni berurusan dengan pelbagai jenis pelaburan

In case korang tak tahu, dana pasaran wang ada pelbagai instrumen seperti wang tunai, kertas komersial, sekuriti kerajaan dan unit amanah. Kebiasaannya, dia bukan satu jenis pelaburan je.

Untuk lebih senang paham, pelbagai jenis pelaburan tu bergantung dengan produk yang korang pilih. Bila dah melabur, baru pengurus dana akan pilih jenis pelaburan mana dalam portfolio yang boleh beri pulangan yang optimum. 

Memang lain kalau korang melabur kat dana pasaran wang yang ada 70% simpanan tetap dan 30% unit amanah daripada satu jenis pelaburan je. Risiko dan potensi pulangan pun berbeza. Sama jugak kalau melabur kat produk yang 100% unit amanah. Secara automatik, dia akan mempelbagaikan risiko korang untuk potensi pulangan.

Sebagai contoh, korang dah melabur dalam dana pasaran wang yang 100% simpanan tetap - pulangan dijangka dalam 2.0% dan 2.1%. Tapi, kalau korang pilih untuk melabur produk dana pasaran wang yang ada jenis pelaburan lain macam unit amanah atau saham, pulangan mungkin akan jadi lebih tinggi.

Masuk akal lah kan sebab korang melabur kat pelaburan yang berlainan melalui dana pasaran wang. Tu pentingnya korang kena pikir betul-betul dulu sebelum melabur dalam dana pasaran wang. At least, pilih lah produk yang sesuai dengan objektif kewangan masing-masing.



 

2. Dana pasaran wang tak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Kalau korang melabur dengan dana pasaran wang, kena ingat yang jenis pelaburan ni tak dilindungi. Menurut The Edge Market, perancangan kewangan berlesen FA Advisory Sdn Bhd Marshall Wong kata PIDM akan cover RM250,000 per simpanan setiap bank tapi bukan untuk dana pasaran wang. Tapi, korang jangan risau.

Bila rasa ragu-ragu, check dulu syarikat dana pasaran wang tu selamat ke tak. Katakan korang nak melabur dengan Versa - dia tak dilindungi oleh PIDM tapi berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (masih selamat untuk melabur!). Ni bermaksud ada layer perlindungan untuk elak korang dari rugi terus. Lagi-lagi, bila jenis pelaburan ni adalah kecik dan berisiko rendah.

Oleh itu, walaupun dianggap tak selamat, korang still boleh melabur kat dana pasaran wang. Korang cuma kena jelas dengan segala risiko yang ada before buat keputusan. Sama lah kalau korang melabur dalam unit amanah - tak dilindungi tapi still ramai pelabur beli.

Kalau korang berminat tapi still tak yakin, mungkin boleh mula dengan melabur dalam dana pasaran wang yang 100% simpanan tetap. Dari situ, korang belajar dan mana tahu satu hari nanti, korang akan melabur dekat dana pasaran wang yang ada jenis pelaburan lain pulak.

Korang boleh tengok soalan jenis pelaburan lain yang PIDM tak cover kat laman web PIDM:



 

3. Dana pasaran wang bukan hanya untuk golongan T20 dan institusi korporat



Teoh ada komen ejen yang jual produk dana pasaran wang ni takde dapat komisyen upfront sales. Pihak bank pun hanya caj yuran pengurusan tahunan yang rendah. Patutlah dana pasaran wang ni selalu dibeli oleh orang-orang ‘atas’ sebab pembayaran deposit yang besar.

"Jadi, itu bermaksud yang mereka perlukan deposit yang besar dari individu dan institusi korporat bernilai tinggi untuk mengimbangi masa mereka buat penjualan," katanya.

Kalau korang tengok produk dana pasaran wang di luar sana, mesti nampak yang minimum duit pendahuluan pelaburan adalah RM1,000. Mungkin murah untuk orang-orang ‘atas’ tapi bukan untuk orang-orang marhaen.

Nasib baik, sekarang ni ada banyak platform dana pasaran wang yang berpatutan dan senang diakses - Versa, StashAway Simple dan Touch ‘n Go eWallet GO+. Jumlah minimum pendahuluan pelaburan untuk platform-platform ni pun rendah - RM1, kosong dan RM10.

 

4. Korang pun boleh melabur dalam produk dana pasaran wang dari bank



Kalau korang baru dalam dunia pelaburan, mungkin tak tahu pasal ni. Bank sebenarnya tak promote sangat produk dana pasaran wang ni. Try tengok kat bahagian promosi kat mana-mana website bank, nampak tak untuk dana pasaran wang? Tapi, mesti ada untuk simpanan tetap.

Mengikut StashAway, bank nak korang letak duit dalam simpanan tetap. Kalau nak bandingkan dengan simpanan tetap, pihak bank takkan ada peluang untuk manfaatkan deposit secara menyeluruh kalau korang melabur dalam dana pasaran wang. Yuran pengurusan bank pun serendah 0.25% hingga 0.35% setahun. Ni dikira rendah lah berbanding simpanan tetap - 1% hingga 2% setahun.

Korang mesti tertanya yang mana lagi bagus untuk dana pasaran wang? Bank ke platform digital pengurusan tunai? Well, tu bergantung dengan profil pelaburan korang. Kalau korang  nak yang risiko rendah, platform digital pengurusan tunai mungkin lebih sesuai. Kalau pulangan lebih tinggi, mungkin bank lagi bagus.

 

5. Dana pasaran wang sesuai untuk pelabur yang utamakan matlamat

Satu perkara korang kena tahu pasal dana pasaran wang - takde lock-in period. Maksudnya, korang boleh keluarkan duit bebila masa dalam tempoh pelaburan tanpa hilang faedah. Kiranya, memang senang lah nak dapat duit. Tak ke syok camtu?



So, kalau korang jenis pelabur yang fokus kepada matlamat, dana pasaran wang kan ada. Katakan, tujuan korang melabur adalah untuk menabung simpanan kecemasan. Bila dah capai target, korang keluarkan lah duit dari dana pasaran wang tu.

Yang tak bestnya, tak semua jenis pelaburan benarkan korang keluarkan duit camtu je. Lebih-lebih lagi kalau yang ada tempoh pelaburan dan lock-in period. Bayangkan korang melabur dalam simpanan tetap yang tempoh pelaburan dia selama 2 tahun, konfem akan hilang sejumlah faedah terakru.

Ni apa yang pernah berlaku pada Teoh. 3 tahun lepas, anjing peliharaan dia terpaksa menjalani pembedahan pembetulan ligamen (kaki bengkok). Untuk menampung kos rawatan, dia terpaksa mengeluarkan simpanan kecemasan dari akaun simpanan tetap yang tinggal lagi 3 hari untuk matang. Bila Teoh keluarkan duit tu, dia hilang kira-kira RM1,000.

TAPI, korang takkan hilang faedah kalau melabur dalam dana pasaran wang - memang jenis pelaburan sesuai untuk korang. Nak simpan untuk kecemasan? Takde masalah. Nak menabung untuk kahwin? Richmond cakap bukan masalah besar pun.

“Bila korang tengah plan wedding, segala perbelanjaan belum disekalikan. So, apa korang boleh buat adalah masukkan segala bajet perkahwinan dalam Versa. Kiranya, sambil-sambil korang tunggu untuk hari perkahwinan, korang still dapat duit dengan dana pasaran wang - boleh lah bayar wedding planner, shoot video dan lain-lain,” dia tambah.

Richmond pun cakap yang dana pasaran wang sesuai untuk golongan pencen. Diorang boleh letak duit dan dapat pulangan yang bagus. Dengan duit tu, dapat lah enjoy vacation dan manjakan cucu cicit diorang. Konfem jadi datuk & nenek feveret!

 

6. Dana pasaran wang adalah pilihan mesra untuk pelabur kali pertama

Teoh percaya yang dana pasaran wang pilihan yang sesuai untuk pelabur kali pertama. Ni sebab dana pasaran wang merupakan pelaburan berisiko rendah yang para pelabur kali pertama boleh try. Kiranya, boleh lah provide pengalaman belajar dan bagi pendedahan kepada  korang sebelum upgrade ke jenis pelaburan lain.

“Sementara tengah belajar pasal pelaburan lain, diorang boleh letak duit tu dulu kat dana pasaran wang untuk jana pendapatan sambil menunggu waktu sesuai nak melabur dalam saham, hartanah atau crypto,” dia tambah.

Cuba pikir - korang nak melabur dalam hartanah tapi takde duit yang cukup. Sebab tu korang nak melabur dalam dana pasaran wang. Bila dah dapat pulangan yang diimpikan, korang boleh lah terus beli dan jual hartanah. At least kalau camni, takde lah rugi banyak kalau pape berlaku - hilang apa yang dilaburkan je lah. 



Sebagai pelabur kali pertama, ni apa Teoh nak korang tahu: kena tengok korang punya tahap kekayaan untuk tahu kebolehan sendiri dalam pelaburan. Kalau nak selamat, melabur dalam benda yang berisiko rendah dan fleksibel. Korang mesti tak nak melabur dalam dana pasaran wang yang tak stabil terus mula-mula, kan?

“Untuk dana pasaran wang, korang hanya perlu letak duit dan biarkan pengurus dana macam Versa buatkan keputusan bagi pihak. Korang akan dapat pulangan yang sama macam simpanan tetap - takde lock-in period pun,” dia tambah.

 

Kalau korang berminat dengan dana pasaran wang, ni beberapa perkara kena consider dulu...

  • Apa matlamat korang melabur dalam dana pasaran wang?
  • Apa jenis dana pasaran wang yang korang berminat? Dah consider semua pilihan?
  • Macam mana prestasi dana pasaran wang dalam 5 tahun lepas?
  • Apa tahap ketahanan risiko korang? Ada dalam toleransi risiko tak?
  • Korang melabur untuk jangka masa pendek atau panjang?
  • Berapa banyak pulangan tahunan untuk dana pasaran wang?
  • Macam mana prestasi dana pasaran wang untuk bulan dan tahun akan datang?
  • Kalau korang pelabur kali pertama, patut ke melabur dalam dana pasaran wang?

Bila dah pertimbangkan semua ni, baru korang boleh buat keputusan pelaburan yang bagus. Ni menunjukkan betapa pentingnya buat research sendiri sebelum melabur. Dengan cara ni, korang lebih paham dan dapat manfaatkan dana pasaran wang dengan sebaik mungkin.

Ingat, ada sebab kenapa korang melabur - mungkin sebab nak kahwin atau menabung simpanan kecemasan. Bagus lah tu ada impian, tapi yang penting kat sini - nak tak nampak impian korang jadi realiti?



Kalau korang tengah cari produk simpanan tetap, boleh baca artikel ni: Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik di Malaysia 2021. Selamat melabur!

 

BACA JUGAK:

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?