Semakan Pantas Kelayakan Pinjaman Perumahan

RM
RM
RM
Tahun
%

RM 431,498.32


RM 2,450.00

Semak laman perbandingan Pinjaman Perumahan dan Pinjaman Pembiayaan Semula Rumah yang terkini!

Ketahui segera kelayakan pinjaman anda dari bank-bank di Malaysia berdasarkan profil kewangan anda dengan menggunakan kalkulator yang diakui terbaik dalam industri kewangan.

Soalan Lazim (FAQ)

Ini adalah aplikasi yang anda perlukan untuk menghapuskan keraguan tentang jumlah pinjaman yang sesuai dengan kelayakan anda! Dengan cara ini, anda boleh menjangkakan harga kasar hartanah yang anda boleh miliki dengan lebih jelas.

Kalkulator Kelayakan dan Kemampuan Pinjaman Perumahan adalah aplikasi yang akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah pinjaman rumah maksima yang anda mampu miliki. Dengan mengisi pendapatan bulanan dan komitmen bulanan anda, kalkulator ini akan memberi keputusan pantas supaya anda boleh terus memilih pinjaman yang bersesuaian dengan anda.

Anda boleh pergi ke halaman pinjaman rumah dan bandingkan produk yang paling sesuai untuk anda tanpa perlu membuang masa melawati bank satu per satu.

Anda boleh memohon dengan hanya mengikuti langkah mudah berikut. Pergi ke semua pinjaman perumahan dan klik pada produk pinjaman yang anda suka, atau anda boleh bandingkan sehingga tiga pinjaman pada masa sama untuk mencari pinjaman rumah yang terbaik untuk anda. Isikan semua info peribadi anda, tekan “mohon sekarang” dan anda akan menerima emel dengan serta-merta.

Jika anda masih tidak pasti, jangan risau! Pergi ke Laporan Penuh Kelayakan Pinjaman Perumahan dan isikan info peribadi anda, pendapatan bulanan dan komitmen dengan betul. Dalam masa 5 minit, anda akan menerima laporan lengkap dalam emel anda. Laporan ini akan menunjukkan peluang anda mendapatkan pinjaman daripada 15 bank berdasarkan servis-nisbah-hutang. Ia juga akan menunjukkan jumlah pinjaman maksima yang anda boleh pohon.

Ya, anda layak untuk pinjaman rumah jika anda telah mempunyai pinjaman. Ia bergantung kepada beberapa perkara seperti tahap pendapatan, sejarah kredit, CCRIS, dan status CTOS anda. Jika faktor tersebut adalah positif bagi anda, jadi tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman rumah walaupun anda telah mempunyai pinjama.

Umur minimum untuk memohon pinjaman rumah ialah 18 tahun.

Tiada umur maksimum, ianya terpulang kepada pihak bank dan pada anda sebagai peminjam. Jika anda layak untuk pinjaman rumah, anda boleh membayar sepenuhnya sebelum umur 70 atau 75, bergantung kepada pihak bank.

Kelayakan anda ditentukan daripada empat faktor penting, iaitu:

  • Pendapatan
  • Tabiat pembayaran
  • Profil risiko individu
  • Nisbah Servis Hutang Peribadi

DSR anda menyatakan berapa banyak pendapatan peribadi anda yang akan digunakan untuk membayar ansuran pinjaman. Ini dipaparkan sebagai hutang melebihi peratusan pendapatan. Terdapat satu faktor yang harus anda ingat iaitu setiap bank mempunyai cara tersendiri untuk menghitung DSR anda. Pelajari lebih lanjut tentang perkara ini dalam artikel kami tentang berapa banyak yang anda boleh pinjam.