Tapi… cukup ke untuk secure kewangan keluarga korang kalau bergantung kepada simpanan je?
Tujuan kita menyimpan adalah untuk cover situasi yang tak dijangka ataupun semasa kecemasan. Tapi, berapa ramai di antara kita yang mempunyai simpanan berpatutan yang boleh digunakan untuk selamatkan bisnes yang dilanda masalah kewangan ataupun untuk menampung kos rawatan penyakit serius buat jangka masa panjang?
Macam mana pulak kalau korang cedera, didiagnos dengan penyakit yang kritikal atau hilang upaya kekal. Ni bermakna korang dah tak mampu nak mencari rezeki. Keadaan akan jadi lagi teruk kalau korang ni adalah pencari nafkah tunggal buat isi rumah.
Bukan kena tanggung perbelanjaan harian je, tapi korang jugak mungkin perlu upah pembantu untuk uruskan rumah, anak, beli ubat-ubatan, peralatan perubatan dan lain-lain. Jadi, rasa-rasaya cukup ke simpanan korang tu untuk tampung kewangan korang dan keluarga?
Tak dinafikan yang korang boleh dapat bantuan kewangan daripada PERKESO, keluarkan simpanan KWSP atau manfaat-manfaat yang lain. Tapi, manfaat tu pasti tak mampu untuk bertahan lama. Realiti memang lah perit untuk kita telan, tapi selalunya duit simpanan akan habis lagi awal dari apa yang dijangka. Korang jugak mungkin terpaksa ambik pinjaman peribadi (tertakluk kepada kelulusan bank) yang akan memburukkan lagi kadar kewangan korang pada masa hadapan.
Selain tu, proses untuk keluarkan duit simpanan akan menjadi leceh kalau korang meninggal...
Kami bukan nak doakan benda-benda tak elok, tapi mati tu kan benda yang kita tak boleh jangka. Kalau korang ditakdirkan untuk meninggal esok (mintak jauh lah), korang tahu tak yang segala aset termasuk akaun bank milik korang akan dibekukan?
Bila berita mengenai kematian korang diketahui oleh institusi kewangan, keluarga korang hanya boleh mengakses akaun bank korang selepas perintah mahkamah dikeluarkan - sebab tu lah kami cakap nak keluarkan duit simpanan ahli keluarga yang dah meninggal ni leceh. Keluarga korang tak boleh usik akaun tersebut tanpa Geran Probet. Tempoh bagi mendapatkan dokumen ni pulak boleh ambik masa dalam 3 bulan sehingga beberapa tahun bergantung kepada jenis aset dan sekiranya timbul sebarang pertikaian.
Keadaan akan jadi lagi rumit kalau korang tak buat wasiat sebab takde pewaris harta. Ni bermaksud pasangan/ahli keluarga korang perlu mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir untuk dilantik sebagai pentadbir harta pusaka bagi Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya Bhd. Tempoh untuk mendapatkan dokumen ini akan mengambil masa dalam 2 sehingga 5 tahun.
Korang mungkin rasa ada cara untuk korang dapatkan aset tersebut, kan? Ini beberapa situasi untuk bagi korang gambaran yang lebih jelas.
Situasi A: “Kalau pasangan/ahli keluarga tahu nombor PIN saya macam mana? Boleh keluarkan duit tak?”
Tak semua orang akan kongsi nombor PIN diorang kat ahli keluarga dan kalau diikutkan, korang TAK SEPATUTNYA dedahkan maklumat bank korang. Tapi itulah, masih ada di antara korang yang mungkin buat macam ni sebab risau kalau berlakunya perkara tak diingini.
Persoalannya sekarang, boleh ke korang keluarkan duit dari akaun si mati? Jawapannya adalah YA, korang boleh - sebanyak mana yang korang nak mengikut had pengeluaran harian akaun tersebut sebelum melaporkan kepada bank mengenai si mati.
Tapi, perbuatan ni sah ke di sisi undang-undang? TAK, melainkan pasangan/ahli keluarga dah diberikan Geran Probet. Ni sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Perbadanan Amanah Awam 1995.
Bagi yang masih tak tahu, untuk menutup akaun bank, keluarga korang perlu membawa sijil kematian ke bank. Dan, kalau timbul sebarang transaksi yang mencurigakan di antara tarikh kematian dengan tarikh menutup akaun bank, keluarga korang mungkin akan berdepan masalah. Rasa-rasa korang lah kan, keluarga korang mampu ke nak hadap masalah lain selepas kehilangan orang tersayang?
Situasi B: “Tapi itu kan akaun bersama. Saya pun ada hak jugak ke atas wang tersebut.”
Kebanyakan pasangan yang dah berkahwin rasa diorang masih boleh akses akaun bersama sekiranya terjadi apa-apa kepada salah seorang daripada diorang. Tapi tanggapan ni sama sekali TAK BETUL.
“Lah, kenapa pulak tak boleh? Patutnya boleh keluar at least 50% kot…”
Ya, memang boleh tapi ia salah di sisi undang-undang. Seseorang hanya boleh akses akaun bank korang setelah dokumen perintah mahkamah diperolehi sebab akaun tu dah dibekukan, ingat lagi tak? Pasangan/ahli keluarga jugak tak boleh buat hal macam “SITUASI A” sebab Geran Probet atau Surat Pentadbir Kuasa masih diperlukan untuk akses akaun tersebut.
Imej dari KClau.com
Namun begitu, situasi ni boleh dielakkan kalau ada survivor clause dalam perjanjian bank masa korang set akaun bersama tu. Klausa ini akan membolehkan korang untuk mewarisi akaun tersebut secara automatik bila salah satu pemilik akaun bersama tersebut meninggal dunia. Tapi malangnya, tak semua bank tempatan amalkan klausa ni.
Jadi, korang boleh bayangkan tak cabaran yang keluarga korang kena hadapi? Selepas terpaksa bertabah dengan kehilangan orang tersayang, diorang jugak kena tanggung beban kewangan, walaupun ada duit dalam bank.
Sebab tu lah PENTINGNYA ada insurans hayat!
Yang masih tak ada insurans hayat tu, jangan rasa di-judge. Berdasarkan survey yang kami sebut kat atas, sekurang-kurangnya (37%) daripada jumlah responden TAK MEMPUNYAI sebarang insurans hayat. Sebanyak (78%) jugak menyatakan yang diorang tak mampu nak beli insurans hayat ni. Terdapat jugak sebilangan responden (11%) yang merasakan insurans hayat tak penting untuk diorang buat masa sekarang ni.
Sebenarnya, insurans hayat ni BUKAN lah untuk KORANG. Ianya hanyalah bantuan untuk keluarga korang kalau berlaku masalah kewangan yang disebabkan oleh kematian mengejut ataupun kehilangan upaya kekal.
Bila kami tengok balik data yang kami perolehi dari survey tu, ada 3 benda utama yang dibelanjakan oleh keluarga responden - makanan (44%), pinjaman (32%) dan penjagaan/pendidikan anak (14%).
Dengan adanya insurans hayat, korang membolehkan orang tersayang mengekalkan gaya hidup mereka, bayar segala hutang yang boleh jadi beban kepada keluarga dan sediakan perbelanjaan untuk penjagaan/pendidikan anak.
Ini sebab insuran membayar manfaat tersebut secara sekali gus bila dokumen yang diperlukan (contohnya, sijil kematian) telah pun diisi dan disahkan. Apabila berlakunya kematian atau kehilangan upaya kekal seumur hidup (kebanyakan polisi insurans hayat cover tau), keluarga korang akan dapat jaminan dengan jumlah perlindungan yang korang beli.
Jadi, dapatkan insurans hayat hari ni! PRUWealth Plus mungkin jalan penyelesaian yang korang perlukan
Ia adalah sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan yang menawarkan perlindungan sehingga usia 100 tahun dengan permohonan seawal usia 30 hari. Bagi yang rasa diri tu tak mampu nak beli - jangan lah risau, sebab insurans ni ada kadar premium yang fleksibel berdasarkan tahap kewangan korang.Berikut adalah ilustrasi macam mana pelan insurans ni mampu menyenangkan korang dan keluarga.
Untuk maklumat lanjut mengenai PRUWealth Plus, klik page Prudential ni atau hubungi ejen Prudential korang. Janganlah risau sekiranya korang tak pasti berapa banyak jumlah perlindungan yang korang sepatutnya dapat sebab ejen tersebut akan berikan nasihat berdasarkan keperluan dan matlamat kewangan korang.
Baca Jugak: Dapatkah Orang Tersayang Mewarisi Harta Anda?