Sila hubungi kami hari ini melalui telefon atau e-mel.
Menunjukkan 10 daripada 61 Pakej
Pinjaman perumahan yang juga dikenali sebagai gadai janji, adalah jumlah wang yang diberikan kepada anda oleh institusi kewangan untuk membeli hartanah. Bagi memastikan anda menyelesaikan pinjaman ini, institusi kewangan akan menyimpan perjanjian undang-undang atas surat ikatan harta benda anda.
Prinsipal - Jumlah amaun yang anda pinjam daripada bank.
Faedah - Caj daripada bank. Anda akan membayar balik jumlah pinjaman ditambah dengan kadar faedah yang diberikan.
Yuran - Caj daripada bank untuk menampung perkara seperti memberi pinjaman rumah.
Terma - Tempoh masa yang ditetapkan untuk pembayaran balik jumlah pinjaman dan faedah kepada bank.
Pembayaran balik - Jumlah yang anda bayar kepada bank untuk menampung pinjaman rumah anda.
Cagaran - Bank berhak untuk memegang surat ikatan harta benda anda sebagai suatu bentuk jaminan sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman rumah anda.
Ini adalah jenis pinjaman rumah yang ada:
Pinjaman Terma - Pinjaman rumah ini membenarkan anda untuk mempunyai tempoh maksimum pinjaman selama 35 tahun. Jika anda membayar balik pinjaman lebih awal dalam 3 sehingga 5 tahun pertama, anda akan dikenakan caj yuran penalti sebanyak 3%.
Kadar Tetap Pinjaman - Faedah pinjaman rumah akan dicaj dengan kadar tetap sepanjang tempoh pinjaman. Jika anda tidak mahu bimbang sama ada kadar faedah akan meningkat atau berkurangan, ini adalah pinjaman yang sesuai untuk anda.
Pinjaman Overdraf - Dengan pinjaman ini, anda hanya perlu membayar kadar faedah pinjaman dan amaun akan ditolak terus daripada akaun semasa anda. Tiada tempoh pinjaman ditetapkan, namun kadar faedah adalah lebih tinggi daripada biasa.
Pinjaman Flexi - Gabungan pinjaman terma dan pinjaman overdraf. Anda boleh dapatkan kadar faedah rendah apabila anda meletakkan lebih banyak duit dalam akaun semasa anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman flexi, klik di sini
Al-Bai’ Bithaman Ajil - Pinjaman rumah Islamik yang mengikuti konsep jual beli. Bank akan membeli hartanah untuk anda pada harga pasaran semasa. Kemudian mereka akan menjual kembali kepada anda pada harga yang dipersetujui di mana anda akan membayar secara ansuran bulanan.
Musharakah Mutanaqisah -Pinjaman rumah Islamik di mana anda dan bank memeterai perjanjian untuk membeli hartanah. Anda akan menjadi penyewa kepada bank dan ansuran bulanan anda akan menampung pinjaman dan sebahagian daripada syer hartanah yang dimiliki bank.
Lock-in period adalah tempoh di mana anda akan dikenakan penalti daripada bank jika anda memilih untuk menyelesaikan pinjaman rumah anda. Sebagai contoh, jika lock-in period di dalam kontrak pinjaman rumah anda adalah 5 tahun, tetapi anda menyelesaikan keseluruhan pinjaman sebelum tempoh tersebut, bank mengenakan penalti 2% hingga 3% daripada jumlah pinjaman.
Jadi pastikan anda memberi perhatian kepada lock-in period apabila memohon pinjaman perumahan.
Ini adalah kriteria untuk memohon pinjaman rumah:
Walau bagaimanapun, bank tertentu mungkin mempunyai keperluan tertentu. Untuk pendapatan minimum tahunan, ia bergantung kepada bank dan skim pembiayaan yang anda pilih. Pastikan anda semak dengan bank masing-masing.
Di Loanstreet, anda hanya perlu tekan butang mohon dan isi butiran anda. Kami akan menghubungi anda atau menghantar e-mel dalam masa 1 hari bekerja, bergantung kepada permohonan anda. Setelah itu, kami akan menghantar permohonan anda ke bank-bank. Jika permohonan anda tidak memenuhi kriteria kami, kami akan menghantar e-mel yang menyatakan bahawa anda mungkin perlu pergi ke bank untuk membuat permohonan itu sendiri.
Untuk yang makan gaji:
Untuk yang bekerja sendiri:
Namun begitu, sesetengah bank mungkin memerlukan anda untuk menyediakan lebih banyak dokumen. Pastikan untuk memeriksa dokumen yang diperlukan daripada bank masing-masing.
Apabila anda telah menghantar dokumen yang diperlukan oleh pihak bank, ia akan mengambil masa sekitar 7 hari bekerja untuk meluluskan pinjaman anda dan mengagihkan pinjaman kepada anda. Proses ini bergantung kepada jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kelayakan anda. Pastikan anda hantar semua dokumen yang diperlukan dengan butiran yang betul bagi membantu mempercepatkan proses permohonan.
Anda boleh membuat pembayaran tambahan jika bank anda membenarkan anda berbuat demikian. Sebelum membuat sebarang pembayaran tambahan, pastikan anda semak sama ada terdapat bayaran penyelesaian awal dan sama ada ia berbaloi. Selain itu, anda juga harus mempertimbangkan untuk mengira semula ansuran bulanan dengan bank jika anda hendak membuat pembayaran tambahan kerana kadang-kala pembayaran tambahan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan anda.
Apabila anda tidak dapat membayar pinjaman rumah anda, bank perlu merampas aset anda dan anda mungkin diusir dari rumah. Walau bagaimanapun, bank anda akan menghantar peringatan kepada pembayaran yang tidak dibuat. Jika anda tahu anda tidak dapat membuat pembayaran ansuran bulanan, pergi ke bank dan bincangkan mengenai cara lain yang mereka boleh sediakan kepada anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa permohonan pinjaman perumahan anda ditolak. Untuk keterangan lanjut, klik di sini.
Ya, anda boleh membuat pembiayaan pinjaman perumahan. Anda hanya perlu klik di sini.