Jadi, apa akan terjadi pada hutang bila kita meninggal?
Sepanjang tahun kami akan ditujukan dengan soalan macam ni dan kami rasa dah sampai masanya untuk kami berikan jawapan tersebut. Selagi masih hidup, harta korang (termasuklah aset dan liabiliti) akan dikenali sebagai harta dan korang sebagai pemilik bertanggung jawab kat harta tersebut. Tapi, lepas korang dah meninggal dunia, harta korang tu akan dikenali sebagai ‘harta pusaka’.
Mengikut undang-undang, aset korang tu akan digunakan untuk bayar hutang dulu, pastu barulah bakinya akan diagihkan kepada pewaris. Tapi, sebelum boleh agih, nilai bersih harta pusaka korang kena ditentukan dulu.
Macam mana pulak nak kira nilai bersih harta korang? Okay, mula-mula, korang kena jumlahkan segala harta seperti nilai rumah dan duit dalam bank (aset). Pastu, tolak dengan jumlah hutang yang korang ada macam pajak gadai ke, hutang kereta atau hutang pendidikan, even baki kad kredit pun kena sekalikan tau - kiranya semua benda lah.
Aset - Hutang = Nilai bersih harta
Apa yang korang kena tahu:
Kalau jumlah hutang korang lebih dari jumlah aset, korang akan mempunyai nilai bersih negatif dan dikira sebagai bankrap. Dalam kes macam ni, aset korang akan digunakan untuk langsai hutang tersebut dan pewaris takkan dapat satu sen pun.
Sekiranya nilai harta korang lagi banyak daripada hutang (nilai bersih positif). Selepas hutang dibayar, baki harta korang akan diberikan kepada pewaris yang dah ditetapkan dalam wasiat.
Okay, siapa yang berhak untuk membuat tuntutan ke atas harta pusaka korang?
Pertama, korang kena tahu yang harta pusaka korang akan dikendalikan oleh Pentadbir Harta/Wasi yang dilantik oleh pembuat amanah wasiat untuk laksanakan wasiat. Untuk yang takde wasiat, mahkamah akan melantik seorang Pelaksana Wasiat untuk uruskan harta tersebut.
Tanggungjawab si Pentadbir Harta ni berat sebenarnya. Antara benda yang dia kena buat adalah untuk mendapatkan geran probet dari mahkamah dengan secepat mungkin. Bukan apa, selagi takde geran, dia tak boleh uruskan harta tersebut.
Tapi, sebelum wasiat korang tu boleh diagihkan secara sah, ada beberapa pihak yang berhak membuat tuntutan ke atas harta pusaka korang (macam yang kami cakap tadi). Antaranya adalah:
- Pinjaman peribadi atau pinjaman perniagaan bawah nama korang
- Pinjaman kenderaan bawah nama korang
- Pinjaman pendidikan bawah nama korang
- Hutang kad kredit
- Cukai pendapatan terakhir yang dikira oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Emm… kalau harta pusaka saya tak cukup untuk membayar hutang, macam mana?
Keratan akhbar daripada Berita Harian
Bagi pinjaman bercagar (macam pinjaman kenderaan atau pinjaman perumahan), bank akan bagi pilihan untuk pewaris dan ahli keluarga terdekat untuk ambil alih pinjaman dan aset si arwah (contoh: rumah atau kereta) akan dipindahkan atas nama diorang.
Tapi, kalau pilihan ni tak dipersetujui, pemiutang berhak untuk merampas aset yang dijadikan sebagai jaminan pinjaman. Aset tersebut akan dilelong oleh bank dan hasilnya akan digunakan untuk membayar tunggakan pinjaman. Kalau ada baki dari lelongan tersebut, barulah dipulangkan sebagai harta pusaka.
Untuk pinjaman tak bercagar pulak (macam pinjaman peribadi/kredit kad), kalau pinjaman tu jenis hutang bersama, pihak yang masih hidup kena langsaikan hutang tersebut. Sama jugak kalau pewaris tu merupakan penjamin hutang si mati.
Bagi yang tak tinggalkan sebarang harta pusaka pulak, pemiutang takde pilihan lain selain batalkan hutang tersebut. Dalam kes ni, pemiutang tak boleh tuntut hutang kat ahli keluarga si mati.
Tapi, kalau korang ada harta pusaka yang lain (contohnya: rumah, kereta, tunai ataupun saham), pemiutang boleh memilih untuk mengambil harta pusaka itu sebagai bayaran hutang. Perkara ni boleh melambatkan proses pengagihan harta pusaka.
Untuk cara yang lebih praktikal, kami nasihatkan si pewaris untuk terus membayar ansuran bagi pihak si mati, untuk mengelakkan pengumpulan caj lewat pembayaran, serta kelewatan pengedaran warisan. Orang yang membuat pembayaran tu boleh membuat tuntutan dari harta pusaka. Bukan apa,boleh cepatkan proses untuk mencairkan aset oleh si Pentadbir Harta bagi tujuan membayar hutang.
Dah tu, apa yang saya boleh lakukan untuk melindungi orang tersayang?
Pertama sekali, pastikan orang tersayang faham hak diorang sebagai pewaris dan tahu apa yang perlu dilakukan kalau korang dah takde. Korang juga perlu menyediakan wasiat dan cuba kurangkan hutang dengan secepat mungkin.
Selain tu, korang kena membeli perlindungan insurans/takaful (contoh: Terma Ansuran Gadai Janji (MRTA)) untuk membantu bayar hutang ataupun kad kredit yang korang ada.
Dengan persediaan ni, korang takkan membebankan keluarga dengan hutang dan meninggalkan harta yang ciput untuk pewaris korang. Betul, insurans ni nampak macam mahal sikit tapi korang dapat pastikan orang tersayang tak terbeban apabila korang dah takde.
Selain tu, ada baiknya jugak kalau korang dapatkan insurans hayat...
Okay, mungkin benda ni macam tak penting sekarang, tapi ingat, ajal maut tu datang bila-bila masa. Bayangkan, macam manalah keluarga korang nak hadapi masalah hutang sambil tengah sedih atas kehilangan korang.
Situasi tak diingini macam ni boleh dielakkan dengan adanya jumlah perlindungan insurans nyawa yang betul. Keluarga korang akan diberi jaminan jumlah perlindungan seperti yang dibeli oleh korang. Duit insurans ni jugak dibayar secara sekali gus lepas semua dokumen macam sijil kematian dah difail dan diluluskan.
Dengan duit tersebut, bolehlah keluarga korang guna untuk menampung hidup. Polisi insurans hayat ni jugak boleh memastikan orang tersayang tak terbeban dengan hutang yang banyak ataupun dengan baki harta pusaka yang sikit. Ini adalah sangat penting terutamanya kalau korang berkongsi hutang macam pinjaman perumahan dengan pasangan ataupun dengan orang lain.
Jadi, kalau korang ni adalah pencari nafkah utama atau tunggal yang ada hutang, baik korang dapatkan insurans hayat ni untuk elakkan keluarga korang daripada menanggung isu kewangan semasa tengah bersedih dengan kehilangan korang.
Ramai yang anggap insurans nyawa ni mahal, tapi PRUWealth ni tak sama macam insurans yang lain. Insurans ni menawarkan kadar premium yang fleksibel berdasarkan kemampuan kewangan korang. Bukan itu saja, Insurans berkaitan pelaburan ni bagi perlindungan yang tinggi kat korang sehingga usia 100 tahun dan permohonan seawal usia 30 hari.
Kalau korang masih tak berapa pasti macam mana pelan insurans ni boleh membantu korang dan keluarga, tengoklah ilustrasi di bawah ini.
Untuk maklumat lanjut PRUWealth Plus, layari page Prudential atau hubungi ejen Prudential korang. Jangan risau kalau korang tak pasti berapa jumlah premium yang patut korang pilih sebab ejen akan berikan nasihat berdasarkan keperluan dan matlamat kewangan.
Lagi satu, kan lega rasanya bila dapat pastikan korang takkan bebankan orang tersayang dengan hutang selepas korang dah takde.
Baca Jugak: