Pertama sekali, apakah faktor-faktor yang membuatkan pelaburan anda (termasuk Kripto) patuh Syariah?
Sumber imej: Facebook
Pernah dengar tentang Pasaran Modal Islam (ICM)? Ia berfungsi untuk pastikan segala transaksi pasaran konvensional Malaysia selari dengan hukum Syariah. Dalam ICM, urus niaga pasaran dijalankan dengan cara yang tidak bercanggah dengan pegangan umat Islam dan agama Islam.
Secara umumnya, menurut InvestSmart (inisiatif pendidikan tentang pelaburan oleh SC), semua instrumen dan institusi ICM mesti mematuhi prinsip Syariah, iaitu:
- Larangan riba (faedah)
- Aplikasi al bai’ (trade dan commerce)
- Larangan gharar (keraguan) dalam perjanjian kontrak
- Larangan maisir (judi)
- Tidak terjebak dalam pengeluaran komoditi terlarang, seperti arak, daging babi, tembakau, dan sebagainya.
Oleh itu, jikalau pelaburan anda mempunyai unsur riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian), maka ianya dianggap TIDAK patuh syariah.
Jadi, adakah pelaburan kripto mematuhi hukum Syariah?
Persoalan ini turut menarik perhatian kami. Jadi kami selidik dengan lebih mendalam dan mendapati bahawa pada tahun 2018, terdapat fatwa daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengatakan pelaburan kripto adalah DILARANG. Ini kerana mereka melihat mata wang kripto sebagai instrumen pembayaran (mata wang) dan ianya tidak memenuhi ciri-ciri mata wang dalam Islam.
Walau bagaimanapun, lewat tahun itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mata wang kripto TIDAK dianggap sebagai instrumen pembayaran am (mata wang) kerana ia tidak menunjukkan ciri-ciri universal wang dan mempunyai beberapa batasan seperti ketidakpastian harga serta risiko ancaman siber.
Pada tahun 2021 pula, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya (MPS) di bawah SC telah membuat kesimpulan bahawa secara dasarnya, pelaburan dan perdagangan mata wang kripto di DAX berdaftar di Malaysia adalah DIBENARKAN, termasuklah Luno.
MPS melihat mata wang digital sebagai 'mal' (aset) dalam 2 skop:
i. Mata wang digital yang berasaskan teknologi semata-mata tanpa disandarkan kepada sesuatu
Mata wang digital dalam bentuk ini dikategorikan sebagai ‘urudh’ (barangan) dan ia bukanlah satu mata wang menurut perspektif Syariah. Mata wang digital tersebut tidak dikategorikan sebagai barangan ribawi. Oleh itu, ia tidak tertakluk kepada prinsip bai` al-sarf (pertukaran mata wang).
ii. Mata wang digital yang disandarkan kepada barangan ribawi
Secara ringkas, MPS telah membuat kesimpulan bahawa pelaburan dan perdagangan Aset Digital yang memenuhi keperluan di atas dan didagangkan melalui DAX yang berdaftar dengan SC, adalah DIBENARKAN.
Namun begitu, resolusi ini TIDAK TERTAKLUK kepada mana-mana Aset Digital yang berada di luar bidang kuasa SC.
NOTA SAMPINGAN: Melabur dalam sekuriti patuh Syariah tidak terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja kerana ia merupakan sebahagian daripada sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dengan itu, sudahkah anda bersedia untuk memantapkan kecergasan kewangan anda dengan pelaburan kripto?
Mungkin anda berasa lebih yakin untuk cuba melabur mata wang kripto sekarang selepas mengetahui bahawa pelaburan mata wang kripto dibenarkan selagi anda melabur di bursa yang berdaftar.
Jika anda tidak pasti tentang mata wang kripto mana yang hendak dilaburkan, kami mempunyai artikel yang membincangkan tentang faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur dalam mata wang kripto: Apakah Matawang Kripto Terbaik di Malaysia?
Dan, jika anda masih mencari platform pertukaran terkawal terbaik dengan tawaran mata wang kripto terbanyak di negara ini, kami ingin mencadangkan anda untuk #MajuBersamaLuno.
Bukan sahaja platform ini mudah digunakan, anda juga boleh mula melabur dalam mata wang kripto dari serendah RM1. Dan, memandangkan Luno dikawal oleh SC, anda boleh yakin bahawa pelaburan anda adalah selamat.
Selain itu, terdapat juga promosi eksklusif untuk pengguna Luno baharu yang ingin melabur dari sekarang hingga 31 Disember 2022. Hanya gunakan kod rujukan ini: LNSTRT30 untuk mendapatkan BTC bernilai RM30, apabila anda membeli RM100 dalam mana-mana matawang kripto.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Syarat Penggunaan Luno dan risiko yang berkaitan dengan mata wang kripto, klik di sini: www.luno.com.
Sertai komuniti Luno hari ini!
Nota: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja dan anda tidak seharusnya menganggap sebarang maklumat tersebut sebagai nasihat pelaburan atau kewangan. Melabur dalam mata wang kripto adalah berisiko tinggi dan boleh mengakibatkan kehilangan modal kerana nilainya boleh berubah-ubah. Kami mengesyorkan individu untuk berunding dengan perancang kewangan berlesen untuk mendapatkan nasihat kewangan terperinci sama ada mata wang kripto adalah pilihan pelaburan yang baik. Kelulusan SC terhadap penyenaraian aset digital di Luno tidak bermakna dan tidak menunjukkan bahawa SC telah mengesyorkan atau mengesahkan produk atau perkhidmatan.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.