Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

7 Cara Korang Boleh Jimat Duit Beli/Renew Insurans Kereta

BY Faiz Rahim

Updated 05 Mar 2021




“Mahalnya harga insurans kereta ni. Takde duit lah pulak sekarang, renew nanti je lah.”

Jujur je dengan admin - konfem benda ni ada dalam fikiran korang setiap tahun, kan? Lagi-lagi masa korang nak beli atau renew insurans kereta. Mana taknya, boleh cecah ribuan ringgit kot. Duit habis camtu je!

Cuma tu lah, nak tak nak, kena beli jugak. Ya lah, korang boleh kena saman sampai RM1,000 atau masuk jail selama 3 bulan kalau takde insurans kereta. Silap-silap, boleh dapat dedua terus bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jadi, better renew je lah insurans kereta tu.

Admin paham, insurans kereta ni boleh dikira mahal. Tapi, ada je cara boleh kurangkan harga tu. Jangan risau, ni admin bagitau 7 cara untuk korang jimat duit beli/renew insurans kereta!


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Letakkan nilai insurans yang betul (jangan lebih/kurang!)

Kebiasaannya, ramai letak nilai insurans kereta ikut nilai pasaran semasa (boleh cek sini). Kalau camtu, korang hanya belanjakan duit yang perlu je. Korang pun boleh pilih nilai yang dipersetujui dengan syarikat insurans. Asalkan, nilai insurans tu tak lebih atau kurang.

Sebagai contoh, korang letak nilai yang lebih dari nilai pasaran, tak ke dikira membazir? Better save je duit lebih tu. Kalau korang letak nilai yang kurang pulak, pun tak berbaloi. Nanti bila buat claim, kena keluarkan duit sendiri jugak nak cover perbezaan. Ya lah, duit insurans tak boleh cover!

Kalau camtu, apa guna ada insurans kereta? Kalau nak selamat, lagi bagus kalau korang ikut nilai pasaran semasa je. Lebih berbaloi dan tak membazir.



 

2. Pilih perlindungan yang SESUAI

Seperti yang semua tahu, insurans kereta ni ada 3 jenis iaitu pihak ketiga, pihak ketiga, kebakaran & kecurian dan komprehensif. Kalau korang pilih 2 jenis yang pertama tu, memang tak boleh lah nak add on pape perlindungan tambahan. Kalau insurans komprehensif, tu lain cerita sebab boleh tambah.

Katakan lah, korang add on semua perlindungan tambahan yang ada sekali dengan insurans komprhensif. Konfem banyak guna duit - habis kat situ je. Baik  jangan buat camtu, ok?

Lagi bagus kalau korang pilih perlindungan yang bebetul kasi manfaat. Kiranya, yang praktikal untuk korang lah.

Kalau cermin kereta depan mahal, beli perlindungan untuk cermin depan. Kalau korang tinggal/kerja kat tempat selalu banjir, add on perlindungan peril khas. Kalau takde kemungkinan untuk ada rusuhan, tak perlu kot tambah perlindungan tu - pilih yang sesuai dan patut je!

 

3. Alert selalu, mana tau ada promo!  

Yup betul, promo promo promo. Zaman sekarang ni memang tak boleh lari dari promosi. Kita je kena tahu kat mana dan bila nak cari. Kalau tahu, nampak je lah promo dan sales yang betul-betul buat korang nak beli lah!

Selalunya, promo akan ada bila musim perayaan dan juga tarikh-tarikh khas cam 10.10, 11.11 dan 12.12. Tak cakap lagi pasal promosi hujung tahun. 

 

 

4. Tak penah eksiden? Maintain rekod tu!

Tahu tak sejarah memandu korang ada affect harga insurans? Kalau sejarah memandu korang teruk sangat, memang naik lah harga insurans tu. Haa sekarang dah tahu, drive leklok, ok!

Kalau korang pemandu yang selalu sangat eksiden, boleh kata setiap bulan lah, ada kemungkinan insurans korang akan jadi mahal sikit dari yang lain. Ya lah, mesti syarikat insurans tu nampak korang sebagai pemandu yang berisiko tinggi. 

Masuk akal jugak lah, kan? Sebab semakin banyak korang eksiden, semakin banyak korang buat claim. Secara tak langsung, diskaun tanpa tuntutan (No-Claim Discount - NCD) korang pun terkesan.



Sebaliknya, kalau pemandu ada rekod bersih je setiap tahun, eksiden takde, claim pun tak, korang akan dapat diskaun setiap kali buat renewal. Boleh dapat 55% diskaun kot kalau korang tak pernah claim selama 6 tahun. Kiranya, memang pemandu bertanggungjawab lah!

BACA JUGAK: Transfer NCD Ke Kereta/Insurer Baru? Hah, INI Caranya!

 

5. Jangan claim, guna duit sendiri (kalau perlu je lah)

Ya lah, tak semua pemandu ada nasib yang baik. Biasa lah tu kalau eksiden dalam satu atau dua kali. Bukan masalah besar pun, korang boleh je claim tapi camne kalau tak?

Ok, dengar ni admin jelaskan. Apa kata,daripada buat claim, korang guna je duit sendiri? Alah, kalau eksiden kecik atau kos repair sikit je lah. Kalau tak boleh, admin pun paham - duit tak cukup ke apa ke. Lebih-lebih lagi kalau kos repair tu mahal.

Admin nasihatkan korang buat benda ni bila ada duit je. Dengan cara ni, korang tak payah buat claim. Kalau tak buat, takdelah masuk dalam sejarah memandu korang. NCD korang pun takkan terganggu. Tak ke bijak kalau camtu?! 

 

6. Naikkan nilai lebihan korang (excess/deductible)

In case korang tak tahu, nilai lebihan ni adalah jumlah korang kena bayar dulu sebelum syarikat insurans. Cuba check balik kat polisi insurans korang, mesti ada pasal tu - lebihan ni ada 2 jenis:

i) Lebihan Wajib (Compulsory Deductible)

Kalau ikut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Motor Tariff, pemandu kena bayar RM400 kalau...

  • Ada lesen memandu L (Learner) atau P (Probationary) 
  • Berumur bawah 21 tahun
  • Takde dalam senarai penama dalam polisi insurans

ii) Lebihan Lain (Optional Deductible)

Kalau nak tahu, lebihan lain ni bergantung dengan umur pemandu, sejarah pemandu dan umur kereta. Benda-benda ni akan mempengaruhi kadar premium asas insurans. Sini lah tempat korang jimat. Semakin banyak lebihan korang bayar, semakin kurang harga insurans kereta. 

 

7. Survey banyak tempat & bandingkan harga!

Sekarang ni, semua benda boleh buat online - termasuk lah beli/renew insurans kereta. Kiranya, semakin senang lah kalau nak tengok tempat lain dan compare harga - lagi digalakkan wei. Sekurang-kurangnya, korang boleh consider sebarang jenis pilihan yang ada.

Bila bercakap sal perbandingan ni, dia bukan pasal harga je. Kena tengok jugak pakej insurans kereta tu camne. Better tanya ni, berbaloi tak kalau beli/renew dengan harga ni? Kalau ok, proceed, kalau tak, cari lagi. Takkan lah dalam banyak pilihan, takde satu pun yang korang suka - siap dapat diskaun lagi!

Bagusnya, korang tak payah susah tengok jauh-jauh - Loanstreet kan ada. Korang boleh je compare harga dari pelbagai quotation percuma. Lepas tu, baru boleh beli yang korang nak. Klik gambar kat bawah ni kalau nak proceed - 5 minit je dah setel wei!


Selamat beli/renew insurans kereta!
 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya