1. Pengiraan faedah
Kalau pinjaman rumah gunakan kaedah reducing balance, pinjaman peribadi ni guna kaedah faedah rata. Sebagai garis panduan, kadar faedah semasa bagi pinjaman peribadi adalah 1.7 – 1.9x daripada kadar faedah yang dinyatakan. Jadi, kos sebenar untuk pinjaman peribadi yang dinyatakan sebagai 9% p.a. sepanjang 5 tahun adalah 15.39% dalam kadar faedah semasa.
2. Kelayakan dan saiz pinjaman
Korang boleh dapatkan pinjaman peribadi untuk sekurang-kurangnya RM2,000 hingga sebanyak RM250,000, bergantung kepada jumlah pendapatan korang. Kalau korang buat pinjaman bersama, pendapatan semua peminjam akan diambil kira.
3. Bercagar vs Tidak bercagar
Kebanyakan pinjaman di Malaysia memerlukan cagaran macam, pinjaman rumah, kereta, ataupun deposit tetap. Pinjaman bercagar ni leceh sebab walaupun kadar faedahnya lebih murah, tetapi akan ada risiko untuk korang kehilangan asset yang dicagar bila korang gagal buat bayaran.
Jadi, berita baik untuk korang yang nak mohon pinjaman peribadi sebab kebanyakan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia ni tidak perlukan cagaran pun. Sebab bank-bank ni tawarkan jenis pinjaman yang tidak bercagar.
4. Islamic vs Pembiayaan Konvensional
Macam produk-produk bank lain kat Malaysia, korang juga boleh pilih antara korang nak pembiayaan Konvensional atau Islamik .
Selain itu, kalau korang merupakan pekerja dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), korang boleh mohon pakej pinjaman peribadi yang direka khas untuk penjawat awan dan GLCs. Pinjaman ni tawarkan kadar faedah yang lebih baik. Tapi, korang kena setuju untuk potongan gaji bulanan melalui Angkasa.
5. Bank vs Pemberi pinjaman bukan bank
Korang ada dua pilihan utama untuk dapatkan pinjaman samada:
-
Bank komersial (Maybank, RHB, CIMB, Standard Chartered, Alliance dan lain-lain)
Bank komersial biasanya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk buat pinjaman. Bank-bank ni menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pemberi pinjaman lain dan proses mereka time kutip hutang pula lebih terjamin dari segi undang-undang. Cuma, syarat kelayakan untuk dapatkan pinjaman dari bank ni agak ketat sikitlah.
-
Pemberi pinjaman berlesen
Jadi, kalau korang tak layak nak buat pinjaman dari bank, korang boleh pertimbangkan untuk dapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman wang berlesen. Mereka ni dikawal oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (bukan Bank Negara atau Kementerian Kewangan).
Di Malaysia, ada sekitar 3,000 pemberi pinjaman berlesen. Kadar faedah untuk pinjaman dari pemberi pinjaman ini biasanya adalah 12% p.a. (atau 1% sebulan) untuk pinjaman bercagar dan 18% p.a. (atau 1.5% sebulan) untuk pinjaman tidak bercagar. Ini adalah kadar maksimum yang dibenarkan di bawah Money Lenders Act 1951. Tapi, korang kena teliti sebab biasanya pinjaman jenis ni ada kenakan caj tambahan yang tersorok.
.
Perhatian!
-
Sesetengah bank ada tawarkan pengecualian Dalam pemprosesan / yuran dokumentasi / duti setem. Sesetengah bank menawarkan pengecualian.
-
Yuran / penalti penyelesaian awal
-
Kalau korang mahu melakukan penyelesaian awal pinjaman peribadi, jumlah penyelesaian bukan jumlah pinjaman baki, tetapi dikira dengan menggunakan Rule of 78.
-
Tak macam pinjaman gadai janji, korang tak akan dapat apa-apa penjimatan wang dengan membuat bayaran tambahan untuk pinjaman.
-
Jangan sesekali meminjam dari pemberi pinjaman tidak berlesen.
Jadi, adakah pinjaman peribadi sesuai untuk korang?
Memanglah pinjaman peribadi ada banyak kelebihanya- fleksibel, cepat lulus. Tapi, korang kena ambil kira jugak kadar faedah yang korang kena tanggung nanti.
Sebelum buat pinjaman, fikir betul-betul sama ada membuat pinjaman ataupun buat simpanan lebih baik untuk korang. Walaupun pinjaman peribadi senang nak dapat dan dapat membantu korang dari segi kewangan, korang kena bersedia dengan beban hutang yang korang kena tanggung.
Akhir sekali, jangan lupa guna alat Perbandingan Pinjaman Peribadi kami untuk dapatkan pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan korang!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca Jugak: