Sila hubungi kami hari ini melalui telefon atau e-mel.
Pakej pinjaman peribadi untuk jumlah RM 10,000 selama 5 tahun
Pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia adalah berdasarkan konsep Bai’ Al-’Inah. Ia adalah konsep yang melibatkan jualan dan belian balik aset daripada penjual (bank) atas dasar pembayaran tertunda. Penjual (bank) akan menjual kepada pembeli (pelanggan) secara tunai. Penjual akan membeli semula urus niaga tersebut atas dasar pembayaran tertunda, di mana harganya adalah lebih tinggi daripada harga tunai. Ia juga boleh digunakan apabila penjual menjual kepada pembeli secara dasar tertunda. Kemudian, penjual akan membeli balik urus niaga dengan cara tunai pada harga yang lebih rendah daripada harga tertunda, dengan itu, urus niaga tersebut menjadi sebuah pinjaman. Dalam pembiayaan peribadi, aset yang terlibat dalam konsep Bai’ Al-’Inah untuk membeli dan menjual adalah wang tunai.
Konsep Shariah lain yang digunakan oleh bank Islamik adalah prinsip Shariah Murabahah melalui Tawarruq untuk pembiayaan peribadi. Secara definisinya, Murabahah adalah sejenis jualan di mana komoditi tersebut akan dijual dengan tunai atau pada harga tertunda. Tawarruq pula merujuk kepada pembelian aset dengan harga tertunda, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai.
Bank-bank Islamik kemudiannya akan mengenakan caj kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘kadar keuntungan’ (pada asasnya kadar faedah) untuk kemudahan pembiayaan peribadi. Ini adalah kerana kadar faedah adalah tidak dibenarkan dalam perbankan Islamik. Perbankan Islamik menggunakan terma kadar keuntungan jangka panjang dan bukannya kadar faedah kerana cara pembiayaannya distruktur. Oleh itu, tidak seperti pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank konvensional yang mempunyai kadar faedah, bank Islamik akan menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan yang akan ditentukan dalam kontrak pembiayaan peribadi.
Pembiayaan Peribadi Islamik | Pinjaman Peribadi Konvensional |
---|---|
Dikenali sebagai pembiayaan peribadi | Dikenali sebagai pinjaman peribadi |
Berdasarkan konsep penjual dan pembeli | Berdasarkan konsep pemberi peminjam dan pemberi pinjaman |
Bank mesti menanggung beberapa risiko untuk mendapatkan pulangan | Pelanggan akan menanggung semua risiko pinjaman |
Caj kompaun adalah dilarang | Pengecasan kompaun adalah dibenarkan dan diamalkan |
Kadar keuntungan dikenakan | Bayaran faedah adalah dikenakan |
Ditadbir dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Syariah | Ditadbir dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia |
Bank tidak boleh membatalkan kontrak mengikut budi bicara sendiri | Bank boleh membatalkan kontrak mengikut budi bicara sendiri |
Pembiayaan peribadi Islamik atau pinjaman Islamik boleh dikenali dengan mudah berdasarkan nama pinjaman tersebut. Semua pinjaman yang berakhir dengan huruf ‘i’ dianggap sebagai pinjaman Islamik walaupun tanpa perkataan itu sendiri. Sebagai contoh, Pembiayaan Peribadi Al-Rajhi-i. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes bank Islamik yang mungkin tidak mempunyai huruf ‘i’ pada produk pinjaman, kerana ianya difahami bahawa institusi Islamik akan menyediakan produk pembiayaan yang patuh kepada undang-undang syariah dalam apa jua keadaan.
- Caj bayaran lewat lebih rendah
Caj pembayaran lewat adalah lebih rendah daripada apa yang dikenakan oleh pinjaman konvensional. Ini adalah kerana kadar faedah kompaun adalah dilarang oleh Syariah, sebab itulah caj pembayaran lewat akan menjadi lebih rendah. Caj pembayaran lambat untuk perbankan Islamik di Malaysia adalah berdasarkan konsep Ta’widh, dan tertakluk kepada kadar maksimum 1% setahun.
- Amaun pembayaran balik adalah tetap
Manfaat lain ialah amaun untuk pembayaran balik pelanggan adalah tetap untuk keseluruhan tempoh pada permulaan pembiayaan. Ini bermakna ianya tidak akan meningkat walaupun terma pembiayaan kemudiannya meningkat.
Ya, kedua-dua Muslim dan bukan Muslim boleh menggunakan manfaat dan ciri-ciri produk dan perkhidmatan perbankan Islam.
Pemohon mestilah
- Bekerja: