Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tabung Haji: Jenis-Jenis Hibah Yang Korang Kena Tahu

BY Team Loanstreet

Updated 15 May 2023





Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini asalnya ditulis oleh “Hakimie Amrie”. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Sebenarnya, ramai antara kita yang anggap hibah Tabung Haji (TH) dan dividen macam pulangan daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ataupun kat akaun simpanan bank ni benda yang sama, padahal berbeza sama sekali. Nak tahu apa dia hibah TH ni sebenarnya?

Jom cekidaut. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Kalau ikut TH, hibah ni hadiah ekceli, bukannya hasil pelaburan

Macam yang kami cakap tadi, walaupun hibah dan dividen ni nampak macam sama iaitu pulangan, tapi 2 benda ni berbeza ekceli. Dividen adalah pulangan pelaburan yang diberi oleh pengurus dana dan saham amanah macam ASB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala hibah adalah sebuah perkongsian keuntungan (profit share) diantara TH dan pendeposit. 

Maksudnya kat sini, hibah TAK WAJIB untuk diberi setiap tahun macam dividen. Pengagihan bergantung sepenuhnya pada jumlah keuntungan yang diperolehi. Kalau ada untung, ada lah hibah, kalau tak krik krik jelah. 


 


Bila dah faham maksud hibah ni, baru boleh bincang pasal jenis-jenis hibah yang ada pulak...

Untuk korang yang masih tak tahu, selalunya TH bagi dua jenis hibah utama kepada pendeposit iaitu hibah tahunan dan jugak hibah haji setiap tahun, bergantung pada jumlah simpanan semasa.

1. Hibah Tahunan

Tadi kami ada cakap hanya hibah tahunan yang diberi pada 2018, kan? Buat pengetahuan korang, hibah tahunan ni adalah bonus yang pendeposit TH (korang) terima setiap tahun berdasarkan prestasi kewangan tahun semasa. 

Disebabkan hibah tahun 2019 belum diumumkan dan hanya ada 1 jenis hibah yang diagihkan pada tahun 2018, kami akan guna tahun 2017 sebagai contoh. 


* Kadar hibah tahunan dan formula pengiraan

Pada tahun tersebut, kadar hibah tahunan yang diagihkan adalah sebanyak 4.50% kepada 9.3 juta pendeposit. Katakan korang depositkan RM2,000 pada Januari 2017 dan menyimpan RM250 sebulan bagi bulan-bulan seterusnya, jumlah hibah tahunan yang akan korang nikmati adalah sebanyak RM17.81. Tengok pengiraan bawah ni kalau nak faham lebih lanjut:

Pengiraan Hibah Tahunan:

RM2,000 + (RM250 x 11 bulan) = RM4,750
RM4,750 / 12 bulan = RM395.83 baki minima tahunan akaun TH
RM395.83 X 4.50% (kadar hibah 2017)
=RM17.81


2. Hibah Haji

Sejak tahun 2013, hibah haji diberikan kepada pendeposit yang belum tunaikan ibadah haji dengan simpanan kurang RM9,980 (kos haji semasa). Tujuan hibah ni diberikan adalah untuk bantu naikkan jumlah simpanan supaya lepas untuk jemaah tunaikan haji. 

Kalau korang nak tahu, masih banyak sebenarnya pendeposit TH yang mempunyai simpanan tak sampai RM5,000 pun, apatah lagi nak cecah jumah bayaran haji semasa. Laporan audit Pricewaterhouse Coopers (PWC) 2018 jugak ada menyatakan yang purata simpanan pendeposit adalah sebanyak RM3,811 je. Dengan jumlah sebanyak tu, jangankan haji, nak pergi umrah pun tak lepas. 


*Kadar hibah haji dan formula pengiraan

Dengan guna jumlah simpanan yang sama dalam contoh 1 iaitu sebanyak RM4,750 jom kita tengok berapa banyak korang boleh dapat. 

Pengiraan Hibah Haji:

RM2,000 + (RM250 x 11 bulan) = RM4,750
RM4,750 / 12 bulan = RM395.83 baki minima akaun tahunan TH
RM395.83 X 1.75% 
=RM6.93


Walaupun pemberian hibah ni adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan tapi masih ada had berapa banyak korang boleh dapat. Jumlah hibah haji yang diterima tak boleh lebih kos haji tahun semasa (RM9,890). Maksudnya hibah yang korang terima takkan lebih daripada jumlah tersebut walaupun kalau ikut kiraan, korang sepatutnya dapat lebih. 


3. Hibah Khas

Berbeza dengan 2 jenis hibah sebelum ni, hibah khas tak diberikan setiap tahun tapi bila ada peristiwa istimewa je macam Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 dengan agihan hibah khas sebanyak 2.00% dan 1.52% bagi Ulang tahun TH ke-50.


 


Selain hibah, Tabung Haji jugak ada tawarkan manfaat lain untuk pendeposit, macam...

...subsidi haji. Ingat lagi tak kami ada cakap yang bayaran haji semasa adalah sebanyak RM9,980? Korang tak rasa ke kos haji macam tak semahal yang disangka? Sebab tu bukanlah jumlah sebenar untuk tunaikan ibadah haji. Bayaran yang korang kena tanggung tu sebenarnya lepas gomen dah subsidikan. 



Kalau nak tahu, kos sebenar haji sekarang adalah RM22,000. Dengan adanya subsidi haji ni, korang berjaya jimat sebanyak RM12,920 kot. Bantuan ni diberikan bagi kekalkan jumlah bayaran haji walaupun kos sebenar bagi setiap jemaah meningkat setiap tahun. 

Tapi kan, manfaat ni hanya diberikan pada jemaah yang nak menunaikan ibadah haji kali pertama je. Bagi Pak/Mak Aji yang dah selalu pergi, diorang kena bayar mengikut kos sebenar. 


Kenapa simpan dalam TH? Apa bezanya dengan simpanan lain? 

Walaupun ramai yang jadikan TH sebagai tempat untuk menyimpan duit dan dijadikan sebagai pelaburan, tujuan sebenar TH adalah untuk wujudkan simpanan bagi menunaikan haji. Itu bezanya Th dengan simpanan lain. Kat sini, selagi korang tak bukak akaun dan daftar haji dengan TH, selagi tu lah korang tak boleh buat haji. 

“Tapi, bukan ke ramai je yang buat haji melalui agensi, macam mana pulak tu?”

Betul, tak dinafikan korang masih boleh pergi haji dengan agensi yang ada lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH), tapi ada syaratnya tau. Menurut Pengarah Operasi JPH, hanya jemaah haji yang ditawarkan untuk buat haji dengan TH je boleh memilih untuk mengerjakan haji dengan menggunakan pakej agensi.  Nak tak nak, korang masih kena daftar haji dengan TH dulu. 

Korang kena faham, organisasi yang uruskan kuota jemaah haji Malaysia adalah TH, bukannya agensi.  


Sumber: Berita Harian

Berbalik pada isu ramai orang jadikan TH sebagai pelaburan, kami nak tegaskan yang tak salah pun nak buat macam tu. Tapi, korang kenalah faham yang TH tak wajib bagi pulangan setiap tahun. 

Ada banyak lagi bentuk pelaburan lain yang boleh korang try sebenarnya. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan, kami cadangkan simpanan tetap dan dana amanah pelaburan hartanah (REITS) sebagai permulaan. Baca artikel-artikel ni untuk faham dengan lebih lanjut:


Bagi yang nak tunaikan ibadah haji dan masih belum ada akaun simpanan TH pulak, ni lah masa paling sesuai untuk mendaftar sebab…

...gomen akan memberi suntikan dana sebanyak RM17.8 bilion dalam TH bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2020 hingga 2030. Bantuan kewangan ni akan membantu tingkatkan nilai aset TH dan seterusnya naikkan kadar hibah pada tahun-tahun akan datang.

So, apa tunggu lagi? korang pergi je ke mana-mana pejabat TH terdekat dan hanya perlu bawak Mykad je bagi tujuan pembukaan akaun. Lepas dah ada akaun barulah boleh daftar haji dengan minimum deposit sebanyak RM1,300. Kalau korang takde duit sebanyak tu, jangan risau, korang boleh guna duit KWSP. Baca artikel ni untuk faham lebih lanjut: Keluarkan KWSP untuk Menunaikan Haji - Ini Info Yang Korang Perlu Tahu!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes