Kalkulator Kadar Faedah Rata

RM
Tahun
%

Semak laman perbandingan Pinjaman Peribadi yang terkini!

RM 2,250.00


RM 135,000.00


12.50%

Serta-merta menukar kadar faedah rata kepada kadar faedah efektif yang setara dengan menggunakan kalkulator ini.

Soalan Lazim (FAQ)

Kadar faedah rata biasanya digunakan untuk pinjaman peribadi dan kereta. Kadar faedah rata selalunya mempunyai peratusan yang tetap. Sebagai contoh:Bayangkan jika anda memohon pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 dengan kadar faedah rata 5% setahun dengan tempoh 10 tahun. Dalam kes ini, anda akan membayar 5% setiap tahun untuk RM100,000 bagi faedah. Jadi, jika anda telah membayar RM90,000, anda masih perlu membayar 5% pada RM100,000 tersebut. Untuk keseluruhan tempoh pinjaman, anda perlu membayar (RM100,000*5%*10) = RM50,000 hanya untuk faedah.

Kadar faedah berkesan adalah sama seperti kaedah pengurangan baki. Selepas setiap bayaran ansuran, anda akan membayar faedah ke atas jumlah baki pinjaman anda. Ini bermaksud, pembayaran faedah ke atas pinjaman anda akan berkurang setiap kali anda membayar pinjaman anda. Jadi, pinjaman dengan kadar faedah berkesan mempunyai jumlah pembayaran yang rendah untuk faedah. Mari kita gunakan satu contoh di bawah untuk penerangan yang lebih jelas: Bayangkan anda memohon pinjaman peribadi RM100,000 dengan kadar faedah berkesan 5% setahun bagi tempoh 10 tahun. Sekarang, setelah setiap pembayaran, amaun yang akan dikenakan faedah akan berkurang. Dengan kadar faedah berkesan, anda akan membayar RM27,300 faedah (dalam masa 10 tahun). Jumlah ini adalah hampir separuh daripada jumlah yang telah kita bincangkan bagi peratus kadar faedah rata.

Terdapat beberapa perbezaan di antara kadar faedah rata dan berkesan. Mari kita senaraikan beberapa perbezaan seperti berikut: Kadar Faedah Rata vs Kadar Faedah Berkesan
Kadar faedah rata Kadar faedah berkesan
Anda membayar dua kali ganda daripada kadar faedah berkesan Anda membayar hampir separuh daripada kadar faedah rata
Anda membayar faedah ke atas jumlah pinjaman penuh yang anda memohon Anda membayar faedah ke atas jumlah pinjaman yang tinggal
Jumlah pembayaran faedah tetap Jumlah pembayaran faedah yang semakin menurun

Anda patut menggunakan Kalkulator Kadar Faedah Rata ke efektif/berkesan supaya anda boleh memahami faedah pembayaran sebenar setiap bulan yang anda perlu bayar kepada pemberi pinjaman anda. Sebagai contoh, jika anda membandingkan kadar faedah rata dengan kadar faedah berkesan dan anda tidak tahu apakah perbezaan antara kedua-duanya, anda mungkin memilih kadar faedah yang rata kerana kebanyakan kadar peratusannya adalah lebih rendah.Tapi dalam tempoh masa yang panjang, kadar faedah rata akan mengakibatkan kos yang lebih tinggi berbanding dengan kadar faedah berkesan. Maklumat ini adalah penting untuk membantu anda berjimat dalam tempoh yang lebih panjang.

Dengan mengira kadar faedah berkesan anda, kalkulator ini akan memberikan ansuran bulanan, jumlah bayaran, dan kadar faedah berkesan anda. Butiran ini adalah sangat berguna apabila anda mahu mencari pinjaman yang paling sesuai untuk anda.Kalkulator ini menyediakan anda dengan maklumat berharga yang memberikan anda lebih kepastian untuk mencari produk yang betul.

Kaedah pengurangan baki adalah cara untuk mengira berapakah jumlah faedah yang perlu dibayar dan berapa tinggi jumlah prinsipal. Kadar faedah berkesan ialah sejenis kadar faedah.