Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Apa Yang Akan Jadi Pada Duit ASB Lepas Meninggal?

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 27 Apr 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Kalau korang ada buat simpanan ASB, pernah tak korang terfikir apa akan terjadi pada korang kalau meninggal?
Dalam artikel ni, kami akan kongsikan persoalan dan penyelesaian tentang apa yang akan terjadi kepada duit dalam akaun ASB jika korang meninggal.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Perbandingan proses tuntutan ASB

Bila korang meninggal, terdapat 3 pilihan proses tuntutan yang mungkin berlaku berdasarkan perancangan yang ditetapkan oleh korang iaitu:
  • Hibah Amanah( kalau korang register dengan ASNB)
  • Wasiat
  • Tidak membuat sebarang perancangan harta pusaka



Apabila kita meninggal, sudah semestinya kita inginkan harta kita dapat kepada waris kita yang layak secepat mungkin bagi menguruskan kehidupan kita terutamanya jika ketua keluarga. Menerusi perbandingan ini, hibah amanah menawarkan pilihan dengan masa yang lebih cepat dan proses yang mudah.
 

Apa tu hibah amanah ASB?

Perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh ASNB. Iaberlandaskan Syariah dan menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. 

Unit amanah ASNB yang dihibahkan akan dipindahmilik kepada Penerima selepas kematian Pemegang Unit (Pemberi). Maksudnya kat sini, duit dalam ASB korang tu akan dapat ke Penerima iaitu orang yang korang letak nama dia siap-siap masa buat hibah amanah ni.
 

Apakah syarat bagi hibah amanah ASB ni?

I. PEMBERI:
  •  Pemegang Unit beragama Islam berumur 18 tahun ke atas 
  • Mempunyai baki unit pelaburan minimum 1,000 unit (tidak termasuk unit bercagar/ pinjaman / Skim Pelaburan Ahli KWSP)
II. PENERIMA:
  • Individu sahaja 
  • Terhad kepada 10 orang sahaja 
  • Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun. III. 1,000 unit perlu dikekalkan sepanjang tempoh Hibah Amanah bagi semua tabung unit amanah yang terlibat. 
IV. Diamanahkan kesemua (100%) unit milik penuh kecuali unit bercagar kepada semua Penerima yang disenaraikan. 
V. Unit yang bercagar adalah tertakluk kepada perjanjian antara Pemegang Unit dengan institusi pemberi pembiayaan. 
VI. Pembatalan hibah hanya boleh dilakukan jika ianya melibatkan pemberian kepada anak dan cucu kandung. Pemberian kepada selain dari anak dan cucu kandung, pembatalan hibah boleh dilakukan atas persetujuan Penerima. 
VII. ASNB berhak menarik balik perjanjian Hibah Amanah sekiranya Pemberi Hibah didapati melanggar terma dan syarat Hibah Amanah yang dipersetujui atau hilang kelayakan sebagai Pemegang Unit ASNB.
 

 Kelebihan yang korang boleh dapat melalui Hibah Amanah ASB

  • Korang sebagai Pemberi menentukan Penerima dan peratus pembahagian pelaburan. 
  • Penerima adalah penerima mutlak. 
  • Pemberi masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap pelaburan tersebut semasa hidup. (Korang tak ada masalah keluarkan duit dalam akaun ni, kecuali kena reserved 1 000 unit bagi hibah amanah ini. Selain itu, amaun lain tak ada masalah untuk keluarkan.
  • Tidak perlu Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet (Waris korang tak perlu nak hadapi proses yang sukar dan rumit).
  • Yuran perkhidmatan yang kompetitif (apa yang menarik, jumlah yuran ni boleh ditolak daripada duit simpanan dalam ASB korang ni, pastikan cukup la).


Tanpa Hibah Amanah ASB

  • Proses yang sukar dan rumit
  • Waris terpaksa keluarkan kos tambahan bagi kos pengurusan di bawah pentadbiran harta pusaka


Bagaimana konsep hibah amanah ASB ni dijalankan?

Sedikit tips memudahkan proses ni ialah korang berkunjung sendiri ke pejabat ASNB bagi mendapatkan borang dan mendapatkan taklimat berkenaan proses mengisi borang ini.

Proses ini akan menjadi sangat mudah jika korang boleh menyediakan dokumen dan melengkapkan borang secukupnya. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis sendiri, staf mereka sangat membantu dan memberi penerangan yang lengkap tau!



 

Berapakah yuran perkhidmatan yang akan dikenakan?


Pengiraan Yuran Tuntutan 

Contoh:
BAKI PELABURAN RM200,000

RM25,000 pertama 1.50% = RM375
RM175,000 berikutnya 1.00% = RM1,750 
Jumlah Yuran = RM2,125 (ditolak daripada baki pelaburan sebelum diagihkan kepada Penerima)

Yuran yang dikenakan ni sebenarnya sangat berpatutan dengan proses yang mudah dan masa perkara ni diuruskan hanya dalam masa 21 hari!
 

Sediakan payung sebelum hujan melalui ASB...

Proses kehilangan orang tersayang semestinya sangat menyedihkan, namun apa yang lagi mengecewakan sekiranya kita tidak dapat mewariskan harta kita kepada waris yang sepatutnya dan memerlukan. Kalau boleh, manfaatkan kemudahan hibah amanah ni, supaya harta korang sentiasa dilindungi dan dapat diwariskan pada waris yang sepatutnya.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!