Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tak Wujud Pun "Medical Card Terbaik"! Ini Perkara Yang Korang Kena Tahu

BY MK Zainal

Updated 12 Nov 2018




Kerjasama dengan  

Baru-baru ni, Sultan Johor ada menasihatkan rakyat supaya mengambil insurans kesihatan:

Walaupun perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah bagus, masalah kesesakan masih menjadi isu. Jika ada insurans, rakyat mempunyai pilihan untuk pergi ke pelbagai hospital swasta yang ada kini," – Sultan Ibrahim, dipetik daripada Sinar Harian

Malang tak berbau kan. Walaupun dah berusaha untuk amalkan gaya hidup sihat, berdoa dan tawakkal; kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan menimpa pada kita. Sebab itulah kita masih digalakkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga demi diri sendiri dan orang tersayang.

Jadi kalau korang mampu untuk membayar insurans kesihatan korang yang pertama, ini panduan yang padat tapi menyeluruh tentang apa yang korang perlu tahu. Kami minta nasihat daripada kawan kami di Prudential dalam menulis artikel ni. Jom kita mula...

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Jenis insurans kesihatan

Perkara pertama yang korang perlu ambil kira adalah jenis perlindungan apa yang korang pelrukan. Pelan yang berbeza akan bagi kroang jenis pampasan yang berbeza. Jenis-jenis paling asas adalah:

  • Medical plans Juga dipanggil sebagai Hospitalisation and Surgical Insurance. Atau orang panggil medical card je. Ia akan membantu korang bayar bil hospital dan rawatan – bergantung kepada pakej insurans korang.
  • Hospital income plans: Bayar 'gaji' setiap tempoh yang ditetapkan sewaktu korang berada kat hospital.

Jadi korang perlu pilih yang mana? Biasanya medical card pun dah cukup buat kebanyakan orang. Tapi kami akan terangkan lagi akan faktor-faktor lain yang korang perlu pertimbangkan.

2. Berapa banyak premium korang perlu bayar?

Premium ni dalam kata lainnya bayaran bulanan koranglah. Mesti dalam fikiran orang ramai, mereka kan beli pelan yang paling murah yang boleh ditampung dalam jangka masa panjang.

WALAU BAGAIMANAPUN, masih ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi premum korang, contohnya:

  • Umur: The older you get, the higher the premium you may have to pay, so it’s advisable to start young.
  • Keluarga/rekod kesihatan lalu: Adakah anda atau keluarga anda mempunyai penyakit yang diwarisi?
  • Gaya hidup: Adakah anda merokok, atau ada masalah obesiti? 
  • Pekerjaan: Adakah pekerjaan anda mempunyai risiko yang tinggi.

Pemahaman tentang apa yang anda perlukan serta apa yang anda mampu sangatlah penting, jadi jangan malu nak tanya soalan!

3. Perlindungan tahunan (annual coverage) dan perlindungan seumur hidup (lifetime coverage)

Ada dua jenis had pampasan yang anda perlu fahami:

  • Perlindungan tahunan: Jumlah yang anda boleh tuntut setiap thaun
  • Perlindungan seumur hidup: Jumlah penuh yang anda boleh tuntut sepanjang tempoh polisi tersebut

Bunyinya straightforward je kan, tapi pastikan korang lihat polisi dengan teliti. Ada pelan yang menawarkan had tahunan tinggi tapi perlindungan seumur hidup yang rendah, dan sebaliknya. Mana satu yang lebih baik?

Katakanlah korang ada had tahunan RM100K dengan perlindungan seumur hidup tanpa had. Hah, dengar tanpa had je dah gugur iman, kan. Tapi korang terlibat dalam kemalangan yang memerlukan kos RM200K untuk rawatan, tak pasal-pasal kena cari duit lebih. Jadi dalam kes ni, pilihan yang lebih baik adalah pelan yang ada had tahunan yang tinggi, tak kiralah berapa banyak pun had seumur hidup yang ditawarkan.

Kadang-kadang ada je polisi yang fleksibel, atau menawarkan kedua-dua manfaat. Contohnya sesetangah pelan Prudential, (contohnya PRUmy medical plus), korang boleh pilih pelan dengan had tahunan setinggi RM1.98M dan had seumur hidup tanpa had.

4. Bayaran penuh (fully-insured) atau bayaran kongsi (cost-sharing)

Tak kiralah berapa banyak had yang diberi oleh insurans, bila korang nak bayar, pelan korang mungkin tak akan beri bayaran penuh. Ini bergantung pada skim korang sama ada:

  • Bayaran penuh yang membayar keseluruhan kos perubatan (bergantung kepada had).
  • Bayaran kongsi di mana korang kena bayar sejumlah daripada kos terlebih dahulu, sebelum pampasan penuh boleh dituntut.

Pelan bayaran kongsi mengenakan premium yang lebih rendah, tapi korang kena pastikan ada duit simpanan la bila benda yang tak diingini berlaku. Jadi korang boleh jimat duit dalam bayaran bulanan. Dan satu lagi manfaat pelan macam ni adalah korang lebih berkira pasal kos perubatan yang korang bayar, jadi takdelah main angguk je bila klinik swasta caj bil yang tinggi.

Dengan pelan bayaran penuh, premium bulanan adalah lebih tinggi, tapi ia sesuai kalau korang fikir korang mungkin takde duit lebih bila ada kecemasan berlaku..

5. Kalau syarikat korang dah sediakan insurans kesihatan

Sesetengah syarikat bagi insurans kesihatan, siap ada yang bagi kat keluarga sekali (untung la...). Jadi korang masih perlukan perlidungan kesihatan ke?

Biasanya perlindungan kesihatan yang disediakan oleh syarikat adalah agak asas dengan had yang rendah, jadi masih penting untuk korang dapatkan perlindungan insurans sendiri. Jadi korang boleh tuntut insurans untuk masalah-masalah kecil, dan guna insurans sendiri untuk kes yang lebih parah. 

6. Rawatan hospital (hospital treatment) dan kelayakan bilik (room and board entitlement)

Setakat ni kita banyak cakap pasal bab kewangan dan juga perlidungan. Tapi bila korang jatuh sakit, benda pertama yang korang akan fikir adalah nak hantar kat hospital mana? Mana satu yang paling dekat? Selesa ke? Macam mana kalau korang pergi ke hospital yang bukan dalam senarai panel?

Kebanyakan insurans ada Kelayakan Bilik, yang akan bayar caj bilik dan juga makanan. Kalau korang perlukan khidmat nurse, korang boleh tambah ke dalam polisi korang. Malah ada insurans yang turut memberi perlindungan bagi rawatan luar (outpatient treatment), contohnya dialisis buah pinggang dan rawatan kanser.

Selain tu, ada ciri-ciri eklusif lain yang mungkin berguna buat korang adalah contohnya rawatan denggi, sebarang masalah selepas bersalin, malah ada yang bagi korang ganjaran bila korang tak buat tuntutan (no claim bonus).


7. Pilihan untuk Rider

Rider ni adalah ciri-ciri lain yang korang ditambah kepada insurans korang, bergantung kepada keperluan kesihatan masing-masing. Jadi ianya lebih murah daripada ambil pelan insurans lain-lain sebab nak penuhi keperluan berbeza. Contohnya, adakah korang nak:

Jadi pastikan korang senaraikan keperluan dengan teliti, dan tanya ejen yang korang percaya segala soalan yang korang ada.

Pilih insurans yang bukan je memenuhi keperluan korang, tapi yang korang mampu

Dalam artikel ni, kita bincangkan aspek besar pasal insurans kesihatan yang korang perlu buat kaji selidik mendalam. Pelan macam PMM+ adalah direka untuk memberikan fleksibiliti daripada segi kemampuan dan perlindungan yang diberikan (malah siap boleh bagi ganjaran kalau korang amalkan gaya hidup sihat). Apa yang lebih penting adalah ianya satu pelan yang boleh disesuaikan bergantung kepad keperluan korang. 

Sebab itulah sekali lagi kami tekankan, sangat penting untuk korang cari ejen insuran yang boleh dipercayai dan boleh jawab segala soalan yang korang ada. Korang juga boleh hubungi terus syarikat insurans. Kalau korang mampu, jumlah ratusan ringgit setiap bulan ni boleh menyelamatkan korang daripada beratus ribu di kemudian hari.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya