First, kena tahu cara camne boleh kurangkan korang punya pendapatan bercukai (simpan resit selama 7 tahun!)
Individu dan Saudara Tanggungan
Perkara | Amaun maksimum pelepasan cukai |
---|---|
Individu dan saudara tanggungan | RM9,000 |
Peralatan sokongan asas (kegunaan individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya) | RM6,000 |
Individu kurang upaya | RM6,000 |
Bayar yuran pengajian sendiri | RM7,000 |
Yuran hantar ke tempat asuhan/taska berdaftar (bawah 6 tahun) | RM3,000 |
Suami isteri atau bayaran alimoni | RM4,000 |
Suami/isteri kurang upaya | RM5,000 |
Anak belum kahwin (bawah 18 tahun) | RM2,000 |
Anak belum kahwin berumur 18 tahun ke atas - belajar full-time ("A-Level", sijil, matrikulasi atau kos persediaan). | RM2,000 |
Anak belum kahwin (atas 18 tahun):
|
RM8,000 |
Anak kurang upaya | RM6,000 |
Tambahan pelepasan sebanyak RM8,000 untuk anak kurang upaya atas 18 tahun, belum kahwin dan sambung diploma ke atas kat Malaysia & ijazah kat luar negara diiktiraf kerajaan | RM8,000 |
Tujuan perubatan
Perkara | Amaun maksimum pelepasan cukai |
---|---|
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (Disahkan oleh pengamal perubatan)
|
RM8,000 |
Perbelanjaan rawatan perubatan penyakit serius untuk diri, pasangan atau anak | RM10,000 |
Perbelanjaan rawatan kesuburan untuk diri atau pasangan | |
Pemeriksaan kesihatan untuk diri, pasangan atau anak (terhad RM 500) | |
Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji | RM3,000 |
Perkara-perkara lain
Perkara | Amaun maksimum pelepasan cukai |
---|---|
Gaya hidup - Beli untuk kegunaan/manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak:
|
RM2,500 |
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun taksiran) | RM1,000 |
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2020) | RM8,000 |
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
- Kategori penjawat awam berpencen Premium insurans nyawa - Kategori SELAIN penjawat awam berpencen *Premium insurans nyawa (RM3,000) *Caruman kepada KWSP/skim yang diluluskan (RM4,000) |
RM7,000 |
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2025. | RM3,000 |
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | RM350 |
Selain tu, ada lagi cara lain korang boleh buat untuk kurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar
1. Bandingkan jumlah cukai perlu dibayar kalau korang fail cukai pendapatan sendiri (berasingan) atau bersama
Bayangkan kalau dedua suami isteri kena bayar cukai pendapatan - banyak duit habis camtu je. Ni pentingnya compare pendapatan bercukai korang bila buat taksiran sendiri atau bersama. Better pilih yang mana korang bayar cukai pendapatan lagi sikit - boleh guna kalkulator e-filing di laman web LHDN.
Kebiasaannya kan, buat taksiran asing lagi banyak save duit. Contohnya, kalau pasangan korang berpendapatan kurang dari RM34,000, lagi bagus kalau fail bersama. Boleh lah korang claim pelepasan cukai suami/isteri sehingga RM4,000.
Tapi, kalau korang berdua berpendapatan lebih RM34,000, fail secara berasingan. Dedua boleh dapat pelepasan cukai RM9,000!
2. Dapat tuntutan wang balik, bukan ganjaran
Korang tahu tak yang elaun bulanan tetap majikan bagi tu tertakluk pada cukai? Walaupun camtu, korang still boleh terima jumlah yang sama melalui bayaran balik - ikut resit dan bil. Yang bagusnya, bayaran balik ni tak dikenakan cukai. Tak ke bijak camtu?
3. Bayar Zakat dan Fitrah
Kalau korang orang Islam yang bayar zakat, fitrah atau apa-apa bentuk lain, boleh dapat rebat cukai (sama dengan jumlah cukai kena bayar).
Kiranya, bila korang dah bayar zakat, takkan nak bayar cukai pendapatan jugak, kan? Payah jugak tu. Katakan kalau jumlah sama, korang dapat rebat cukai lah tu - tak perlu bayar dah. Kalau terlebih bayar, akan dapat pulangan. Tapi, take note jugak korang still perlu bayar cukai pendapatan kalau nilai rebat tu tak sama.
BACA JUGAK: “Saham Pun Kena Bayar Zakat?” Ni Cara Untuk Korang Kira!
4. Buat pelaburan yang ada kadar cukai rendah (risiko korang sendiri)
i) Real Estate Investment Trusts (REIT)
Why not korang buat pelaburan dengan REITs? At least, dapat lah pelbagaikan portfolio pelaburan korang. Kadar cukai pun hanya 10%, rendah dari kadar cukai 25% untuk dividen saham biasa.
ii) Labur kat saham luar negara dengan cukai pendapatan korporat yang rendah
Kalau korang nak tahu, ada beberapa negara yang ada kadar cukai pendapatan korporat yang rendah. Contohnya Hong Kong ada kadar cukai sebanyak 16.5% tapi Malaysia ada 24%. Kalau korang melabur kat Hong Kong, cukai pendapatan yang perlu dibayar lagi murah dari Malaysia - save lah tu!
Bila pendapatan dari saham luar negara tu dikenakan cukai kat negara asal, pendapatan tu akan bebas dari cukai Malaysia - mainkan sistem gittuw.
Sentiasa alert dengan latest pelepasan cukai untuk tak tertinggal
Siapa tak boleh nafikan yang pelepasan cukai ni memang bermanfaat untuk kurangkan berapa banyak korang kena bayar cukai pendapatan. Boleh lah duit lebihan tu digunakan untuk benda lain - beli barang atau buat pelaburan.
Tu pentingnya sentiasa alert dengan pelepasan cukai yang terkini. Nak tak nak, kenalah selalu baca berita lagi-lagi waktu Belanjawan Negara. At least, korang boleh lah adjust pape yang patut untuk dapat pulangan duit. Selamat buat pelepasan!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK:
- Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2023
- Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! INI Cara Nak Elakkan
- 8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan 2023