Telegram icon

Bandingkan Insurans kereta
Terbaik di Malaysia & Perbaharui Cukai Jalan Secara Online

Dapatkan insurans kereta dan penghantaran cukai jalan

terus ke rumah anda!

Sebut harga segera dalam 1 minit!

Dengan mengklik butang "Mulakan Sekarang", anda telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi kami

Beli/Perbaharui Insurans Kereta Anda Dalam 3 Langkah Mudah

Ketahui Sebut Harga

Ketahui sebut harga secara segera bagi insurans kereta anda dengan melengkapkan beberapa butiran asas.

Bandingkan Harga

Bandingkan dan dapatkan sebut harga insurans yang terbaik daripada pelbagai syarikat insurans.

Beli dengan Mudah

Beli insurans dengan mudah menerusi sistem pembayaran secara online kami yang selamat, mudah dan cepat.

Soalan Lazim

Insurans kereta adalah wajib bagi setiap pemilik kereta kerana ia meliputi liabiliti yang perlu anda bayar kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kematian yang tidak disengajakan, kerosakan tubuh badan atau kerosakan kepada kereta. Di samping itu, adalah wajib untuk memiliki sekurang-kurangnya pelan Pihak Ketiga di Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan tahunan anda.

  • Insurans kereta adalah wajib bagi semua pemandu di Malaysia manakala insurans kemalangan peribadi pula tidak semestinya diperlukan.
  • Insurans kereta menyediakan perlindungan untuk sebarang kerosakan kepada kereta, kecederaan atau kematian pihak ketiga dan kerosakan kepada harta benda atau kereta pihak ketiga manakala insurans kemalangan peribadi menyediakan perlindungan kepada anda jika menghadapi kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian.

Berikut adalah beberapa perlindungan tambahan yang disediakan:

  • Sebarang kerosakan pada cermin kereta anda
  • Sebarang kerosakan kepada audio dan aksesori kereta anda
  • Sebarang kerosakan kepada kereta anda yang disebabkan oleh bencana alam
  • Mana-mana kerosakan kepada kereta anda sekiranya mogok, rusuhan atau kekecohan awam
  • Sebarang tuntutan liabiliti dari penumpang anda sekiranya berlaku kemalangan kereta
  • Sebarang pampasan ketika kereta anda dibaiki di bengkel
  • Penggunaan kereta percuma seberapa banyak kali yang anda perlukan, sekiranya berlaku kecurian atau kemalangan.
Walau bagaimanapun, tidak semua pakej insurans ada menyediakan semua perlindungan tambahan berikut. Jika anda memerlukan perlindungan tambahan, pastikan anda memilih polisi insurans yang menyediakan perlindungan tambahan yang anda perlukan.

Berikut adalah jenis insurans kereta yang terdapat di Malaysia:

  • Pihak Ketiga

Perlindungan Pihak Ketiga merupakan insurans paling murah dan paling asas kerana ia menyediakan perlindungan paling minimum sekiranya berlaku kemalangan seperti kecederaan, kematian atau kerosakan pada kereta. Perlindungan insurans ini tidak akan melindungi anda sebaliknya, ia hanya melindungi pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi apa-apa kerosakan yang dibuat pada kereta anda, namun anda boleh menuntut apa-apa pampasan yang dikenakan oleh pihak ketiga.

  • Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Seperti Perlindungan Pihak Ketiga, ia merangkumi sebarang tuntutan yang dibuat terhadap anda oleh pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan tubuh badan, kematian, kehilangan harta benda atau kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan anda. Di samping itu, polisi insurans ini memberi perlindungan tambahan terhadap apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian kepada kenderaan anda.

  • Insurans Kereta Komprehensif

Insurans Kereta Komprehensif mempunyai perlindungan yang lebih luas berbanding pakej lain. Ia mempunyai perlindungan bagi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian tetapi bukan hanya meliputi pihak ketiga, insurans ini juga melindungi kenderaan anda. Anda akan dilindungi untuk apa-apa kerosakan atau kerugian terhadap kenderaan anda. Perlindungan ini jugak tidak hanya terbatas kepada kebakaran dan kecurian sahaja. Walau bagaimanapun, tidak semua kereta layak untuk mendapat insurans ini kerana ia bergantung kepada usia kereta.

Perlu diingatkan bahawa semua pakej yang tersedia tidak memberikan perlindungan untuk sebarang kecederaan atau kematian yang telah berlaku kepada anda (pemandu atau penumpang pemegang polisi).

Terdapat beberapa faktor yang akan menjejaskan premium insurans kereta anda:

  • Lokasi Geografi

Kadar premium anda bergantung kepada tempat tinggal dan polisi insurans. Secara amnya, kadar premium lebih tinggi di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar kerana kawasan bandar mempunyai kadar kemalangan, kecurian dan vandalisme yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jika kereta anda dikategorikan sebagai mahal, anda biasanya akan mempunyai kadar premium yang lebih tinggi walaupun berada di kawasan pedalaman.

  • Umur & Jantina

Pemandu yang lebih muda dan tidak berpengalaman secara automatik akan mempunyai risiko yang tinggi terhadap syarikat insurans kereta. Keadaan ini akan menyebabkan pemandu yang tidak berpengalaman memiliki kadar premium yang lebih tinggi. bagi mendapatkan kadar premium yang lebih rendah, adalah lebih baik untuk mempunyai lesen memandu selama beberapa tahun dan mempunyai rekod memandu yang bersih. Selain itu, wanita secara umumnya adalah pemandu yang lebih selamat dan ini membolehkan mereka mendapatkan kadar premium yang lebih rendah berbanding lelaki.

  • Rekod Memandu

Pemandu yang mempunyai sejarah pemanduan yang selamat biasanya mendapat kadar premium yang lebih rendah berbanding dengan pemandu yang mempunyai sejarah kemalangan, saman dan sebagainya. Bagi mengelakkan daripada mendapat kadar premium yang lebih tinggi, elakkan dari terlibat dengan sebarang kemalangan.

  • Jenis Kenderaan Bermotor

Kenderaan bermotor yang dikelaskan sebagai kenderaan yang mempunyai prestasi pertengahan, prestasi tinggi, model kenderaan dengan enjin belakang dan kenderaan lumba akan mempunyai kadar premium yang lebih tinggi berbanding kereta biasa. Ini kerana sekiranya berlaku kemalangan, kos pembaikan kenderaan tersebut adalah lebih mahal.

  • Jenis Perlindungan

Kadar premium anda bergantung pada jenis perlindungan dan faedah yang disediakan oleh polisi insurans. Semakin banyak perlindungan dan faedah yang disediakan, semakin tinggi kadar premium yang dikenakan. Biasanya, jika polisi insurans melindungi anda dan juga pihak ketiga, ia akan jadi lebih mahal.

NCD adalah diskaun untuk pemandu yang belum membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tempoh insurans anda. Jumlah diskaun NCD akan bertambah mengikut tahun, tetapi anda akan kehilangan kelayakan diskaun NCD setelah anda membuat tuntutan insurans. Jumlah NCD yang anda boleh terima bergantung kepada jenis kenderaan, perlindungan, dan bilangan tahun yang anda belum pernah membuat tuntutan. Kebiasaanya, kereta persendirian boleh mendapat diskaun NCD sehingga 55%. Anda boleh menyemak berapa banyak diskaun NCD yang anda layak melalui laman web ini: sini

Anda boleh membatalkan dasar insurans kereta anda pada bila-bila masa yang anda mahu dengan memberi notis bertulis kepada syarikat insurans. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu membayar yuran penalti jika anda membatalkan sebelum tempoh satu tahun polisi anda. Anda mungkin berhak mendapatkan bayaran balik untuk premium anda jika tiada tuntutan telah dibuat sebelum pembatalan.

Anda hanya akan dikenakan bayaran untuk pembaharuan, perkhidmatan dan penghantaran cukai jalan, serta SST.

Anda boleh menyemak status penghantaran cukai jalan anda dengan menghantar e-mel kepada kami di insurance@loanstreet.com.my

Untuk membuat kiraan atau semakan harga roadtax kereta anda, atau untuk mana-mana model kereta, anda cuma perlu mengetahui kapasiti enjin (cc) motosikal anda, dan merujuk kepada jadual harga roadtax kereta yang telah kami buat. Pengiraan harga renew roadtax kereta adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Semenanjung/Malaysia Barat: dalam tempoh 3-5 hari bekerja; Pembaharuan cukai jalan tidak didapati di Sabah dan Sarawak.

Tidak boleh. Adalah mustahil untuk anda membuat pembaharuan roadtax tanpa insurans, samada anda pergi ke JPJ/Pejabat Pos ataupun melalui ejen insurans.

Untuk membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan kereta, anda perlu merujuk kepada proses yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya insurans anda dikeluarkan oleh Zurich, anda boleh merujuk kepada bahagian FAQ insurans Zurich untuk proses membuat tuntutan insurans.

Setakat ini, kami belum lagi memiliki kalkulator untuk membuat pengiraan harga roadtax kereta. Tetapi, anda boleh menyemak harga roadtax mengikut kadar yang ditetapkan oleh JPJ di jadual roadtax yang telah kami sediakan.

Untuk sebarang masalah dihadapi dengan pembaharuan insurans & road tax, sila emel kami dekat insurance@loanstreet.com.my ataupun klik whatsapp (Finology sdn bhd) logo kami dekat page ini.