Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

BY Team Loanstreet

Updated 20 Mar 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
*This article was first written by Hafiz. The content and information on this article might be changed or updated periodically by Team Loanstreet without notice



Haritu kami ada share 4 fakta cukai pendapatan yang korang mungkin tak tahu. Tak lama lepas tu kami dapat pulak pertanyaan mengenai zakat pendapatan. Ada yang tertanya-tanya adakah diorang kena bayar kedua-dua zakat dan cukai atau boleh bayar salah satu je.

So, sebelum korang terlebih bayar atau terkurang bayar cukai atau zakat pendapatan sebab korang sendiri tak pasti, kami bagi cara macam mana nak kira zakat pendapatan ni dan macam mana zakat ni boleh bantu untuk dapatkan rebat cukai pendapatan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Apa beza zakat pendapatan dan cukai pendapatan?




Sebelum tu korang kena fahamkan dulu apa itu zakat pendapatan dan bagaimana ia berbeza dengan cukai pendapatan. Zakat merupakan Rukun Islam ke-3 dan hukum bayar zakat ni adalah WAJIB untuk orang Islam yang dah cukup syarat-syarat untuk membayarnya yang korang boleh baca kat sini. Zakat kemudian diagihkan kepada golongan asnaf (golongan layak menerima zakat) untuk ringankan beban diorang. 

Cukai pendapatan pulak bentuk bayaran yang dikenakan oleh kerajaan ke atas rakyatnya yang kemudian digunakan untuk perbelanjaan negara. Selain tu, kadar zakat tetap pada 2.5% tapi kadar cukai pendapatan pulak ditentukan oleh kerajaan dan boleh berubah ikut keadaan. 

Simple kan perbezaan antara zakat pendapatan dan cukai pendapatan ni? Kalau korang dah faham, yok kita pergi ke bahagian seterusnya iaitu..
 

Dengar kata kalau bayar zakat pendapatan boleh dapat 100% rebat cukai pendapatan. Betul ke ni?




Untuk pengetahuan korang, kerajaan Malaysia ada satu akta iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 6A (3) akta tu kata:

“Rebat hendaklah diberikan untuk suatu tahun taksiran bagi mana-mana zakat, fitrah atau apa-apa pembayaran berkaitan agama Islam lain yang wajib dan dibayar dalam tahun asas untuk tahun taksiran yang tersebut, dan dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.”

Ini bermakna, semakin banyak korang berzakat (ada macam-macam jenis zakat tau), semakin kuranglah kadar cukai pendapatan yang korang kena bayar. Kenapa? Sebab dapat rebat cukai lah. Maksudnya, kalau korang bayar zakat sebanyak RM650, korang layak dapat rebat cukai sebanyak RM650. Cara nak kira senang je:

Jumlah cukai pendapatan - jumlah zakat = Jumlah cukai perlu dibayar 


Nak bagi korang gambaran jelas, kat bawah ni kami sediakan beberapa contoh situasi:
 

1. Nilai zakat kurang dari cukai pendapatan


Khalid dah bayar zakat pendapatan sebanyak RM600, zakat fitrah sebanyak RM200 dan zakat simpanan sebanyak RM1000 pada 2018. Tahun taksiran (2019) Khalid perlu bayar cukai pendapatan sebanyak RM2,000. Kira-kiranya adalah:

RM2,000 - RM1,800 = RM200

Khalid cuma perlu bayar cukai pendapatan sebanyak RM200 je dengan syarat dia simpan dan bagi resit-resit pembayaran zakat kepada LHDN masa pemfailan cukai dia.
 

2. Nilai zakat sama dengan cukai pendapatan:


Anas dah bayar zakat pendapatan sebanyak RM200 dan zakat fitrah sebanyak RM200 pada 2018. Cukai pendapatan yang dia kena bayar nanti pulak kebetulan adalah RM400. Jadi: 

RM400 - RM400 = RM0

Tahun taksiran 2019 nanti, Anas tak perlu bayar cukai, tapi kena simpan dan bagi resit-resit pembayaran zakat kepada LHDN masa pemfailan cukai dia.

Korang dah bayar zakat, lepastu kena Pemotongan Cukai Berjadual (PCB). Apa jadi dengan kadar cukai pendapatan korang?

Ahmad kena bayar cukai pendapatan sebanyak RM2,000 pada tahun taksiran 2019. Ahmad jugak bayar macam-macam zakat berjumlah sama iaitu RM2,000. Pada masa yang sama, majikan ada buat PCB pada gaji bulanan Ahmad dan jumlah PCB semua sekali adalah RM450. 

RM2,000 - RM2,000 - RM450 = -RM450

So sepatutnya Ahmah tak perlu bayar cukai pendapatan tapi PCB pulak buat potongan RM450. Untuk dapatkan balik jumlah RM450 tu, masa pemfailan nanti, Ahmad kena sertakan sekali resit-resit yang berkenaan. Kalau semuanya tiada masalah, LHDN akan kreditkan jumlah RM450 tu dalam akaun bank Ahmad.

Kalau korang masih ada sebarang persoalan, korang boleh rujuk ke sini.


Macam mana zakat pendapatan ni dikira?


Satu perkara penting yang korang kena tau pasal perkiraan zakat pendapatan ini adalah nisab. Nisab adalah nilai 8.5 gram emas (ditetapkan oleh Islam). Nisab ni sentiasa berubah sebab of kos lah dia ikut harga emas semasa kan, so korang kena check dengan Majlis Agama Negeri korang (negeri korang bayar zakat).

Sifir perkiraan zakat pendapatan lak macam ni: kalau jumlah pendapatan yang korang dapat menyamai atau melebihi nilai nisab yang ditetapkan pada tahun yang berkenaan, korang kena bayar zakat pendapatan. Kalau tak lebih dari nilai nisab then korang tak payah bayar zakat pendapatan

Seterusnya, ada dua cara untuk kira zakat pendapatan ni iaitu perkiraan tanpa menolak pelepasan zakat atau perkiraan dengan menolak pelepasan zakat. Pelepasan zakat pendapatan ni konsepnya sama macam pelepasan cukai pendapatan.
 

1. Perkiraan tanpa penolakan pelepasan zakat pendapatan


Disebabkan ini perkiraan yang paling senang, kita mulakan terus dengan situasi.

Ali terima jumlah pendapatan RM2,000 setiap bulan, jadi pendapatan tahunan Abu adalah RM24,000 (RM2,000 x 12 bulan). Nisab yang dipakai untuk contoh ini pulak adalah RM13,968.00. Jumlah pendapatan Abu adalah lebih dari nilai nisab, so Abu kena bayar zakat pendapatan.

Untuk dapatkan nilai zakat pendapatan yang Abu kena bayar pulak adalah 2.5% x RM24,000  iaitu bersamaan dengan RM600 setahun atau RM50 sebulan. 
 

2. Perkiraan dengan penolakan pelepasan zakat pendapatan


Macam kami dah cakap tadi, konsep pelepasan zakat ni sama dengan pelepasan cukai pendapatan. Antara contoh pelepasan untuk zakat pendapatan adalah:
  • Nafkah isteri
  • perbelanjaan anak-anak 
  • Duit yang korang bagi kepada mak ayah korang
  • Caruman KWSP

Senarai kat atas tu cuma contoh sebahagian pelepasan yang dibenarkan. Susah nak listkan semua pelepasan zakat pendapatan ni sebab ia berbeza mengikut negeri. Jadi, korang kena check kat laman Majlis Agama Negeri korang. Contoh kali ni kita tengok perkiraan untuk Ahmad. Ahmad kena tolak perbelanjaan untuk isteri, anak, mak ayah Ahmad dan macam-macam lagi.

Jumlah pendapatan akhir yang Ahmad dapat cuma RM13,300. Kita guna contoh nisab macam contoh awal iaitu RM13,968.00. Disebabkan RM13,300 tak melampaui jumlah nisab, Ahmad tak payah bayar zakat pendapatan untuk tahun tersebut.

Satu lagi perkara mengenai perkiraan zakat ni adalah, disebabkan jumlah nisab dan pelepasan zakat pendapatan berbeza mengikut negeri, korang boleh Google kalkulator yang disediakan oleh laman Majlis Agama Negeri yang korang akan bayar zakat tu nanti, contohnya macam kalkulator ni
 

Untuk korang yang baru nak bayar zakat...


Kalau korang baru nak mula bayar zakat pendapatan, korang boleh buat pembayaran di pejabat agama, pos atau online banking  Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) juga bukak kaunter bergerak guna van. Memang terbaiklah.


Sentiasa simpan resit zakat korang!


Kalau korang betul-betul berikan perhatian masa baca artikel ni tadi, korang akan perasan betapa pentingnya untuk korang simpan resit-resit pembayaran zakat korang tu untuk dapatkan rebat masa korang buat pemfailan cukai taksiran korang. Kalau korang gagal sertakan bukti yang korang dah buat pembayaran zakat, memang susahlah sikit LHDN nak sahkan rebat tu. Walau macam mana pun, kalau korang ‘ter’hilang resit-resit tu, korang boleh dapatkan balik salinan dari Majlis Agama Negeri atau Lembaga Zakat.

Dan bukan setakat resit-resit pembayaran zakat je, resit-resit lain yang bolehkan korang dapat rebat masa pemfailan cukai tu korang kena simpan, contohnya resit korang depositkan duit untuk mak ayah korang dan lain-lain. Untuk senarai penuh perkara yang korang boleh dapatkan rebat selain dari cukai, korang pergi ke artikel kami sebelum ni.



Jadi harap-harap korang dah jelas dengan zakat pendapatan dan cukai pendapatan ni, dan bagaimana korang boleh kurangkan nilai cukai pendapatan yang korang kena bayar. Kami di Loanstreet akan sentiasa menggalakkan korang jadi manusia yang bertanggungjawab. Pahala pun dapat. Hehe.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia