Kebaikan Mempunyai Wasiat (Konvensional) dan Kesan Tanpanya
Jadual di bawah menunjukkan kelebihan menulis wasiat dan akibat meninggalkan keluarga anda tanpanya.
Sering kali, pertikaian tentang pembahagian harta si mati menyebabkan perselisihan sesama ahli keluarga. Persediaan wasiat boleh menggelakkan konflik yang mungkin berlaku pada masa depan apabila berlaku kematian.
Siapakah Yang Perlu Menulis/Memperbaharui Wasiat?
Wasiat perlu dikemaskini dari semasa ke semasa untuk merangkumi semua aset yang baru diambil alih atau perubahan dalam waris.
Di sini adalah beberapa tanda-tanda yang menunjukkan anda perlu menulis atau mengemaskini wasiat anda:
- Perkahwinan, perkahwinan semula atau perceraian
- Memulakan atau menamatkan perniagaan
- Kematian ahli keluarga atau benefisiari
- Pembelian atau pelupusan aset
- Pertukaran agama; contohnya kepada agama Islam di mana wasiat terikat kepada Undang-undang Syariah
Wasiat Islam
Bagi orang Islam, wasiat hendaklah ditulis mengikut undang-undang Islam. Adalah penting bagi orang Islam untuk mempunyai Wasiat kerana tanpanya, pusaka akan dibahagikan mengikut Faraid, di mana anak angkat atau anak tiri tidak layak mewarisi apa-apa harta.
Secara keseluruhannya, tiada betul atau salahnya tentang kepentingan wasiat. Lagipun, wasiat ditulis untuk kepentingan orang tersayang dan adalah terbaik untuk keluarga anda bahawa estet anda diagihkan mengikut keutamaan dan kehendak si mati.
Kesimpulan
Lebih penting lagi, anda tidak akan mahu harta anda untuk diambil alih oleh kerajaan akibat tidak dituntut oleh siapa-siapa.
Berikan perhatian bahawa fasal-fasal dalam wasiat itu ditulis dengan jelas dan sempurna kerana wasiat yang tidak sah atau tercabar sama dengan tidak mempunyai sebarang wasiat.