Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan NI Terlebih Dulu!

BY Faiz Rahim

Updated 13 Dec 2022




Melabur emas ni pilihan yang tepat ke? Apa je risiko-risiko dia?

Kalau korang nak tahu, pada 21 September 2020, The Edge Markets ada laporkan yang banyak pelabur emas semakin rasa tekanan untuk jual emas diorang (sebab harga semakin naik). Inilah yang menyebabkan sentimen pasaran jadi negatif baru-baru ni. Tapi jangan risau, masih ada lagi peluang untuk pelabur emas baru join dan start buat duit!

Korang ada dengar tak yang harga emas dijangka akan meningkat sehingga lebih RM300 per gram (g) pada tahun 2021? Mungkin ni sesuatu yang korang berminat untuk cuba try test.

Antara sebab korang patut pertimbangkan pelaburan emas adalah:

  • Nilai emas kuat lawan inflasi 
  • Pilihan selamat untuk pelabur. Ni kerana bila ada krisis, harga emas selalunya naik
  • Mempelbagaikan portfolio pelaburan korang
  • Emas berkemungkinan dapat permintaan lebih tinggi di masa akan datang


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Pertama sekali, jenis-jenis pelaburan emas yang korang boleh pertimbangkan adalah...

1. Emas Fizikal

Emas fizikal ni ada beberapa jenis seperti jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Mungkin ada segelintir korang terkejut yang ada lebih suka emas fizikal dari digital pada zaman sekarang ni? Rupa-rupanya, ada yang lebih gemar emas fizikal sebab sifat dia yang unik (saiz dan design yang menarik!)
 

Jongkong Emas 

Kebiasaannya, jongkong emas adalah pilihan pertama untuk pelabur yang berpengalaman. Kenapa, korang tanya? Sebab senang nak simpan jongkong emas (saiz dari 25g -1kg), sesuai untuk pelaburan (baca: untung) yang besar dan harga boleh sampai ratusan ribu ringgit!

Cuma, jongkong emas ni bukan pilihan yang senang untuk korang jual dan dapat duit (liquidate). Katakan lah, korang ada 1kg jongkong emas yang berharga RM252,909 dan berniat nak jual. Agak-agak lah, korang rasa senang ke nak dapat orang nak beli? Kalau harga dia rendah sikit, mungkin lah senang sikit.

Kelebihan Jongkong Emas Kekurangan Jongkong Emas
Untung besar kalau jual Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah)
Senang simpan Bukan pilihan yang senang kalau nak jual
Kos lebih murah dari syiling emas -
Kena bayar kos simpanan (letak dalam peti simpanan selamat) -
 

Syiling Emas

Jika nak di bandingkan dengan jongkong emas, syiling emas adalah pilihan pelaburan yang lebih sesuai dan mudah untuk dijual (liquidate) sebab lagi harga berpatutan dan mampu milik. Selalunya, berat syiling emas adalah di antara 2.5g hingga 25g emas tulen (ideal untuk pelabur baru).

Tahu tak ada syiling emas yang dinilai lebih tinggi sebab dicetak secara asing? Benda ni yang buatkan kos syiling emas jadi lebih mahal - harga boleh cecah ratusan hingga ribuan ringgit!

Kelebihan Syiling Emas Kekurangan Syiling Emas
Ideal untuk pelabur baru Berisiko tinggi untuk dicuri (kalau simpan kat rumah)
Senang simpan Kos perbuatan lebih tinggi (design unik)
Senang jual  
Bernilai lebih tinggi kalau limited -
Kena bayar kos simpanan (letak dalam peti simpanan selamat) -


Kat mana nak beli jongkong & syiling emas? Nak simpan pulak, camne?

Antara tempat korang boleh beli jongkong dan syiling emas adalah Public Gold dan HelloGold. Korang boleh simpan emas fizikal di peti simpanan dekat rumah (admin tak rekomen cara ni atas sebab keselamatan) atau peti simpanan selamat di bank. Cuma, korang kena keluarkan duit sikit lah - Bank CIMB caj paling rendah pun RM250 untuk peti kecik.

P/s: Kalau beli dari HelloGold, tak perlu fikir nak simpan dekat mana. Ni sebab HelloGold boleh simpan untuk korang (konfem selamat!). Korang siap boleh request tengok senarai pelanggan emas yang terkini lagi.

Hah, ni admin ada satu tips ekstra!

Tahu tak yang korang boleh buat duit lebih dengan Ar-Rahnu? Selain boleh pajak emas kat Ar-Rahnu untuk pinjaman, ada satu trick korang boleh buat untuk dapat keuntungan lebih. Cuma, kena ingat yang trick ni hanya berjaya kalau buat dalam tempoh pinjaman je.  

Ni apa yang korang boleh buat. Mula-mula, korang pajak emas dengan Ar-Rahnu untuk 6 bulan dan beli emas baru dengan duit pinjaman tu. Dalam masa yang sama, kena cari peluang yang sesuai untuk jual emas yang korang baru beli. Lepas tu, baru boleh tebus emas yang korang dah pajak guna hasil jualan. Kiranya, untung korang adalah lebihan duit daripada buat benda ni! 

TETAPI, admin tak rekomen cara ni kalau korang masih baru dalam pelaburan emas dan Ar-Rahnu. Kalau tak berhati-hati, korang boleh hilang lebih banyak duit! 

 

Barang Kemas Emas


*Sumber: The Edge Markets

Selain untuk tujuan pelaburan, ada yang lebih suka barang kemas emas sebab siap boleh pakai. Kebanyakan harga barang kemas emas berada dalam ratusan hingga ribuan ringgit. Kalau dah cecah jutaan ringgit, memang paling mahal lah tu! 

In case korang tak tahu, tak semua barang kemas emas ni tulen (bercampur dengan bahan lain seperti perak). Jadi, kena double konfem dulu berapa karat emas yang korang beli tu. Tak nak lah korang kena tipu beli 8 karat emas, tapi sebenarnya 5 je...

Satu benda korang kena ingat berkaitan barang kemas emas adalah nilai dia tak kekal. Lagi-lagi bila dah rosak atau calar (nilai jatuh) -  harga jualan jadi rendah dari harga beli. Melainkan, barang kemas emas tu cam ‘Patek Philippie Super Complication Gold Pocket Watch’ yang dibuat pada tahun 1933 dan bernilai US$11 juta!

*Sumber: Finances Online

Kat mana nak beli & simpan barang kemas kemas emas?

Senang je, boleh beli dekat mana-mana kedai barang kemas yang dekat ngan korang. Selalunya, ramai akan simpan kat rumah tapi ada je yang letak dalam peti simpanan dekat bank.

Kelebihan Barang Kemas Emas Kekurangan Barang Kemas Emas
Boleh pakai sebagai aksesori Nilai jual yang rendah
Senang nak beli Berisiko tinggi untuk dicuri
- Kos tinggi
- Tak boleh jual ikut harga tinggi

2. Saham Perlombongan Emas

Saham perlombongan emas ni lain sikit dari yang lain. Korang bukan beli emas tapi melabur dekat syarikat yang buat perlombongan emas. Sebab tu, pulangan untuk jenis pelaburan emas ni bergantung ikut prestasi syarikat - di situlah korang dapat dividen.

Walaupun prestasi emas bagus, dia tak affect sangat prestasi saham syarikat. Contohnya, bulan Ogos 2020 haritu, prestasi saham beberapa syarikat perlombongan emas macam Borneo Oil Bhd dan Poh Kong Holdings Bhd jatuh sikit. Ni yang admin maksudkan bila harga saham still boleh jatuh waktu emas tengah okay,
 
Kelebihan Saham Perlombongan Emas Kekurangan Saham Perlombongan Emas
Berkait secara tak langsung dengan prestasi emas Tak menentu & berisiko berbanding yang lain
Takde emas fizikal Ikut prestasi syarikat
Pelaburan awam yang rendah (ikut harga saham) -
Senang dijual untuk buat duit -
 

3. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)


 

Sama cam saham perlombongan emas, korang hanya melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Basically, jenis ni adalah ETF komoditi yang mengesan dan ikut harga emas. Gold ETF ni sesuai kalau korang baru nak mula atau nak kurangkan risiko pelaburan yang lain.

Sebagai contoh, katakan korang ada beberapa portfolio pelaburan yang berisiko tinggi. Korang pun tengah usaha cari cara untuk kurangkan risiko kerugian. Jadi, korang pun pilih untuk melabur dalam gold ETF.
 

Kelebihan Gold ETF Kekurangan Gold ETF
Dapat tahu prestasi emas Kena bayar yuran broker
Senang buat pelaburan Tak sesuai untuk semua (kena ada akaun perdagangan)
Takde risiko pencurian Senang dipengaruhi oleh pasaran saham yang lain
Takde kos simpanan Tak menentu dan berisiko berbanding yang lain
Senang dijual untuk buat duit -

4. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)

Untuk jenis ni, korang perlu buka akaun pelaburan emas di bank. Ada beberapa pelabur suka cara ni sebab boleh beli 99.9% emas tulen secara digital. Antara bank yang offer servis ni adalah Maybank, Public Bank, CIMB Bank, UOB, HSBC Bank dan Kuwait Finance House.

Yang bagusnya, ada beberapa bank yang hanya perlukan deposit awal serendah 1g saja (lebih kurang RM250). Tambahan lagi, korang boleh keluarkan pelaburan ni dalam pelbagai jenis sama ada secara tunai, emas fizikal atau transfer ke dalam akaun semasa/simpanan masing-masing. 

Cuma, korang kena ingat yang akaun pelaburan emas ni takde faedah, dividen dan tak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Bank pun akan ada yang caj korang untuk bayar upah penukaran dan perkhidmatan.

 
Kelebihan Akaun Pelaburan Emas Kekurangan Akaun Pelaburan Emas
99.9% emas tulen Takde faedah atau dividen
Senang buat pelaburan Tak diinsuranskan oleh PIDM
Takde risiko untuk dicuri Kena bayar upah penukaran
Takde kos simpanan Kena bayar upah perkhidmatan kalau bawah baki minimum
Senang dijual untuk buat duit -


Berkaitan harga emas pulak...

Sepanjang 6 bulan yang lepas, harga emas ada dalam range RM220 hingga RM280 je. Kalau korang tengok trend gambar di bawah, memang tak dapat nak nafikan yang harga emas tak berapa nak stabil. Tapi bila compare dengan harga emas pada September 2019 (RM206), nampak lah ada peningkatan sikit tahun ni.


*Source: Gold Price

Semua ni menimbulkan persoalan, faktor apa yang boleh mempengaruhi harga emas? Dan, camne? Ni, admin nak jelaskan.

 

Faktor #1: Ketidaktentuan ekonomi & sentimen pasaran

Seperti admin ada sebut tadi, emas dianggap sebagai pelaburan yang selamat. Ni kerana bila ada krisis, harga emas selalunya naik. Jadi, ramai yang akan beli emas bila ekonomi tak stabil.

Contohnya, waktu PKP dijalankan (Mac 2020), aktiviti pelaburan emas meningkat. Perkara ni memang tak mengejutkan sebab pada masa tu, ekonomi negara memang lemah.

Faktor #2: Matawang dolar US

Harga emas dengan matawang dolar US ada hubungan yang berlawanan. Basically, harga emas akan naik bila nilai dolar US lemah dan sebaliknya. Sebagai contoh, harga emas jatuh 5% bila Donald Trump menang pilihanraya pada tahun 2016 tapi… nilai dolar US naik!

Faktor #3: Penawaran dan permintaan (Supply & demand)

Menurut World Gold Council (WGC), sekurang-kurangnya 75% permintaan emas dunia dari aktiviti perlombongan. Baki 25% pulak datang dari emas yang dah dikitar semula dari barang kemas dan alat teknologi. 

So, bila supply lebih banyak dari demand, harga emas akan jadi rendah dan sebaliknya. Ya lah, bekalan emas semasa takkan cukup nak penuhi permintaan.

 

Apa je kebaikan dan kekurangan pelaburan emas ni?



 
Kelebihan Pelaburan Emas Kekurangan Pelaburan Emas
Kenaikan nilai dari masa ke masa Nilai perindustrian/komersial yang sikit
Boleh lawan inflasi Nilai utiliti yang sikit
Boleh lindungi dari krisis Satu jenis komoditi
Sifat emas yang unik Takde hasilkan dividen/pendapatan
Risiko yang rendah Prestasi jangka panjang yang rendah
Permintaan meningkat dari masa ke masa -


Sebelum jadi pelabur emas, ni list soalan yang korang patut tanya diri sendiri dulu:



1. Keadaan pasaran emas semasa:

  • Berapa harga emas semasa?
  • Camne keadaan harga emas dan pasaran di masa akan datang?
  • Kalau harga emas tengah tinggi, patut tunggu dulu ke before beli?

2. Sebab korang nak join pelaburan emas:

  • Kenapa korang nak beli emas sebagai pelaburan?
  • Adakah korang nak mempelbagaikan portfolio pelaburan?
  • Kalau ni kali pertama korang buat pelaburan, patut/sesuai ke mulakan dengan emas?

3. Apa pilihan korang untuk buat pelaburan emas:

  • Korang nak pilih jenis pelaburan emas yang mana?
  • Dah pertimbangkan semua pilihan ke untuk pelaburan emas?
  • Apa cara terbaik untuk korang buat pelaburan emas?
  • Korang ready ke dari segi kewangan untuk kekalkan pelaburan emas?
  • Korang buat pelaburan emas untuk jangka masa pendek ke panjang?
  • Kalau korang beli emas fizikal, kat mana nak simpan?
  • Sanggup bayar lebih ke untuk pilihan korang (kos simpanan, broker & servis)?


Patut ke start pelaburan emas sekarang?

Kalau tolak tepi dulu keadaan sekarang (ekonomi tak stabil ngan Covid-19), kita boleh nampak yang harga emas semakin naik. Bukan ke lagi bagus kalau tunggu harga emas jatuh dulu sebelum beli? Sekurang-kurangnya, harga emas akan jadi murah.

Satu ruangan dekat The Star ada jelaskan yang trend beli emas ni meningkat sebab banyak pelabur takut ekonomi akan meleset dan inflasi akan berlaku. Jadi bila keadaan dah jadi stabil, harga emas akan jatuh. 

“Dia cuma tunggu masa je. Selagi tak berlaku, tak perlu nak terburu-buru beli...” - petikan dari The Star

Tapi, takde masalah pun kalau korang betul-betul dah ready. Kena tanya diri sendiri ni, ‘Dah ready ke nak mula pelaburan emas?’ dan yang paling penting sekali, ‘Berani ke ambil risiko ke?’. Kalau jawapan korang ya, boleh terus buat pelaburan!

In case korang interested dengan alternatif pelaburan yang lain, boleh baca ‘Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik di Malaysia 2020’ atau semak pinjaman peribadi RHB.

Selamat melabur!

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024