Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Beli atau Sewa: Mana Satu Lagi Berbaloi?

BY Team Loanstreet

Updated 17 Jul 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Mungkin, ramai antara kita yang dah berkeluarga, bila kita beli kita beli rumah sendiri, rumah kita tu boleh dikatakan sebagai satu jaminan untuk kita sekeluarga.

Sebaliknya, untuk golongan yang ada gaya hidup yang tersendiri dan kerjaya yang memerlukan mereka travel ke sana sini, mungkin diorang lagi selesa  menyewa, berbanding beli rumah. Ada jugak antara kita yang rela melabur duit untuk benda yang lebih berbaloi daripada terikat dengan gadai janji untuk 30 tahun.

Pada pendapat korang, duit yang dibayar untuk sewa ni sama ke macam ‘duit mati’?

Sebenarnya, sama ada beli atau menyewa rumah, dua-dua pun ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kalau tak kena dengan cara, berkemungkinan korang akan berhadapan dengan risiko bankrap disebabkan tak cukup bersedia untuk tanggungjawab bayar pinjaman gadai janji.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa yang terbaik untuk korang?
 

Untuk beli ataupun sewa rumah sebenarnya kena ikut kemampuan kewangan sendiri dan juga dari segi gaya hidup. Korang tak perlu pun terburu-buru beli rumah semata-mata atas sebab desakan keluarga atau rakan-rakan korang ya.

Korang boleh tengok jadual ni untuk dijadikan panduan dari segi faedah dan jugak perbelanjaan yang diperlukan untuk beli atau sewa rumah:
 

  BELI SEWA
Kebaikan 1. Mempunyai rumah tetap
  • Korang sekeluarga akan ada kediaman tetap untuk selepas bersara 
2. Sebagai aset pelaburan
  • Boleh sewakan rumah sebagai side income.
3. Kebebasan atas harta
  • Ada kebebasan untuk ubah suai dan hias semula rumah.
1. Sewa bulanan lebih rendah
  • Korang akan ada duit extra untuk menyimpan ataupun melabur
2. Kontrak Jangka Masa Pendek Dan Risiko Rendah
  • Korang boleh pilih untuk tamatkan kontrak kalau korang nak tinggal kat tempat lain ataupun korang ada masalah kewangan
3. Tak Perlu Bertanggungjawab Untuk Jaga Rumah Sewa
  • Tuan rumah korang akan handle maintenance rumah sewa
Kos 1. Bayaran muka
  • Bayaran muka minimum bermula dari 10% dan merupakan satu jumlah yang sangat besar
  • Terdapat beberapa bank yang menawarkan 100% pembiayaan untuk pembeli rumah pertama. Tapi korang kena bersedia dengan kadar faedah yang tinggi.
2. Ansuran Bulanan Dan Kadar Faedah
  • Tempoh pembayaran balik kat Malaysia, sekitar 30-35 tahun
  • Kebanyakan pinjaman perumahan di Malaysia mempunyai kadar faedah yang berubah-ubah. So, bila kadar faedah meningkat, ansuran bulanan pun akan meningkat
  • Korang kena pertimbangkan untuk dapatkan rumah yang lebih murah dan menyimpan lebih untuk beli rumah yang lebih selesa pada masa depan
3. Kos kemasukan tambahan
  • Bayaran yang korang kena keluarkan sebelum beli rumah, termasuk yuran perjanjian jual beli, yuran guaman, duti setem, bayaran untuk ejen serta GST yang boleh mencapai beberapa ribu ringgit.
  • Kalau kos kemasukan yang korang kena tanggung boleh dikatakan agak banyak untuk dibayar, korang boleh try tanya bank untuk pinjaman “Zero Entry Cost" (ZEC). Pinjaman ZEC mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
4.  Cukai Taksiran Dan Cukai Tanah
  • Cukai Taksiran tamat tempoh dua kali setahun untuk semua jenis pemilik
5. Memelihara harta
  • Korang kena perlu bayar dan uruskan semua perbaikan yang diperlukan untuk rumah tersebut
1. Deposit
  • Biasanya sewa bulanan untuk 3 bulan dan utiliti 1 bulan, dikira sebagai bayaran deposit
2. Kos sara hidup
  • Korang kena nilai dulu perbelanjaan bulanan korang untuk pastikan yang korang mampu bayar sewa bulanan
  • Jangan lupa untuk ambil kira utiliti, Astro, bil telefon dan internet, barangan runcit, petrol, tambang LRT, dan lain-lain
3. Yuran penyelenggaraan
  • Kena bayar yuran selenggara kalau korang menyewa kat kondo atau pangsapuri
4. Minimum tenancy period
  • Selain tu, korang kena tahu, berapa lama tempoh kontrak sewa rumah dan berapa lama yang diperlukan untuk notis penamatan kontrak.
Bayaran bulanan (Anggaran Sahaja) Harga hartanah: RM500,000

1. Pembayaran bulanan
  • Margin Kewangan: 90%
  • Jumlah Pinjaman: RM450,000
  • Tempoh: 30 years
  • Kadar Faedah Setahun: 4.5%
2. Jumlah bayaran sebulan: RM2,280
3. Kos pendahuluan: 
  • Wang Pendahuluan 10%: RM50,000
  • Yuran Guaman SPA: RM3,950
  • Duti Setem SPA: RM9,000
  • Yuran Guaman Dokumen Pinjaman: RM3,600
  • Duti Setem Dokumen Pinjaman: RM2,250
4. Jumlah bayaran: RM68,800
Harga hartanah: RM500,000

1. Pembayaran bulanan: 
  • Sewa: RM1,700 (purata untuk kondominium bandaraya)
  • Yuran Penyenggaraan Bulanan:RM170
2. Jumlah bayaran sebulan: RM1,870
3. Kos pendahuluan: 
  • Sewa Bulanan: RM1,700
  • Deposit (Bayaran Sewa 2 Bulan): RM3,400
  • Deposit Utiliti: RM200
4. Jumlah bayaran: RM5,470

Untuk pembelian hartanah, korang boleh gunakan kalkulator kami untuk bandingkan pinjaman yang ditawarkan oleh bank yang berlainan dan kira terus, berapa jumlah bayaran bulanan yang korang kena bayar dengan segera.


Bila korang dah pertimbangkan semua ni, tak mustahil korang akan…
 

..bersedia untuk beli rumah, sebab: …lebih sesuai menyewa rumah, sebab:
  1. Mampu untuk bayar balik pinjaman untuk jangka masa panjang
  2. Mampu bayar harga duit muka yang tinggi
  3. Ada sumber pendapatan yang stabil
  4. Selesa untuk tinggal kat satu lokasi sahaja
  1. Tak ada sumber pendapatan yang stabil
  2. Gaya hidup yang memerlukan korang kerap travel sana sini dan tak ada sebarang perancangan untuk menetap.
  3. Nak jimatkan duit untuk tujuan lain

Korang jangan lupa untuk bandingkan dan nilai betul-betul, bank apa yang tawarkan pakej pinjaman yang terbaik.

Selain tu, korang boleh jugak pertimbangkan untuk refinance semula rumah korang pada masa akan datang untuk kurangkan ansuran bulanan, kadar faedah dan jugak panjangkan tempoh pinjaman perumahan korang. Haa…bila dah settle semua ni, bolehlah korang gunakan baki duit yang ada tu untuk benda  lain!

Apa pendapat korang, lagi bagus beli atau sewa? Jangan lupa komen share di FB post kami tau.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai