Sebab tu lah dalam artikel ni kami nak ceritakan pasal satu skim sewa-untuk-beli (rent-to-own, atau singkatannya RTO). Dengar nama pun dah faham kan, secara ringkasnya korang boleh bayar sewa bulanan sampailah cukup untuk korang memiliki rumah tersebut.
Untuk memudahkan kefahaman, kami bandingkan RTO dengan pinjaman rumah paling popular iaitu pinjaman flexi (full flexi loan):
Sewa-untuk beli (RTO) | Pinjaman flexi (full-flexi loan) |
---|---|
Korang sewa rumah dulu, dengan pilihan untuk membelinya kelak pada harga yang ditetapkan. Jadi tak perlu bayar downpayment. | Pembeli terus bayar downpayment untuk rumah. |
Sewa bulanan adalah lebih tinggi daripada harga pasaran, sebab sebahagiannya dimasukkan ke dalam 'tabung' untuk membeli rumah | Bayar pinjaman rumah macam biasa, tapi pembeli ada pilihan untuk bayar lebih bagi mengurangkan kadar faedah pinjaman. |
Sesuai kalau korang tak dapat cari sumber untuk bayar down payment. | Sesuai untuk pembeli yang dah menyimpan untuk bayar downpayment, supaya jumlah keseluruhan pinjaman dapat dikurangkan. |
Macam mana skim RTO ni berfungsi?
Secara asasnya, skim RTO memerlukan bakal pembeli dan juga penjual menandatangani 'lease-purchase contract'. Kontrak ni la yang menyatakan bakal pembeli akan menyewa rumah tersebut tu dulu dalam tempoh yang ditetapkan. Kalau korang nak ada 'pilihan' untuk membeli rumah tersebut, yuran akan dikenakan, biasanya 5% daripada harga rumah.
Dengan RTO, biasanya beberapa peratus daripada jumlah sewa bulanan akan dikreditkan ke dalam pembelian rumah. Kiranya sambil korang bayar sewa, sambil korang menabung untuk beli rumah tu nanti. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Kat mana nak beli rumah dengan skim RTO?
Dulu gomen berjanji nak memperkembangkan skim RTO. Mengikut pembentangan Bajet 2020 baru-baru ni, skim ni akan diperkenalkan secara meluas untuk korang yang nak membeli rumah pertama yang berharga sehingga RM500,000. Selain tu, gomen akan berikan pengecualian duti setem sekali.
Ini supaya rumah makin mudah dimiliki bukan je oleh golongan berpendapatan rendah, tapi juga untuk golongan berpendapatan sederhana. Melalui skim ni, peruntukan RM10 billion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan gomen dengan memberi jaminan sebanyak 30%.
Kalau korang tak sabar nak tunggu sampai tahun depan, kat bawah ni kami ada senaraikan 2 skim RTO yang korang boleh mohon sekarang.
1. SP Setia FlexKey
Setia FlexKey adalah sebuah skim pembiayaan yang diwujudkan untuk membantu bakal pembeli rumah pertama. Antara syarat yang korang kena tahu adalah:
- Eksklusif hanya untuk hartanah terpilih milik SP Setia Properties di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
- Kena bayar deposit 3 bulan yang tak boleh dikembalikan.
- Boleh sewa rumah SP Setia sehingga 5 tahun.
- Tempoh permohonan hanyalah sampai 31 Disember 2019.
Selain tu, pada tahun ke-5, korangi boleh buat keputusan untuk memliki rumah tersebut pada harga ‘lock-in’, iaitu harga waktu korang mula-mula memohon. Maknanya, harga rumah tak akan dipengaruhi oleh kadar inflasi semasa. Manfaat lain yang berikan kepada korang (bakal pembeli) adalah:
- Satu-satunya skim perumahan yang membenarkan bakal pembeli memilih unit dan lokasi yang diingini.
- Takde sebarang bayaran dikenakan waktu rumah korang masih dalam construction.
2. Skim Smart Sewa Selangor
Di bawah Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) program perumahan smart sewa ni ditubuhkan khas bagi pembelian unit Rumah Selangorku bagi yang dah berkahwin. Antara syarat lain termasuklah:
- Terbuka hanya pada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk pasangan pemohon.
- Salah seorang dari pasangan kena bekerja/menetap kat Selangor.
- Permohonan diberi keutamaan bagi yang tak memiliki kediaman kat Selangor.
- Pemohon adalah seorang pengundi kat Selangor (wajib).
Sekiranya korang memenuhi syarat-syarat kat atas tu, ada 4 jenis hartanah yang ditawarkan:
- Rumah Jenis A (Rumah Kos Rendah) layak dipohon oleh pasangan yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan tak lebih RM5,000.
- Rumah Jenis B,C dan D pulak layak dipohon oleh pasangan yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM15,000 ke bawah.
- Anggaran kadar sewa bulanan adalah RM600 hingga RM800 bergantung kepada lokasi.
- Tempoh sewaan minimum adalah selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun.
- Sebanyak 30% pemulangan sewa akan diberikan sekiranya pemohon tak jadi membeli selepas tamat tempoh sewaan minimum.
Adakah RTO pilihan yang terbaik untuk korang?
Antara kelebihan-kelebihan RTO adalah:- Tak perlu bayar downpayment
- Pengecualian/pengurangan duti setem
- 'Kunci' harga beli pada tarikh kontrak, tapi masih boleh jual kalau harga pasaran meningkat
- Boleh test-drive rumah dan kawasan kejiranan sebelum beli
Perlu diingat, sama je macam beli perabot kat Courts Mammoth – lagi lama tempoh bayaran, lagi tinggi jumlah keseluruhan. Jadi kami sarankan skim RTO ni hanyalah bagi orang yang betul-betul tak dapat nak kaut duit untuk downpayment. Beli rumah ni adalah satu komitment sepanjang hayat, jadi pastikan korang buat kajian yang rapi, jangan terburu-buru.
Kalau korang nak semak kelayakan korang dalam memohon pinjaman rumah dari bank, boleh gunakan kalkulator kami di sini.