Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Masalah Kalau Takde Perjanjian Sewa Rumah (Tuan Rumah & Penyewa)

BY Contributor - iProperty

Updated 19 Jan 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Ketidakpastian yang wujud akibat pandemik COVID-19 telah menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyewa rumah berbanding membeli kediaman sendiri. Ni adalah salah satu sorotan daripada 2020 Portal Demand Analytics (Rental Market) oleh iProperty.com.my. 

Tapi masalahnya sekarang ni, bila sebut je pasal rumah sewa, kita akan dengar macam-macam cerita panas pasal penyewa dari neraka atau tuan rumah spesis cekik darah. 

Sebab tulah pentingnya perjanjian sewa antara pemilik dengan penyewa. Jadi hari ni, kita tengok satu-satu, apa dia kepentingan perjanjian sewa rumah.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sebelum tu, apa yang dimaksudkan dengan perjanjian sewa?

 apa-jadi-kalau-tak-ada-perjanjian-sewa-rumah


Kalau korang nak tahu, perjanjian sewa adalah satu dokumen yang terikat dan sah di sisi undang-undang. Maksudnya kat sini, pihak tuan rumah boleh melantik seorang peguam bagi menulis draf perjanjian sewa ni. Bakal penyewa pun boleh lantik dan bincang dengan peguam mereka sendiri untuk menilai semula perjanjian untuk elakkan rasa berat sebelah atau unsur penipuan antara kedua-dua belah pihak.  

Bila dah faham dan setuju dengan syarat-syarat yang ada, perjanjian ni perlu ditandatangani dan kedua-duanya akan terikat dengan syarat yang telah dinyatakan dalam perjanjian sewa tersebut.
 

Apa yang kena ada dalam perjanjian sewa?

 apa-jadi-kalau-tak-ada-perjanjian-sewa-rumah

Secara amnya, ni adalah benda asas yang perlu ada dalam perjanjian sewa:

  • Maklumat tentang hartanah (jenis kediaman, alamat dan sebagainya)

  • Tempoh menyewa

  • Klausa tentang pembaharuan sewa

  • Kadar sewa bulanan

  • Jumlah bayaran deposit

  • Apa yang akan disediakan oleh tuan rumah (perabot,utiliti dan sebagainya)

  • Tanggungjawab tuan rumah

  • Tanggungjawab penyewa

  • Peraturan rumah, larangan dan limitasi yang ditetapkan

  • Cara untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul

  • Sebarang syarat/klausa khas

Buat masa sekarang, masih belum ada undang-undang khusus oleh kerajaan tentang apa yang boleh dimasukkan atau tak boleh dimasukkan dalam perjanjian sewa. 
 

Tapi, sekiranya ada sebarang masalah, korang masih boleh rujuk akta-akta ni sebagai rujukan:

  • Akta Kontrak 1950 – Undang-undang yang meliputi sebarang isu berkenaan draf perjanjian sewa.

  • Akta Undang-undang Sivil 1956 – Undang-undang berkaitan pembayaran sewa.

  • Akta Kehilangan 1951 – Undang-undang berkaitan hal pengusiran penyewa.

  • Akta Bantuan Khusus 1950 – Tuan rumah dilarang daripada mengusir penyewa, menukar kunci dan sebagainya tanpa perintah mahkamah.

  • Undang-undang umum/kes – Perkara asas dan umum tentang pertikaian berkenaan penyewaan.


Kalau takde perjanjian sewa, ni adalah masalah yang terpaksa korang tanggung:

Penyewa


1. Sewa bulanan mungkin berubah



Sekiranya tak ada perjanjian sewa, korang jangan terkejut kalau tuan rumah boleh naikkan kadar sewa bulanan dan paling menyakitkan hati, tempoh sewaan jugak boleh dipendekkan sewenang-wenangnya.

2. Kehilangan wang deposit
Perjanjian sewa adalah bukti deposit telah dibayar kepada tuan rumah. Kebiasaannya, terdapat tiga jenis deposit:

  • Pendahuluan

  • Keselamatan

  • Utiliti

Tanpa perjanjian sewa, pemilik boleh menafikan sebarang transaksi yang dah berlaku sebelumnya. Pemilik juga boleh memutuskan untuk bekukan deposit penyewa atas sebab takde sebarang bukti.


Tuan rumah

 

1. Kesukaran untuk mengosongkan rumah

Mengikut Seksyen 7(2), Akta Relief Spesifik 1950 menyatakan:

Jika sesuatu harta tak alih spesifik telah disewakan di bawah sesuatu penyewaan, dan penyewaan itu ditamatkan atau telah berakhir, tetapi penghuni itu masih terus menduduki harta itu atau sebahagian daripada tanah itu, orang yang berhak kepada milikan harta itu tidak boleh menguatkuasakan haknya untuk mendapatkan harta itu kembali terhadap penghuni itu melainkan dengan prosiding di mahkamah.

 apa-jadi-kalau-tak-ada-perjanjian-sewa-rumah


Tapi, akta tersebut hanya terpakai sekiranya perjanjian sewa telah ditandatangani. Tanpa sebarang perjanjian, korang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengosongkan rumah sewa korang atau mengusir penyewa yang sedia ada.
 

2. Masalah pembayaran

 apa-jadi-kalau-tak-ada-perjanjian-sewa-rumah

Selain tu, salah satu benda yang paling menyusahkan bila takde perjanjian sewa, berkemungkinan besar penyewa korang akan bayar sewa bulanan lambat. 

Selalunya, sewa bulanan ni termasuk utiliti (biasanya, memang tak dimasukkan) penyewa bertanggungjawab membayar bil utiliti tepat pada masanya, termasuk bil elektrik, air, internet dan sewa. Sebagai tuan rumah, pastikan korang mintak penyewa hantar resit pembayaran setiap bulan.
 

Moral of the story - Jangan amek mudah pasal perjanjian rumah sewa

 apa-jadi-kalau-tak-ada-perjanjian-sewa-rumah

Sumber: mStar

Maksudnya kat sini, perjanjian sewa nilah yang akan jadi sumber rujukan kedua-dua pihak sekiranya berlaku sebarang masalah. Tak kan korang nak tanggung masalah dari orang lain, kan?

Sekurang-kurangnya kalau korang ada perjanjian sewa, dah memang ada catat bahagian “Tanggungjawab Tuan Rumah” dan jugak “Tanggungjawab Penyewa”. Contohnya macam penyelenggaraan dan pembaikan.

Kalau penyewa dapat rumah dalam keadaan bumbung bocor atau ada anai-anai, korang boleh tuntut tuan rumah untuk baiki kerosakan tersebut atau mintak ganti rugi kalau ada kerosakan harta benda disebabkan kecuaian tuan rumah.

Sama jugak kalau ada perabot yang rosak atas kecuaian penyewa. Tuan rumah boleh buat tuntutan ganti rugi pada penyewa Jadi kat sini, korang boleh nampak yang perjanjian sewa ni sebenarnya dah memudahkan urusakn kedua-dua belah pihak.

Kalau korang ada pengalaman pasal perjanjian sewa rumah ni, share dan komen di FB post kami dan kami akan sertakan dalam artikel kami.

 

BACA JUGAK: 

 

*Artikel ini diolah semula dari artikel “Apa yang mungkin terjadi jika tiada perjanjian sewa rumah” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my. Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor - iProperty



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan