Kalau korang terbeli rumah kat kawasan banjir, pastikan rumah korang ada perlindungan insurans.
Insurans ni benda yang paling penting sebab insurans nilah yang akan bantu korang buat tuntutan bila berlakunya bencana banjir. Baca dan fahamkan betul-betul, apa yang ditulis dalam polisi insurans korang sebab tak semua insurans boleh cover untuk bencana alam macam banjir.
Selalunya, kalau korang beli rumah baru, perlindungan asas yang biasa disyorkan oleh panel insurans sedia ada di Malaysia:
-
Kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya akibat bencana seperti kebakaran atau banjir.
-
Kecurian atau cubaan untuk mencuri dengan menggunakan kekerasan atau keganasan untuk memecah rumah.
-
Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip.
-
Kecederaan anggota badan atau kerosakan harta benda kepada pihak ketiga akibat kecacatan bangunan tersebut.
Cuma yang menjadi masalah kat sini, bila ada yang terlepas pandang nilai hartanah masa melanggan insurans. Ada pemilik yang ambil pelan yang jauh lebih rendah dari nilai hartanah!
Contohnya, rumah korang bernilai RM500,000 tapi korang ambik insurans dengan kadar RM200,000. Lagi satu hal, dah ambil insurans, culas pulak bayar premium.
Sebenarnya, masalah-masalah macam nilah yang menyulitkan keadaan. Memanglah payah nak membayar, tapi sekurang-kurangnya nanti, korang jugak yang senang, kan?
Eh, sebelum terlupa. Jangan lupa beli/renew insurans untuk kereta korang tau! Kalau nak senang, buat je online. Dalam masa lima minit siap! Tak perlu nak beratur panjang-panjang dah. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh semak halaman insurans Loanstreet atau klik ke imej kat bawah ni.
Bila korang dah ada insurans, barulah korang boleh buat tuntutan dekat dua entiti ni sekiranya rumah korang terkena banjir:
1. LPPSA ( Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)
Sumber: kaptennews.com
Pada yang tak tahu, LPPSA ada perlindungan dari Perlindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO), sebaik sahaja pinjaman korang diluluskan.
Ni langkah yang korang kena ikut untuk buat tuntutan:
-
Semak status dan kandungan polisi perlindungan. Korang boleh call LPPSA kat 03-8880 1600 atau KLIK SINI.
-
Kalau status korang ‘boleh dituntut’, teru hubungi panel insurans/takaful untuk dapatkan penerangan lanjut mengenai proses tuntutan.
-
Berikan maklumat kad pengenalan, nombor polisi dan alamat kawasan banjir kepada panel insurans/takaful.
-
Panel insurans/takaful akan bagi beberapa talian tuntutan banjir mengikut kawasan untuk korang hubungi.
-
Berikan maklumat serta beberapa keping gambar kerosakan rumah sebagai bukti.
-
Pihak insurans/takaful akan menghantar adjuster untuk buat penilaian dan laporan kerosakan.
-
Pembayaran akan dibuat selepas laporan diluluskan.
Pembayaran akan dibuat terus kepada pemilik polisi kalau jumlah pampasan adalah RM10,000 ke bawah. Sekiranya lebih, ia akan dibayar kepada pihak LPPSA.
Untuk proses tuntutan dari LPPSA korang perlu sediakan dokumen-dokumen ni :
-
Salinan Kad Pengenalan
-
Laporan Polis
-
Laporan Bomba
-
Sebut harga baikpulih
-
Borang tuntutan pampasan
Bagi yang tak terikat dengan LPPSA, korang boleh buat tuntutan terus dari syarikat insurans perlindungan rumah yang korang dah ambik.
2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Sumber imej: Layanlah!!!
Kadang-kadang, banjir ni tak semestinya jadi tak bersebab. Cuba korang tengok sekeliling korang, ada tak parit atau saluran yang rosak?
Kalau rumah korang kena banjir sebab longkang atau saliran yang tersumbat, korang ada hak untuk buat tuntutan pampasan dari pihak PBT macam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), atau Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan cara:
-
Ambil gambar bukti kerosakan
-
Buat laporan polis.
-
Upah adjuster bertauliah untuk nilai kerosakan dan dapatkan sebut harga.
-
Hubungi pihak PBT untuk pastikan sistem saliran dan pemparitan di kawasan banjir tersebut adalah di bawah tanggungjawab PBT.
-
Pergi ke jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Landskap Majlis Perbandaran.
-
Isi borang tuntutan pampasan bencana alam.
Bawak sekali dokumen-dokumen ni:
-
Laporan polis asal.
-
Surat rasmi permohonan tuntutan pampasan.
-
Gambar kerosakan kenderaan di lokasi banjir.
-
Salinan sebut harga dari adjuster
-
Salinan penyata bank untuk tujuan pembayaran pampasan.
-
Hantar borang dan dokumen lengkap kepada jabatan berkaitan.
Kalau korang dah buat tuntutan ni, jangan simpan harapan untuk dapat pampasan on time ya. Korang kenalah bersabar sikit. Sekurang-kurangnya, dapat juga duit dari langsung takde.
Sekiranya ada yang rasa nak jual rumah tu, korang disarankan untuk ambil tempoh bertenang selama 5 tahun.
Memetik kata-kata Pengerusi Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) Azman Kang Abdullah,
“dengan kesan bencana yang belum dapat ditaksirkan jumlah kerugian sebenar setakat ini, tempoh lima tahun akan datang adalah waktu bertenang kepada semua pemilik rumah daripada sebarang aktiviti jual beli.”
Dalam jangka masa ni, korang kena faham tau, bukan cuaca je tak menentu, tapi pasaran hartanah pun belum stabil lagi. Yelah, benda pun baru jadi kan, jadi susah sikit lah nak dapat pembeli yang sanggup beli hartanah 'terkesan' dan terdedah dengan risiko banjir.
Sumber imej: Berita Harian
Buat masa ni, belum ada lagi data transaksi untuk sahkan harga rumah jatuh disebabkan banjir buat masa ni walaupun dikatakan sebagai yang terburuk dalam tempoh 50 tahun. Sebabnya, banjir yang jadi baru-baru ni dianggap luar biasa dan tidak kerap terjadi, macam peristiwa banjir kat Shah Alam dengan Taman Seri Muda. Jadi, masih ada harapanlah korang nak jual rumah tu bila isu banjir ni reda nanti.
Untuk elakkan kesilapan yang sama, ni tips yang korang boleh guna sebelum beli rumah:
1. Pembeli sepatutnya melakukan 'due diligence'
Sebelum korang tandatangan, kaji keadaan kawasan tu dulu. Bagi pihak penjual, kalau nak teruskan juga urusan jual beli, lakukan pembaikan dan pemulihan terhadap kediaman sebagaimana yang dilihat oleh pembeli sebelum kejadian banjir.
Macam yang dikatakan, Peguam Hartanah, Ahmad Qarliff Zamzuri,
"Tugas pemilik dan penjual kediaman adalah memastikan rumah diserah dalam keadaan bersih, baik dan tidak rosak sebagaimana yang dilihat oleh pembeli sebelum ini. Itu adalah hak pembeli,"
Kalau penjual tak mampu nak buat pengubahsuaian atau baik pulih, deposit perlu dipulangkan dan penjual kena bayar penalti dengan nilai deposit yang sama kepada pembeli (10+10).
2. Jangan ikut cakap khabar angin
Ada yang kata, beli rumah kat kawasan pinggir bandar ni selesa dan murah. Tapi korang jangan pakai telan je bulat-bulat.
Korang kena fikir masak-masak dan ambik tahu perihal bentuk muka bumi dan geografi kawasan tu terlebih dahulu. Contohnya, korang dah sedia maklum dengan musim Monsun Pantai Timur dan Pantai Barat, kan? Jadi kalau korang nak beli rumah, korang kena checklah dulu, rumah tu dekat dengan sungai ke, saliran okay ke tak.
3. Tinjau sendiri kawasan tersebut sekurang-kurangnya 3 kali
1 kali sewaktu pagi, 1 kali sewaktu malam dan 1 kali sewaktu waktu puncak. Tengok sendiri, sama ada korang okay ke tak dengan suasana tempat tu.
Jadinya, korang dah fahamlah, kan? Sekurang-kurangnya, bila kalau korang dah tahu apa nak buat, korang akan lebih besedia dari segi pengurusan risiko dengan lebih matang dan efisien.
Korang ada lagi tak tips pasal rumah kawasan banjir? Kalau ada boleh share kat post fb kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: