Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Kepentingan Perjanjian Penyewaan Kepada Pemilik Dan Penyewa

BY Team Loanstreet

Updated 05 Sep 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Walaupun sediakan perjanjian penyewaan boleh makan kos dan mungkin akan kurangkan margin keuntungan, tapi, penting untuk korang sediakan dokumen ni utuk elakkan masalah yang akan timbul akan datang. Macam kontrak lain, tuan rumah kena listkan syartat-syarat yang nak ditetapkan dengan jelas supaya kedua-dua pihak faham dan tak timbul salah faham antara tuan rumah dan penyewa.  Dalam artikel ini kita akan berbincang tentang kepentingan mempunyai perjanjian penyewaan kepada kedua-dua pihak.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

1. Kadar sewa dan tempoh yang tetap untuk penyewa

 


 

Perjanjian penyewaan dapat mengelakkan pemilik rumah daripada menaikkan bayaran sewa secara sesuka hati sepanjang tempoh sewaan. Penyewa dilindungi daripada apa-apa ketidaktentuan kadar sewa sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam perjanjian.

 

Tanpa perjanjian yang jelas tentang kadar sewa dan tempoh, pemilik boleh meningkatkan kadar sewa dengan tiba-tiba dan penyewa terpaksa mematuhinya atau berpindah dan ini menyebabkan korang untuk memburu pinjaman perumahan. Dengan perjanjian sewa-menyewa yang sah, penyewa akan dilindungi dalam parameter yang ditetapkan perjanjian.

 

2. Melindungi Deposit Penyewa

 

Perjanjian penyewaan penting sebagai bukti bahawa penyewa dah buat pembayaran kepada  pemilik sebagai deposit yang boleh dipulangkan. Tanpa perjanjian tersebut, pemilik boleh menafikan yang korang penyewa ni dah buat pembayaran. . Pemilik juga boleh memutuskan untuk tak pulangkan deposit kepada penyewa sebab tiada bukti.

 

Selain itu, perjanjian ni juga jelaskan tanggungjawab penyewa dan pemilik sepanjang tempoh penyewaan. Kalau syarat-syarat tak dipatuhi, contohnya penyewa tak bayar sewa tepat pada masa, ataupun ada kerosakan di rumah, pemilik boleh ambil tindakan yang sesuai. Perjanjian ni dapat bantu elakkan masalah atau pertikaian yang boleh timbul dan pastikan semua orang ikut perjanjian yang dah dipersetujui. 

 

3. Meningkatkan kuasa meminjam pemilik rumah

 

Salah satu faktor yang bank tengok bila semak skor kredit ialah pendapatan pemohon. Kalau korang ada perjanjian penyewaan yang sah, korang boleh hantar kepada bank sebagai bukti pendapatan tambahan. Dengan pendapatan sewa ni, korang mungkin boleh tingkatkan kelayakan dan peluang untuk dapatkan pinjaman yang lebih tinggi.

 

Nota : Gunalah  kalkulator kelayakan pinjaman perumahan kami untuk tahu pinjaman yang korang layak dapat. .

 

4. Perlindungan untuk pemilik




 

Kalau ada kes tak dijangka, perjanjian sewa-menyewa ada klausa yang melindungi pemilik rumah. Contohnya, kalau penyewa gagal bayar sewa dan pemilik rumah nak tuntut semula premis, pemilik boleh gunakan perjanjian penyewaan sebagai bukti untuk memfailkan saman pengusiran di mahkamah. 

 

Semua pertikaian dan masalah antara pemilik dan penyewa boleh dirujuk kepada kontrak penyewaan. Selain tu, perjanjian penyewaan juga bagi hak kepada pemilik untuk gunakan deposit penyewa kalau ada kerosakan harta benda. Kalau penyewa keluar secara tiba-tiba tanpa notis, deposit tu pun tak akan dipulangkan, jadi penyewa akan lebih berhati-hati untuk mematuhi tempoh penyewaan.

 

Kenapa sesetengah orang tidak sediakan perjanjian penyewaan



Terdapat beberapa sebab perjanjian penyewaan tidak dibuat. Contohnya, kalau tempoh untuk menyewa hanyalah selama 3 higga 6 bulan sahaja, pemilik rumah rasa malas nak draf perjanjian.  

 

Selain tu, penyewa yang nak sewa dalam  jangka pendek sementara nak tunggu renovate rumah sendiri untuk selesai mungkin lebih gemar akan tempoh penyewaan yang fleksibel.

 

Ada juga pihak yang nak jimat  kos duti setem yang boleh menjangkau hingga beberapa ratus ringgit. 

 

Sebenarnya, alasan untuk tak sediakan perjanjian penyewaan ni agak remeh berbanding dengan kebaikan yang korang boleh dapat daripada perjanjian ni. Jadi kami sangat syorkan korang untuk sediakan perjanjian penyewaan. Alang-alang kita dah bincang pasal penyewaan, korang mungkin berminat nak tahu faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum menyewakan premis korang.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pinjaman Fleksi Pinjaman Perumahan

8 Perkara Perlu Tahu Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!