Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Oh, Ni Rupanya Cara Untuk Bayar Cukai Taksiran

BY Fadh Ahmad

Updated 03 Mar 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini


Baru-baru ni korang perasan tak, tiap kali tengok tv, ada je iklan kempen bayar cukai taksiran? Agak-agaknya kan, kenapa kerajaan ni beria-ia buat kempen bayar cukai taksiran ni eh?

Kalau korang nak tahu, setakat ni tunggakan cukai taksiran dah mencecah lebih RM6 bilion. Paling kritikal, tunggakan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) je dah mencecah RM350 juta pada tahun 2020, dan amaun ni terus bertambah sampai ke hari ni. Itu baru DBKL je belum masuk negeri-negeri lain tau.

Masalahnya sekarang, ramai yang tak peduli sebab ramai yang tak berapa faham pun pasal cukai taksiran ni. So, untuk pastikan korang faham, hari ni kitorang nak share benda yang korang perlu tahu pasal cukai taksiran.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa tu cukai taksiran?

loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar

Sumber: Soalan 29

Secara amnya, cukai taksiran ni adalah bayaran cukai yang dikenakan terhadap semua pegangan atau hartanah di semua kawasan Majlis atau Dewan. Kalau korang nak tahu, cukai taksiran ni jugak dikenali sebagai cukai pintu dan cukai bandar.
 

loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar

Sumber: Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

Bayaran cukai ni pulak tertakluk kepada kawasan-kawasan yang merangkumi Daerah, Perbandaran dan Bandaraya. Biasanya, cukai pintu atau property assessment tax, dikenakan kepada korang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ada jugak sesetengah negeri yang tawarkan pengecualian cukai taksiran bagi perumahan kos rendah dan sederhana. So, korang rajin-rajinlah ye check balik peraturan cukai negeri masing-masing, kutlah boleh dapat pengecualian. 


Apa fungsi cukai taksiran ni?

Kegunaan utama cukai taksiran ni adalah untuk tanggung semua perbelanjaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur, pembersihan, atau kerja-kerja menaik taraf macam:

  • Lampu jalan berfungsi dengan baik

  • Pembersihan taman awam

  • Pengumpulan sisa perbandaran

  • saliran longkang berfungsi dengan baik

loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar

Sumber: Astro Awani

Yelah, kalau korang tak bayar cukai taksiran, siapa nak bayar gaji orang yang bekerja ni? Apatah lagi kos nak baiki, kan? Tapi, sayangnya, dapatan kajian daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2020, menunjukkan:

…apabila jumlah kutipan rendah, PBT tidak mempunyai cukup dana untuk menampung kos pentadbiran dan perkhidmatan di kawasan tanggungjawab mereka. 

loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar

Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Langat

Paling menyedihkan, banyak usaha mengurangkan jumlah tunggakan cukai taksiran yang dijalankan PBT di seluruh negara, siap offer hadiah lagi tau. Tapi tulah, ramai yang tak ambil endah pun pasal ni.

Korang tak rasa macam bersalah ke? Kerajaan dah buat kempen, tapi tunggakan tetaplah banyak. Habis tu, macam mana infrastruktur negara nak membangun?


Apa beza cukai taksiran antara pemilik dan penyewa rumah?

Sebagai pemilik hartanah, korang bertanggungjawab untuk bayar cukai taksiran, walaupun unit korang dah disewakan. Sekiranya unit korang kosong, korang tetap kena bayar cukai taksiran. Cumanya, korang boleh mohon tuntutan remisi, dan dapatkan bayaran balik untuk tempoh kekosongan tersebut.

loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar


Korang kena maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan secara bertulis dalam tempoh 7 hari daripada hartanah yang tak didiami. Kalau korang jadi penyewa pulak, korang boleh boleh kemukakan bil-bil ni kepada pemilik untuk bayaran segera.

Misalnya pemilik korang gagal menjelaskan cukai taksiran, tak pasal-pasal harta benda korang yang ada dalam rumah sewa tu dirampas. Sebab tulah korang kena runding dengan pemilik rumah korang dan tulis dalam perjanjian sewa siap-siap. 

Apa pun, sebelum korang nak bayar cukai taksiran, korang kena tahu dulu, berapa kadar cukai taksiran yang korang kena bayar.


Ni cara untuk korang kira kadar cukai taksiran:

Mula-mula, korang kena tahu dulu, Nilai Tahunan rumah atau hartanah korang. Nilai Tahunan ditakrifkan sebagai:

Anggaran Kasar Sewa Tahunan” yang menasabah dijangka akan diperolehi dari setahun daripada pegangan yang berkenaan jika disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insuran, penyelenggaraan dan segala kadar dan cukai awam. 

Maksudnya, Nilai Tahunan ni sebenarnya “anggaran kasar sewa tahunan” yang tuan tanah atau tuan rumah dapat. Bila korang dah tahu Nilai Tahunan, korang kena darabkan dengan satu set kadar yang kerajaan dah tetapkan. 

Ni formula yang korang kena guna:

Cukai Taksiran=Nilai Tahunan x Kadar %

Contohnya:
Nilai Tahunan= RM15,000
Kadar peratusan yang ditetapkan Kerajaan Negeri: 5%(5/100=0.05)

Cukai taksiran= Nilai Tahunan x Kadar %

                       =RM15,000x0.05

                       =RM750


Jadi kat sini, jumlah cukai taksiran yang korang perlu bayar untuk setahun adalah RM750, dan untuk 6 bulan pulak, RM350.

Kalau dah tahu cara kira tapi masih culas bayar cukai taksiran, jangan risau. Ada habuan yang menanti korang.


Ni antara masalah yang bakal korang hadapi kalau korang culas bayar cukai taksiran: 

1. Caj penalti

loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar

Kalau macam Majlis Perbandaran Johor bahru (MPJB),  Notis (Borang E) akan dikeluarkan, dan korang kena jelaskan dalam masa lima belas hari dari tarikh notis diposkan/diserahkan.  


Ni kadar denda yang dikenakan:

Tunggakan Notis Denda
RM50.00 dan kurang RM2.00
RM50.01 sehingga RM500.00 RM4.00
RM500.01 sehingga RM1,000.00 RM10.00
RM1000.01 dan lebih RM15.00


2. Waran tahanan

Kalau korang tak bayar jugak caj penalti dan jugak cukai taksiran, waran tangkap boleh dikeluarkan, selaras dengan Akta 171, 1976 seksyen 148(4).


3. Barang-barang akan dirampas

Kalau korang masih lagi berdegil, Majlis Perbandaran kemudian diberi kuasa untuk merampas barang-barang korang, dan mengenakan caj tambahan sebanyak 10% untuk mengeluarkan waran. 
loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar

Sumber: Harian metro 

Untuk situasi lebih serius, waran membenarkan pihak berkuasa tempatan untuk:

  • Menyita mana-mana barangan sendirian yang terdapat dalam bangunan atau hartanah

  • Melelong bangunan atau tanah dengan pelelong yang dilantik

So, kalau korang dah rasa insaf tu, silalah bayar cukai taksiran korang ya. 


Untuk bayar cukai taksiran, korang boleh ikut cara ni:

loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar

Sumber: Pahang media


1. Semak kat pejabat Majlis Daerah samada hartanah korang dah dikenakan cukai pintu atau belum.
2. Bayar cukai pintu sebelum tarikh akhir pembayaran.
3. Maklumkan pada  Majlis kalau terdapat pertukaran alamat pos dan alamat peti surat pos (kalau ada).
4. Beritahu Majlis dengan surat-menyurat ataupun dalam borang F yang boleh didapati dari pejabat. 
5. Maklumkan Majlis sekiranya terdapat pertukaran hakmilik dan kepilkan salinan:

  • memorandum pindah milik

  • dokumen hakmilik terakhir 

  • perjanjian jual beli

6. Check kat pejabat Majlis dan jelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum  pertukaran hakmilik berlaku.
7. Maklumkan Majlis melalui surat-menyurat, kalau korang ada buat ubahsuai bangunan, atau  pengurangan cukai pintu atas sebab bangunan korang tak diduduki.
8. Berikan kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran.
9. Maklumkan  Majlis secara surat-menyurat kalau korang ada binaan tanpa pelan bangunan (Bangunan haram).
10. Lengkapkan dan kembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis. 

loanstreet-apa-itu-cukai-taksiran-dan-cara-bayar

Sumber: KPKT

Kalau nak senang, korang guna je PBT Pay. KLIK SINI untuk urusan secara online.
 

Biasanya, pembayaran cukai taksiran ni boleh dibuat secara ansuran sebanyak 2 kali setahun:

Pertama Bayar semasa atau sebelum tarikh 28 atau 29 Febuari (untuk tempoh bulan Januari ke Jun).
Kedua Bayar semasa atau sebelum 31 Ogos (untuk tempoh daripada bulan Julai hingga Disember).


Apa korang boleh buat kalau tak mampu bayar cukai taksiran?

Katakanlah, korang tak mampu nak bayar cukai taksiran, dengan budi bicara, Majlis akan mepertimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansuran. 

Korang dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk membincangkan perkara itu dengan pegawai-pegawai yang berkenaan. Untuk sebarang masalah korang boleh terus berurusan dengan Pejabat Majlis.

Korang ada lagi tak pengalaman bayar cukai taksiran? Kalau ada boleh share kat post fb kami. 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Fadh Ahmad



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?