Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Sesuaikah Skim Pembalikan Gadai Janji Diimplementasikan Di Malaysia?

BY Team Loanstreet

Updated 03 Aug 2021




Adakah ini kali pertama anda mengetahui tentang pembalikan gadai janji? Pembalikan gadai janji adalah satu skim yang membenarkan anda menukar sebahagian daripada ekuiti rumah anda kepada wang tunai dan bayar balik kepada anda. Adakah ia sama dengan pinjaman gadai janji? Ia amat berbeza dimana carta aliran di bawah menunjukkan perbezaan utama di antara skim pembalikan gadai janji dan pinjaman gadai janji yang biasa. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sesuaikah Skim Pembalikan Gadai Janji  Diimplementasikan Di Malaysia?

Terdapat dua perkara yang penting perlu anda ingatkan daripada carta atas:

  1. Institusi kewangan seperti bank yang menawarkan tawaran terhadap pembalikan gadai janji, bukannya individu contohnya pemilik kepada hartanah tersebut.

  2. Walaupun institusi kewangan “membeli” hartanah anda, tetapi anda masih mempunyai hakmilik kepada hartanah tersebut dan boleh tinggal di rumah tersebut sehingga anda meninggal dunia atau berpindah.

Perbezaan Di Antara Gadai Janji dan Pembalikan Gadai Janji

Sesuaikah Skim Pembalikan Gadai Janji  Diimplementasikan Di Malaysia?

Mengapa Memilih Pembalikan Gadai Janji ?

Pembalikan gadai janji  merupakan pilihan yang sesuai kepada pesara-pesara yang memiliki hartanah tatapi ingin mempunyai pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian mereka. Pembalikan gadai janji adalah pilihan yang lebih baik daripada menyewa atau menjual hartanah yang akan mempengaruhi gaya hidup mereka. Hal ini kerana mereka boleh tinggal di hartanah mereka di samping institusi kewangan  membayar pinjaman kepada mereka setiap bulan.

Peringatan kepada beberapa kelemahan yang terdapat di skim pembalikan gadai janji :

  1. Memandangkan anda masih tinggal di hartanah tersebut and harus sentiasa bersedia untuk menanggung apa jua kos penyelenggaraan atau kerosakan yang berlaku.

  2. Sekiranya anda telah berpindah, anda masih terikat dengan hartanah tersebut dan anda perlu menyelesaikan pinjamannya terlebih dahulu.

  3. Kadar Faedah bagi pembalikan gadai janji biasanya adalah lebih tinggi (bagi kes yang berada di luar negara). Walau bagaimanapun, sekiranya anda meninggal dunia ia bukanlah satu kebimbangan yang utama untuk membayar balik jumlah pinjaman tersebut sekiranya anda merancang untuk menjual hartanah.Hal ini kerana terdapat satu fasal mencegah baki jumlah pinjaman melebihi nilai pasaran hartanah. Namun begitu, benefisiari anda mungkin terdapat sedikit sebanyak atau tiada sekiranya tiada perbezaan antara baki pinjaman dan harga jualan hartanah…

  4. Pewaris anda perlu menjelaskan jumlah pinjaman tetapi tidak perlu membayar lebih daripada nilai taksiran hartanah tersebut agar mereka dapat mewarisinya selepas anda meninggal dunia. Jika tidak, hartanah anda akan dijual agar dapat menjelaskan jumlah pinjaman pembalikan gadai janji disertai faedah.

Jadi, adakah Malaysia perlu mempunyai skim pembalikan gadai janji?

Kelebihan Pembalikan Gadai Janji

Jawapan yang ringkas adalah ya. Pembalikan Gadai janji  merupakan satu pilihan yang lain daripada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau PRS (Skim Persaraan Swasta) kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, pewaris anda perlu bebas berdikari dari segi kewangan dan tidak berniat memiliki hartanah anda.

Selain daripada itu, anda akan menerima pembayaran yang amat fleksibel daripada proses pembalikan gadai janji seperti berikut:

  1. Menerima jumlah bayaran secara sekaligus.

  2. Menerima bayaran secara bulanan.

  3. Lanjutan kredit. Ia serupa dengan akaun semasa yang membenarkan anda mengeluarkan wang kepada satu jumlah yang ditetapkan oleh bank. Pilihan ini akan membantu anda mengurangkan bayaran faedah kerana ia berdasarkan daripada jumlah yang anda keluarkan. Sebagai contoh, anda tidak akan dikenakan caj sekiranya anda tidak mengeluarkan wang. 

Kelemahan Gadai Janji Pembalikan

Faedah akan ditambah dalam baki pinjaman setiap bulan kerana anda memperolehi wang tunai melalui pembalikan gadai janji. Ia bermakna baki pinjaman anda akan semakin bertambah disebabkan faedah bertambah sepanjang masa. Institusi kewangan menawarkan kadar faedah terapung dan anda juga tidak dapat menjangka bila tempoh pembayaran, hal ini kerana anda tidak dapat menjangka jangka hayat anda.

Disebabkan syarat-syarat yang rumit dan selalunya ia selalu berhubung kait dengan warga emas,pihak berkuasa terlebih dahulu perlu menubuhkan peraturan yang wajar dan sepatutnya.

Kesimpulannya

Walaupun skim ini mempunyai kebaikan dan keburukan, kami berasa pembalikan gadai janji patut diperkenalkan di Malaysia dimana pesara mempunyai pilihan yang lain sekiranya mereka mempunyai simpanan yang terhad dan memiliki hartanah sendiri. Walau bagaimanapun, selalu diperingatkan pilihan ini hanya sesuai untuk tujuan persaraan dan tanpa niat untuk meninggalkan hartanah tersebut diwarisi oleh pewaris. Silalah selalu pertimbangkan pilihan yang sewajarnya sekiranya pilihan ini tidak bersesuaian dengan  jangkaan anda.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai