Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

LTV & Margin Pembiayaan untuk Pinjaman Rumah

BY Team Loanstreet

Updated 09 Dec 2019




Apabila memohon pinjaman gadai janji / rumah di Malaysia, pertimbangan yang utama adalah nisbah Loan-to-Value (LTV), juga dikenali sebagai margin pembiayaan. Ia adalah perkara biasa untuk pembelian hartanah ditinggalkan disebabkan nisbah LTV yang tidak menguntungkan. Oleh itu, apakah yang memberi kesan pada nisbah LTV atas pinjaman rumah anda?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Pinjaman Hartanah Kediaman

Di Malaysia, ia adalah perkara biasa untuk mengharapkan 90% nisbah LTV untuk pinjaman gadai janji kediaman (lebih dikenali sebagai pinjaman perumahan). Akan tetapi, Bank Negara mengawal rapat nisbah LTV untuk pinjaman gadai janji kediaman supaya mengelakkan spekulasi yang tidak terkawal.

  • Jika seseorang mempunyai 2 atau lebih pinjaman gadai janji kediaman yang sedia ada, nisbah LTV dihadkan pada 70% bagi pinjaman perumahan yang akan datang.

Selain itu, terdapat Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) untuk membantu pembeli rumah kali pertama yang layak untuk skim ini untuk mendapatkan LTV sehingga 100%.

Selain daripada peraturan-peraturan Bank Negara, ia adalah perkara biasa bagi bank-bank untuk mengehadkan nisbah LTV untuk jenis-jenis permohanan pinjaman rumah berikut berdasarkan polisi kredit dalaman mereka:

  1. Pembelian untuk pelaburan
  2. Lebih daripada 1 pinjaman perumahan yang sedia ada
  3. Tanah untuk rumah yang dibina khas
  4. Projek pemaju yang telah dikenali memberi diskaun kepada pelanggan.

Pinjaman Hartanah Komersil

Bank Negara tidak mengenakan had LTV atas pinjaman hartanah komersil. Walau bagaimanapun, ia adalah lebih biasa untuk mendapatkan hanya 85% margin pembiayaan disebabkan bank-bank adalah lebih berhati-hati dalam pembiayaan hartanah komersil. Akan tetapi, margin pembiayaan sebanyak 90% masih mungkin.

Perlu diberi perhatian bahawa bank-bank cenderung untuk menjadi lebih cerewet dengan jenis hartanah komersil yang dibiayai, dan boleh mengurangkan margin berdasarkan penggunaannya ( Contohnya Pejabat / Serviced Apartment / Lot Kedai / Pusat Membeli-belah).

Warga Asing & Warganegara

Bank-bank adalah lebih berhati-hati dengan mereka yang kurang ikatan dengan Malaysia. Oleh itu, warga asing cenderung kepada mempunyai lebih sekatan LTV ke atas pinjaman rumah mereka.

Warganegara Tempat Kerja & Tempat Tinggal Jangkaan Nisbah LTV
Warganegara Malaysia Luar Negara Sehingga 90%
Warganegara Singapura Singapura Sehingga 85%
Warga asing lain Malaysia Sehingga 80%
Warga asing lain Luar Negara Sehingga 50%
Permohonan MM2H Malaysia Rumah Keduaku Sehingga 80%

Yuran Guaman dan Pembiayaan Penilaian

Selain daripada pembiayaa atas hartanah itu, ia adalah perkara biasa untuk bank untuk membenarkan tambahan margin pembiayaan sehingga 5% ke atas pinjaman untuk membiayaai dokumentasi pinjaman peminjam dan kos penilaian.

Kesimpulan

Jika anda ingin mendapatkan pembiayaan maksimum bagi pinjaman gadai janji anda, jangan lupa untuk memanfaatkan penggunaan alat perbandingan pinjaman perumahan Loanstreet dan menghantarkan satu permohonan kepada kami. Pakar-pakar kami akan memastikan bahawa anda sentiasa mendapat nisbah LTV tertinggi yang boleh didapati untuk anda.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan