1. Kenalpasti jenis lelongan hartanah
Sumber Imej: Deal Hartanah
Ada dua jenis lelongan hartanah yang korang kena fahamkan:
Loan Agreement Cum Assignment (LACA) |
|
---|---|
Non-Loan Agreement Cum Assignment (Non-LACA) |
|
2. Pilih dan periksa hartanah lelong yang nak dibeli
Selidik dulu lokasi rumah lelong untuk pastikan sebarang risiko bencana alam dan bersiap sedia jugak dari segi kewangan untuk sebarang kerosakan.
Sumber Imej: OHSEMPOI | Apa yang anda perlu tahu sebelum membuat defect inspection di rumah baru
Perhatikan keadaan luar hartanah dan check kalau rumah tu berpenghuni atau tak. Lagi bagus kalau korang boleh mintak kebenaran penghuni tu untuk tinjau bahagian dalamam rumah tu, atau mintak jiran rumah yang mempunyai susun atur yang sama untuk tunjukkan rumah diorang (kalau orang tu tak kisahlah).
Korang cuba gali maklumat daripada jiran-jiran tentang sifat pemilik sebelumnya. Sambil tu, korang check dulu harga pasaran kawasan sekitar rumah lelong dan bandingkan harga rizab lelongan dengan harga hartanah yang serupa kat situ untuk dapatkan harga bidaan yang berbaloi.
3. Semak dengan pemaju dan pejabat tanah tentang hartanah lelong
Sumber Imej: FMT| Barisan panjang kertas 'beratur' di luar Pejabat Tanah KL seawal 4 pagi
Rajinkan diri untuk beertanya kat pejabat pengurusan untuk tahu tentang yuran penyelenggaraan yang tertunggak. Selalunya pihak pengurusan mengalu-alukan kedatangan orang yang berpotensi menjadi bakal pemilik untuk jelaskan yuran lewat tersebut.
Ni maklumat penting yang korang kena ada sebelum bertanya:
- Nombor lot hartanah
- Alamat
- Status hak milik
- Lokasi
- Harga Rizab Lelongan
4. Upah Peguam
Sumber Imej: Harian Metro| Penting lantik peguam
Bila dah settle urusan kat atas tadi, korang kena upah peguam untuk selesaikan urusan beli hartanah lelong, terutamanya untuk hal-hal yang berkaitan dengan cukai taksiran dan cukai tanah.
Sebenarnya, oeguam yang korang upah dapat bantu korang kaji pembayaran penyelenggaraan yang tertunggak dengan pemaju, serta terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen POS.
5. Daftar dan sertai lelongan
Sumber Imej: Berita Harian|e-Lelong tingkatkan integriti lelongan
Korang boleh mendaftar sebelum atau pada hari lelongan. Pastikan korang sediakan cek juruwang atau bank draf bersamaan dengan 5% untuk lelongan LACA atau 10% untuk Non-LACA daripada harga simpanan hartanah yang korang nak bida.
Pastikan korang datang 30 minit sebelum lelongan andaikata korang nak daftar pada hari lelongan. Pembida yang menang kena tandatang Kontrak Jualan dan bayar 5% atau 10% daripada harga tawaran terakhir terdahulu, dan selesaikan baki dalam tempoh masa yang tertentu (biasanya dalam 3 bulan).
Tapi, sebelum nak beli hartanah lelong, korang kena tahu kebaikan dan keburukan dia dulu:
Kebaikan | Keburukan |
---|---|
|
|
Admin sarankan agar korang buat dulu research sebelum membuat keputusan ya. Macam admin, admin tak pernah lagi join mana-mana aktiviti lelongan hartanah.
Korang pulak macam mana? Apa jenis hartanah lelongan yang korang pernah beli? Jom share sama dengan admin kat posting FB kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: