Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Beli Kondo? Jangan Lupa Pasal Yuran Penyelenggaraan

BY Contributor - iProperty

Updated 07 Jan 2020




Buat yang ada cita-cita nak memiliki rumah pertama, terutamanya hartanah berstrata, ada banyak benda yang korang kena ingat, macam yuran penyelenggaraan atau lebih femes dikenali sebagai maintenance fee (dalam bahasa omputih).

Yuran ni dikenakan kepada residen (korang) untuk pastikan kondo korang tu berada dalam keadaan tiptop. 

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Ada berapa jenis yuran penyelenggaraan?

Kondominium adalah hartanah berstrata, yang mana bangunan atau tanah dibahagikan kepada lot atau ‘petak’. Hartanah jenis berstrata ni berada di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA 2013), dimana pihak pengurusan kondominium korang kena buat penyelenggaraan, pengurusan bangunan dan kemudahan serta hal-hal lain. 

Jadi, setiap pemilik kondominium kena bayar yuran kat badan pengurusan untuk selia bangunan tu. Biasanya, ada dua jenis caj yang akan dikenakan: 

1. Cas perkhidmatan

Bayaran bulanan bagi tujuan penyelenggaraan kemudahan dan harta bersama macam swimming pool, lif dan pak guard. Yuran ni jugak dikenali sebagai caj penyelenggaraan. 
 

2. Dana terikat

Dana cadangan yang dikutip dari pemilik unit strata akan disimpan untuk perbelanjaan masa hadapan macam nak cat kondominium tu ke, takpun untuk tujuan pembersihan dan ganti kelengkapan.


Macam mana nak kira?

Disebabkan hartanah strata ni kan dipecahkan ikut lot atau unit, jadi bayaran dikenakan mengikut unit. Korang boleh guna formula standard yang dikeluarkan di bawah Jadual Keempat Peraturan Hak Milik Strata 2015:

Perbelanjaan operasi/Jumlah bahagian unit dalam kondominium =  Yuran penyelenggaraan yang harus dibayar

Katakan perbelanjaan operasi kondo korang adalah RM75k sebulan manakala jumlah unit yang ada adalah 300 unit. Jadinya:

RM75k/300 = RM250 sebulan. 



Kalau tak puas hati dengan kadar yuran yang ditetapkan oleh pemaju atau Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body (JMB), korang boleh buat permohonan pindaan kat pesuruhjaya. Dia akan tentukan atau arah JMB atau pemaju untuk lantik seorang pengurus hartanah. Tugas pengurus ni adalah untuk mencadangkan yuran penyelenggaraan  yang sepatutnya. 
 


Kena ke bayar yuran penyelenggaraan ni?

Of coz lah kena bayar. Mengikut seksyen 12(5) Akta Pengurusan Strata 2013, kalau korang gagal bayar kat pihak pengurusan dalam masa 14 lepas dapat notis, korang akan dikira sebagai defaulter. Perkara ni jugak tercatat dalam Peraturan Pengurusan (Penyelenggaraan dan Pengurusan) Strata 2015 (SMR 2015).



Bukan tu je,  pihak pengursan boleh kenakan faedah bagi bayaran tertunggak (Peraturan 6(2) SMR 2015). Faedah akan dikira dari hujung hari ke-14 sampai tarikh hari pembayaran, dengan kadar 10% setahun atau kadar lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. 

Katakan pihak pengurusan keluarkan notis yuran penyelenggaraan bulanan kondo korang  pada 15 hari bulan dengan jumlah sebanyak RM250. Jadinya:

Jumlah Kadar Faedah:
RM250/10% kadar faedah = RM25

Jumlah Tunggakan:
RM250 yuran + RM25 (kadar faedah) = RM275 


Kalau tak bayar, apa jadi?

Persoalannya, kenapa korang tak nak bayar? Jangan buat main-main benda camni. Kalau korang tak bayar yuran penyelenggaraan, JMB boleh guna kuasa diorang untuk  saman korang kat mahkamah atau Tribunal Pengurusan Strata.



Selain tu JMB jugak boleh amik tindakan-tindakan lain. Macam:
  • Boleh pecah masuk unit korang (dalam tempoh 14 hari lepas terima notis bertulis). 
  • Rampas harta boleh alih dan akan dilelongkan untuk settlekan yuran tertunggak. Antara barang yang biasa kena rampas termasuklah handphone, tv dan barang elektrik lain. 
  • Nama korang akan dipamerkan dalam senarai defaulter siap dengan nombor unit dan jumlah tunggakan. Janganlah cari publisiti camni.
  • Kad akses korang akan deactivated tanpa pemberitahuan. Kalau nak aktifkan semula kad tu, kena bayar maksimum RM50. 
  • Akses dan kemudahan akan digantung, termasuklah parking space unit korang. 
  • Korang mungkin akan didenda  tak lebih RM5,000 atau penjara maksimum 4 tahun, atau kedua-duanya sekali. Sekiranya kesalahan ni berterusan, denda selanjutnya tak lebih dari RM50 sehari boleh dikenakan. 

TAPI, JMB TAK BOLEH:
  • Halang korang dari masuk rumah.
  • Potong bekalan elektrik atau air.  


Boleh tak nak bayar yuran secara ansuran? 

Bolehhhh. Mengikut Peraturan 6(6) SMR 2015, perjanjian bayaran ansuran boleh dibuat dengan pihak pengurusan bagi selesaikan hutang tertunggak korang. Tapi kena ikut syarat-syarat yang dipersetujui oleh pihak pengurusan lah. Jadi, kalau korang ada masalah nak bayar yuran, bawak-bawaklah berbincang dengan pihak pengurusan kondominium. 

Ada baiknya jugak buat ansuran ni. Contohnya, JMB boleh bagi ganjaran kat korang, macam tak deactivate kad akses kalau korang bayar ansuran dengan tetap. 



Sekarang camne, rasa-rasa boleh commit tak buat pembayaran yuran penyelenggaraan ni? Sebelum terjah beli rumah, jangan lupa fikir pasal benda ni tau. Lagi satu, eloklah korang check dulu kelayakan untuk dapatkan pinjaman rumah. Boleh klik sini - free je.  Pastu, barulah korang guna Kalkulator Pinjaman Perumahan Loanstreet ni untuk bantu korang cari pakej pinjaman yang sesuai dengan korang punya status kewangan. 


Artikel ini diolah semula dari artikel “Apa akibatnya jika anda tidak membayar yuran penyelenggaraan kondominium” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.

Baca Jugak:
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor - iProperty



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai