Sebelum tu, korang tahu tak camne nak kira anggaran kos pembinaan rumah?
Okay, perkara paling penting sebelum korang bina rumah ialah buat perancangan betul-betul dulu. Dari kos, bajet, saiz rumah, bentuk rumah, pelan lantai, berapa bilik, bila nak mula bina, berapa lama jangka masa untuk siap, itu semua kena plan.
Cuba bayangkan kalau korang tak plan dulu atau tiba-tiba lari dari plan asal, konfirm-konfirm lah kena tambah duit lagi, betul tak? Jadi, pastikan korang rancang dengan teliti!
Contohnya, korang nak bina rumah banglo satu tingkat bersaiz sederhana macam spesifikasi kat bawah:
Rumah | Spesifikasi rumah |
---|---|
Lokasi | Selangor |
Jenis rumah | Banglo satu tingkat |
Keluasan | 2250 kaki persegi |
Bilik | Bilik tidur utama + Bilik air, Bilik tidur 1, Bilik tidur 2, Bilik tetamu + Bilik air, Bilik stor, Bilik air |
Ruang | Dapur, ruang makan, ruang tamu, beranda, ruang belakang rumah |
Bumbung | Atap genting konkrit |
Pintu | Pintu utama, pintu belakang, pintu bilik |
Sekarang, bila dah ada idea macam mana rumah yang korang nak bina, barulah boleh start buat pengiraan kos pembinaan untuk selarikan dengan bajet yang korang ada. Kos pembinaan keseluruhan selalunya termasuk kos upah perkhidmatan kontraktor, kos bahan binaan, pemasangan paip air dan pemasangan kabel elektrik.
Mula-mula, korang kena tahu berapa kadar harga kontraktor per kaki persegi dekat tempat korang sebab harganya berbeza ikut kawasan. Kebiasaannya, harganya sekitar RM110 ke RM130 per kaki persegi.
Lepastu, korang kena pastikan keluasan rumah yang korang nak bina tu iaitu luas kawasan berdinding dan luas anjung berbumbung. Luas kawasan anjung berbumbung ni adalah kawasan yang takde dinding macam garaj kereta atau beranda.
Untuk nak cari anggaran kasar kos pembinaan, korang boleh guna formula kat bawah:
[Luas Kawasan Berdinding (LRB) x Harga kontraktor (RM/kaki persegi) ] + [Luas Anjung Berbumbung (LAB) x 1/2 Harga Kontraktor (RM/kaki persegi)]
Kalau mengikut contoh spesifikasi rumah banglo tadi:
Untuk kawasan berdinding:
- Luas lantai = 2000 kaki persegi
- Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM110
- Jumlah harga = 2000 x RM110 = RM220,000
Untuk kawasan yang tak berdinding seperti beranda atau anjung berbumbung:
- Luas lantai = 250 kaki persegi
- Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM70
- Jumlah harga = 250 x RM70 = RM17,500
Maka anggaran kos untuk sebuah rumah banglo bersaiz 2,250 kaki persegi adalah RM237,500. Mana nak dapat harga camni kalau beli rumah.
Okay, apa yang boleh korang buat untuk kurangkan kos pembinaan tu?
- Buat research dan bandingkan harga barang atau bahan untuk pembinaan
Macam yang kita tahu, harga barang atau alat-alat yang nak digunakan ni berbeza mengikut kualiti dan juga sesebuah kedai. Jadi kita kena rajin pergi survey setiap kedai untuk dapatkan barang dan alatan yang diperlukan dengan harga yang paling berpatutan dan semestinya berkualiti.
Lagi mudah, sekarang korang dah boleh beli bahan-bahan binaan ni online je. So, korang dah tak payah nak keluar rumah, search je dan korang boleh banding terus harganya.
Ini antara harga bahan-bahan asas untuk pembinaan daripada Shopee:
No. | Bahan | Harga Per Unit (RM) |
---|---|---|
1. | 1 bag 50kg simen | 17.00 |
2. | 1 biji bata simen | 0.30 |
3. | 1 biji bata merah | 0.50 |
4. | 1 ela pasir kasar | 80.00 |
5. | 1 ela pasir halus | 85.00 |
6. | 1 batang besi | 30.00 |
7. | 1kg plaster | 6.00 |
Korang boleh check barang-barang yang lain dekat sini.
Korang jugak boleh guna barang-barang yang kos penyelenggaraan rendah macam atap konkrit. Walaupun kosnya mahal masa pembinaan tapi atap konkrit ni takde kos tambahan untuk penyelenggaraan sebab ianya tahan lama. Jadi sangatlah berbaloi untuk jangka masa yang panjang.
- Guna barang-barang terpakai
Selain beli barang-barang yang baru untuk pembinaan ni, korang boleh beli barang-barang terpakai je macam kayu dari rumah lama, bata terpakai atau barang-barang lain yang dalam proses pembangunan semula. Kadang-kadang bahan-bahan macam ni tak payah bayar pun kecuali kos pengangkutan dan tenaga buruh.
Cuma kualitinya kena tengoklah dulu samada boleh guna lagi atau tak sebelum beli tu dan kalau nak ambil orang punya dari rumah-rumah lama, pastikan minta izin tuan punya barang dulu!
- Pilih kontraktor yang betul
Ini antara perkara yang korang memang kena pentingkan iaitu cari kontraktor binaan yang betul-betul bagus, boleh dipercayai dan ada reputasi yang baik.
Antara perkara penting yang korang kena tengok masa pilih kontraktor:
- Pastikan kontraktor tu ada lesen kontraktor yang sah
- Ada tempat atau alamat pejabat yang sah
- Mempunyai rekod kerja dan profil syarikat yang bagus
- Dapat menyediakan sebut harga yang lengkap mengikut plan rumah
Kadar harga kontraktor untuk satu kaki persegi juga berbeza tau mengikut negeri dan kawasan. Contohnya, kalau kat KL, harga dia dalam lebih kurang RM130. Jadi, tanya dulu berapa harga semasa yang ditetapkan oleh kontraktor tempat korang.
Kalau korang takde pengalaman nak pilih kontraktor, tanyalah rakan atau kenalan yang lebih berpengalaman. Rajinkanlah juga untuk Google dan baca review-review tentang kontraktor tersebut. Sekarangkan semua boleh Google je. Apa susah!
Selain kontraktor, korang juga boleh guna tukang rumah jika bajet yang korang ada bawah RM150,000 sebab kos untuk tukang rumah ni lagi murah dari kontraktor. Kalau korang nak tahu lebih tentang tukang rumah ni, korang boleh baca dekat sini.
- Bina secara beransur-ansur
Bila korang bina rumah secara berperingkat, korang dapat kawal kos yang nak digunakan. Contohnya mula-mula, buat tapak dulu macam ratakan tanah, piling tiang dan letak simen. Seterusnya, baru siapkan dinding pula. Lepastu, untuk bumbung, korang boleh survey dulu kos untuk dirikan bumbung dan sesuaikan ikut bajet yang korang ada.
Korang pun tak payah tunggu duit cukup dulu baru nak bina rumah. Kalau masatu korang ada RM15,000, buatlah setakat yang boleh dibayar dengan jumlah yang korang ada tu. Cumanya, setiap kelebihan pasti ada kekurangan, betul tak?
Kekurangannya bila korang bina rumah secara beransur-ansur ni, ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk siap. Jadi, korang memang kena rancang betul-betul supaya walaupun ambil masa yang agak panjang, ia masih dalam tempoh yang korang dah rancang dan rumahnya siap macam yang korang plan.
Sekarang korang dah tahu macam mana nak jimatkan kos kalau nak bina rumah sendiri. Jadi, ada yang nak buat pinjaman peribadi untuk tampung kos pembinaan?
Kalau korang nak dapatkan pinjaman peribadi untuk topup dana bina rumah ni, korang kena check dulu sama ada korang layak atau tak untuk mohon pinjaman ni. Ini cara ringkas untuk check kemampuan korang:
- Ambil gaji bulanan dan tolak dengan komitmen-komitmen lain seperti keperluan harian, loan kereta dan sebagainya.
- Dengan jumlah yang tinggal tadi, tentukan berapa bayaran maksimum yang korang mampu bayar setiap bulan.
- Pastikan korang masih ada duit lebih untuk kecemasan!
Lepastu, korang bolehlah buat perbandingan dan dapatkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah serendah 3.2% kat Loanstreet! Kalau nak semak berapa kena bayar bulan-bulan sebelum mohon pun boleh. Klik sini atau gambar di bawah.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.