Apa je beza antara pinjaman konvensional dan pembiayaan Islamik?
Perbezaan dia yang pertama adalah istilah yang diorang guna. Kalau korang nak tahu, konsep pinjaman ni cam kurang tepat dalam kewangan atau perbankan Islam. Diorang guna istilah pembiayaan ni sebab pembiaya akan beli barang untuk pelanggan (korang lah!) dan kemudian akan jual kepada mereka dengan harga yang telah dipersetujui. Kiranya, istilah pembiayaan lebih tepat dalam kewangan dan perbankan Islam. Hah, korang clear?
Selain tu kan, ada beberapa perkara lain yang membezakan pinjaman konvensional dengan pembiayaan Islamik. Korang boleh take note lah k!
1. Kewangan untuk semua (financial inclusion k!)
Financial inclusion ni basically semua orang ada akses untuk produk kewangan yang sesuai dengan diorang. Bila nama dia kewangan Islam kan, obvi akan ikut semua hukum syariah. Ini kerana ia bebas daripada unsur yang tak beretika cam riba, penipuan, judi dan amalan-amalan lain yang tak align dengan Islam (mood lebai on!).
Jadi, bila unsur-unsur ni takde dalam kewangan Islam jadikannya lebih adil dan mudah untuk semua orang. Lagi-lagi untuk orang yang berpendapatan rendah sebab pembiayaan Islamik akan lebih senangkan diorang. In case korang tak tahu, Bank Dunia ada kata yang financial inclusion ni dapat bantu kembangkan ekonomi lokal dan global dengan lebih pesat lagi.
2. Wajib stabil dalam pelaburan
Antara beza dua jenis pinjaman ni adalah fokus pembiayaan Islamik dalam pelaburan. Kalau korang nak tahu, pelaburan yang dilakukan oleh pembiayaan Islamik adalah lebih perlahan dan teliti. Kiranya kan, agensi-agensi kewangan Islam akan elak dari buat pelaburan dengan syarikat-syarikat yang berisiko. Lebih-lebih lagi kalau diorang ada unsur-unsur yang tak berfaedah dan beretika dari segi Islamik.
BACA JUGA: Pinjaman / Pembiayaan Rumah Islam di Malaysia Dijelaskan
Selain tuh, antara jenis pembiayaan rumah patuh syariah adalah...
-
Bai’ Bithaman Ajil (jual beli)
-
Musyarakah Mutanaqisah (perkongsian bersama)
Apa sebenarnya Bai’ Bithaman Ajil ni?
Pembiayaan perumahan Bai’ bithaman ajil ni pulak berdasarkan konsep jual-beli. Ya lah, bank akan beli rumah ikut harga pasaran dan jual kepada korang dengan harga yang telah dipersetujui bersama (kos pembelian asal dari bank yang ditambah dengan jumlah keuntungan). Korang pun perlu setuju dengan satu jangka masa, jumlah bayaran ansuran bersama pihak bank. Nasib baik jugak yang bayaran faedah takde dalam pembelian ni.
Kebiasaannya, pembeli akan memasuki kontrak jual beli dengan pemaju dan diorang akan bayar deposit (10% dari harga beli). Seterusnya, pembeli akan mohon pembiayaan untuk tampung baki pembayaran rumah.
Lepas tuh, pembeli akan buat perjanjian dengan pihak perbankan Islam iaitu Perjanjian Pembelian Hartanah (Property Purchase Agreement ataupun PPA). Untuk perjanjian ni kan, pembeli akan jual kepentingan benefisial ke atas hartanah yang dibeli kepada perbankan Islam.
Seterusnya, pembeli akan sign lagi satu perjanjian dengan pihak bank iaitu Perjanjian Jualan Hartanah (Property Sale Agreement atau PSA). Dalam perjanjian ni, pihak perbankan Islam bersetuju untuk menjual semula hartanah benefisial itu kepada pembeli pada harga yang telah ditetapkan. Kebiasaannya kan, harga baru dua kali ganda dari harga asal dan pembeli kena bayar secara ansuran jumlah harga belian dalam tempoh yang ditetapkan.
BACA JUGA: MRTAs & MLTAs – Apakah Mereka dan Adakah Saya Memerlukannya?
Musyarakah Mutanaqisah pulak camne?
Pembiayaan perumahan musyarakah mutanaqisah pulak berdasarkan konsep perkongsian bersama. Dalam kontrak ni, kedua-dua pihak iaitu bank dan pelanggan secara bersama akan beli ekuiti, hak dan manfaat dalam sesebuah rumah atau hartanah.
Pihak bank kemudian akan sewa bahagian hartanah tuh. Sewaktu hartanah masih dalam pembinaan, korang akan guna konsep ijarah mawsufah fi zimmah (sewaan hadapan). Bila hartanah korang dah siap dibina, barulah guna konsep ijarah (sewaan). Jadi, pelanggan akan buat bayaran bulanan kepada bank. Kiranya, korang bayar secara ansur-ansur bahagian pemilikan awal, hak dan manfaat bank dalam hartanah tuh.
Sebahagian daripada tuh, bayaran ni akan menyumbang kepada peningkatan bahagian pelanggan dalam hartanah dan untuk kurangkan bahagian bank. Benda ni korang akan buat sampai korang ada keseluruhan atau sepenuhnya hartanah tersebut. Basically, pembiayaan ni berakhir apabila pelanggan memiliki 100% hartanah tuh.
BACA JUGA: Beli Rumah Dengan Harga RM150,001 - RM300,000 Sahaja?
Since dah tahu sikit sal pembiayaan Islamik, ni apa yang korang boleh expect...
Banyak sebenarnya kelebihan pembiayaan rumah Islamik. Kiranya, korang takyah lah risau sangat kalau tak ambil pinjaman konvensional. Nak kasi korang senang paham kan, admin siap prepare table k!
No | Kelebihan | Penjelasan |
---|---|---|
1 | Jumlah bayaran balik yang jelas dan tetap | Jumlah maksimum yang korang perlu bayar dah setuju lebih awal. Kiranya, jumlah tuh adalah tetap sepenjang tempoh pembiayaan. Kalau konvensional, jumlah dia berubah ikut Kadar Pinjaman Asas (BLR) |
2 | Caj bayaran lewat yang lebih murah | Caj hanya dikenakan kat baki jumlah pembiayaan. Ini sebab pembiayaan Islamik tak praktis konsep faedah kompaun. So, korang boleh je chill sikit lah kalau bayar sedikit lambat! |
3 | Kos duti setem yang lebih rendah | Kerajaan siap tawar k diskaun duti setem sebanyak 20% untuk pembiayaan perumah Islam. |
4 | Takde bayaran penalti untuk penyelesaian awal | Kalau korang dah selesai bayar dalam lock-in period, takde denda pun (jimat duit sikit!). |
Kalau korang interested nak apply pembiayaan perumahan, kena buat research lebih lanjut k. Korang kena pastikan yang pilihan tuh adalah yang tepat dan sesuai untuk kehidupan korang. Yang penting korang selesa dengan jenis pembiayaan atau pinjaman yang korang pilih tuh and mampu bayar k!
SIDE NOTE: Kalau korang boleh apply pembiayaan Islamik untuk rumah, klik je link ni. Korang siap boleh semak kelayakan korang guna kalkulator yang Loanstreet ada sediakan. Sekejap je dah boleh dapat full report!
BACA JUGA: 5 Sebab Kenapa Korang Kena Beli Rumah Sekarang… Secara Online!
Artikel ini diolah semula dari artikel “Perkara asas yang anda perlu tahu tentang pembiayaan rumah patuh Syariah” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.