#10 Casa Ria Condominium
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/011/content/Casa-Ria.jpg)
Jumlah transaksi: 11
Saiz keluasan: 1,000 kaki persegi (KPS) – 1,184 kaki persegi
Harga median (KPS): RM404
Harga sewa median: RM1,675 /sebulan
Hasil sewa: 4.79%
Meh kita mulakan carta hartanah Cheras kita hari ni dengan Casa Ria Condominium. Terletak di Taman Maluri, Casa Ria menjadi pilihan utama disebabkan lokasi kawasannya yang dekat dengan pelbagai kemudahan macam LRT, MRT, bas, sekolah dan tempat membeli belah.
Casa Ria ni adalah sebuah kawasan residensi yang berkepadatan rendah yang mampu tampung sebanyak 300 unit residen dalam 4 blok yang dilengkapi dengan fasiliti kolam renang, taman permainan trek joging dan jugak kafe. Korang yang jenis suka berenang dan berjoging tu boleh try tengok-tengok Casa Ria ni.
Nak akses pengangkutan awam pun senang dekat Casa Ria ni, stesen LRT paling dekat iaitu Stesen LRT Pandan Jaya hanya mengambil masa 9 minit memandu. Stesen MRT paling dekat pulak dekat Stesen MRT Taman Maluri dengan jarak 1.4 km (4 minit je kalau memandu) dan ada jugak bas RapidKL yang dapat menghubungkan terus residen Casa Ria ni dengan lebuhraya utama macam Damansara-Puchong, Terowong Smart, MEX dan MRR2.
#9 Awana Puri Condominium
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/012/content/Awana_Puri.jpg)
Jumlah transaksi: 11
Saiz keluasan: 1,080 kaki persegi – 2,344 kaki persegi
Harga median (KPS): RM358
Harga sewa median: RM1,500 /sebulan
Hasil sewa: 4.19%
Pilihan admin seterusnya pulak merupakan sebuah kondominium 15 tingkat yang terletak dekat Taman Mutiara Barat. Awana Puri Condominium ni mempunyai 348 unit residen yang turut dilengkapi kemudahan seperti gimnasium, kolam renang dan taman permainan. Sekolah paling dekat hanyalah 4 minit dari kawasan kondominium ni, manakala universiti paling hampir pulak adalah UCSI yang hanya mengambil masa 7 minit sekiranya korang memandu.
Berada di tengah-tengah kawasan bandar, banyak kelebihan yang korang akan dapat kalau menetap kat Awana Puri ni, ada Tesco Extra Cheras, Leisure Mall dan EkoCheras Mall. Bukan tu je, Awana Puri ni jugak dekat dengan HUKM, Pantai Cheras Medical Centre dan Klinik Kesihatan Cheras. Bestnya dekat kawasan Taman Mutiara Barat ni, korang jugak dekat dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan Taman Tasik Permaisuri.
“Pengangkutan awam pulak macam mana?”
Pengangkutan awam paling dekat dengan Awana Puri ni adalah Stesen MRT Taman Mutiara. Selain dari tu, ada jugak bas RapidKL Bandar Tun Razak yang menghubungkan Link Selatan-Barat, RapidKL Maluri yang menghubungkan Jalan Cheras dan RapidKL Miharja yang menghubungkan Jalan Loke Yew.
#8 Seri Cendekia Condominium
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/014/content/Sri_Cendekia_1.jpg)
Jumlah transaksi: 12
Saiz keluasan: 982 kaki persegi – 1,180 kaki persegi
Harga median (KPS): RM314
Harga sewa median: RM1,300 /sebulan
Hasil sewa: 4.88%
Okay, kita beralih pulak kat Seri Cendekia Condominium. Seri Cendekia ni terletak di Taman Connought dan dikelilingi oleh kawasan perumahan lama macam Taman Segar, Taman Indah dan Taman Cuepacs. Macam kondominium lain, Seri Cendekia ni jugak dilengkapi dengan fasiliti asas macam gimnasium, kolam renang, gelanggang tenis, kawasan bbq dan jugak trek joging. Kondominium ni mempunyai 2 bangunan dan setiap satu mempunyai 20 tingkat.
Kat sini, akses untuk keluar masuk tu senang sebab lokasi Seri Cendekia ni yang strategik. Pengangkutan awam paling dekat adalah di Stesen MRT Taman Mutiara yang berjarak 3km dari bangunan kondominium. Bagi yang memandu pulak, korang boleh guna Lebuhraya Grand Saga, lebuhraya Selatan-barat dan MRR2 yang menghubungkan Seri Cendekia terus ke pusat bandaraya KL.
#7 Sri Hijau Condominium
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/015/content/Sri_Hijau.jpg)
Jumlah transaksi: 15
Saiz keluasan: 865 kaki persegi – 1,114 kaki persegi
Harga median (KPS): RM319
Harga sewa median: RM875 /sebulan
Hasil sewa: 3.96%
Nak duduk kondominium tapi harga mur mur? Jangan risau, ada punya kat Cheras ni.
Bagi yang jenis nak berjimat cermat, Sri Hijau Condominium adalah pilihan paling tepat untuk korang. Bertempat kat Bandar Mahkota Cheras, Sri Hijau ni sebenarnya adalah kondominium jenis kos pertengahan. Kondominium ni mempunyai 9 tingkat dan turut dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan asa untuk residen macam taman permainan, mini mart, kolam renang kan kawasan bbq.
Pengangkutan awam paling hampir dengan kawasan Sri Hijau ni adalah dekat Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn dengan jarak 4.8 km atau 15 minit memandu dari Sri Hijau. Tapi jangan risau, Sri Hijau ni jugak dekat dengan kawasan lebuhraya besar macam Lebuhraya Grand Saga, Lebuhraya LEKAS, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya BESRAYA dan Lebuhraya Kajang SILK.
#6 Mahkota Garden Condominium
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/016/content/Mahkota_Garden.jpg)
Jumlah transaksi: 19
Saiz keluasan: 1,196 kaki persegi – 1,425 kaki persegi
Harga median (KPS): RM331
Harga sewa median: RM1,300 /sebulan
Hasil sewa: 3.71%
Kondominium kita yang seterusnya ni pun terletak dekat Bandar Mahkota Cheras. Mahkota Garden Condominium adalah sebuah kawasan residensi 8 tingkat yang berkepadatan rendah dan mempunyai 414 unit residen. Bestnya mahkota Garden Condominium ni, ia dilengkapi dengan fasiliti yang mewah, antaranya jakuzi, sauna, bilik yoga dan kolam renang. Bukan tu je, Mahkota Garden Condominium ni jugak dekat kawasan makanan macam AEON Mahkota Cheras dan Mahkota Food Court selain kemudahan lain seperti stesen minyak, bank dan sekolah.
Pengangkutan awam terdekat adalah Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn dengan jarak 3km dari kawasan Mahkota Garden dan ada akses lebuhraya yang mudah, contohnya Lebuhraya Grand Saga, Lebuhraya SILK, Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Cheras-Kajang.
#5 Green Residence
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/017/content/Green_Residence.jpg)
Jumlah transaksi: 22
Saiz keluasan: 1,127 kaki persegi – 1,557 kaki persegi
Harga median (KPS): RM315
Harga sewa median: RM1,800 /sebulan
Hasil sewa: 3.27%
Sape kata kat Cheras tak boleh dapat kawasan perumahan yang tenang? Green Residence kan ada!
Sesuai sangatlah dengan nama kondominium ni, Green Residence dihiasi dengan pemandangan pokok-pokok dan keseluruhan residensi ni sebenarnya mesra alam sebab dibina untuk mengurangkan kesan karbon.
Jadi, mana-mana korang yang bercadang nak mencari tempat tinggal yang bertaraf mewah sikit, boleh lah korang cuba tengok try test Green Residence ni. Kondominium moden ni baru je siap sebenarnya dan mempunyai tarikan taman dan kawasan hijau seluas 3.9 ekar yang sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga.
Kawasan Green Residence dekat dengan Lebuhraya Grand Saga dan berhubung terus dengan lebuhraya utama macam MRR2.
#4 Bukit Pandan Condominium
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/018/content/Bukit_Panda.jpg)
Jumlah transaksi: 24
Saiz keluasan: 516 kaki persegi – 1,872 kaki persegi
Harga median (KPS): RM315
Harga sewa median: RM1,200 /sebulan
Hasil sewa: 4.0%
Kondominium kita yang seterusnya ni pulak sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga kerana sangat dekat dengan sekolah dan pasar raya. Lengkap dengan fasiliti asas macam kolam renang dan gelanggang squash, kondominium ini mempunyai 320 unit di bangunan 20 tingkat.
Lagi best pasal Bukit Pandan Condominium ni sebab dekat sangat dengan Stesen MRT Taman Pertama, tak sampai 1km pun. Nak kena pusat bandaraya KL pun tak perlu lalu jalan yang ada tol.
#3 Angkasa Condominium
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/019/content/Angkasa.jpg)
Jumlah transaksi: 25
Saiz keluasan: 920 kaki persegi
Harga median (KPS): RM432
Harga sewa median: RM1,665 /Sebulan
Hasil sewa: 4.92%
Pilihan kondominium di tangga ke-tiga pulak adalah Angkasa Condominium. Lokasi yang strategik menjadi tarikan utama di kawasan perumahan yang pesat ni. Selain dekat dengan UCSI, Angkasa Condominium ni jugak dekat dengan jalan-jalan utama dan lebuhraya besar macam MRR2 dan Lebuhraya Cheras-Kajang. Selain dilengkapi fasiliti asas macam kafe, gimnasium dan kolam renang, Angkasa Condominium ni turut ada salun! Fancy habis kondominium ni.
Disebabkan kondominium ni terletak dekat kawasan yang sibuk, kemudahan seperti bank, stesen minyak, pasar raya pun banyak dekat kawasan ni.
#2 Suasana Lumayan
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/020/content/Suasana_Lumayan.jpg)
Jumlah transaksi: 26
Saiz keluasan: 1,142 kaki persegi – 1,364 kaki persegi
Harga median (KPS): RM405
Harga sewa median: RM1,600/sebulan
Hasil sewa: 3.96%
Sesiapa yang pernah ke Bandar Sri Permaisuri mesti pernah nampak kondominium ni. Kondominium ni besar sangat-sangat dan mempunyai 900 unit residen dalam 4 blok. Suasana Lumayan jugak dekat dengan kondominium mewah lain seperti Maxim Residences dan Lido Residency.
Suasana Lumayan terletak di kawasan yang sangat strategik sebab dikelilingi oleh kemudahan seperti bank, pelbagai tempat makanan, hospital, kawasan rekreasi dan tempat membeli belah selain kemudahan asas yang disediakan seperti taman permainan, kolam renang dan kedai serbaneka.
Nak akses keluar masuk pun senang sebab pengangkutan awam paling dekat dengan Suasana Lumayan ni iaitu Stesen LRT Bandar Tun Razak tak sampai 1km pun jaraknya. Bagi yang memandu pulak, Suasan Lumayan ni pun turut berhubung dengan jalan-jalan utama ke pusat bandar seperti MRR2 dan Lebuhraya Selatan-Barat.
Dan… di tangga yang pertama adalah… (acah-acah drum roll sikit guys) Venice Hill!
#1 Venice Hill
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/001/021/content/Venice_Hill.jpg)
Jumlah transaksi: 66
Saiz keluasan: 1,200 kaki persegi – 1,600 kaki persegi
Harga median (KPS): RM171
Harga sewa median: RM1,050/sebulan
Hasil sewa: 4.85%
Kalau ikut tahun 2018, Venice Hill ni adalah kondominium paling femes kat Cheras. Terletak kat Batu 9, Cheras, kondominium berkepadatan tinggi ni ada 12 blok yang dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan dilengkapi dengan fasiliti macam kolam renang, gimnasium, trek joging, gelanggang tenis dan taman permainan. Disebabkan kondo ni kat kawasan bukit, view yang korang akan dapat wowerz punya.
Selain kemudahan asas, kat Venice Hill ni jugak ada banyak kemudahan lain macam sekolah dan pusat penjagaan kesihatan.
Jalan utama yang paling hampir dengan Venice Hill ni adalah Jalan Hulu Langat dan Lebuhraya Cheras-Kajang.
Korang setuju tak dengan senarai ni?
Untuk yang baru bercadang nak menetap kat area KL, korang boleh lah tengok-tengok senarai kondominium kat Cheras ni. Mana tau jumpa yang sesuai di hati.Dengan senarai ni, korang tau lah residensi mana yang sebenarnya sesuai dengan korang dan yang penting tak sendu!
Cakap pasal hartanah ni, kalau korang pernah terfikir nak beli rumah tapi takut tak layak dapat pinjaman perumahan, korang boleh check kat sini untuk tau berapa banyak korang boleh pinjam. Mudah kan?
Artikel ini diolah semula dari artikel “10 kondominium paling popular di Cheras” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my