Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pinjaman Rumah: Bekas Banker Kongsi 10 Peraturan Untuk Lulus

BY Contributor - iProperty

Updated 17 Sep 2019





Tahun 2019 ni merupakan waktu paling cun kalau nak beli rumah. Baru-baru ni, gomen lanjutkan Kempen Pemilikan Rumah 2019 (HOC 2019), dimana pembeli boleh enjoy pengecualian duti setem sampai 31 Disember 2019. Selain tu, dengan  penurunan OPR oleh Bank Negara Malaysia (BNM) jugak akan memberikan kadar pinjaman gadai janji yang lagi rendah - sebagai satu insentif untuk rakyat membeli hartanah. 

Tapi, sebelum korang berjinak-jinak dengan dunia jual beli hartanah, tanya dulu diri tu, layak ke nak mohon pinjaman perumahan?

Bukan ape, kebanyakan first-time buyers ni tak tahu faktor-faktor yang boleh jejaskan peluang diorang nak dapatkan pinjaman perumahan, macam skor kredit rendah, beli hartanah di luar kemampuan sehinggalah kepada tak submit dokumen sokongan yang betul!



Macam kita sendiri faham, kalau pinjaman kena reject, sudah tentulah rekod Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) kita pun akan jadi buruk. Sebab tu permohonan korang wajib LULUS pada cubaan pertama. 

Dah tu macam mana? Jangan risau, Miichael Yeoh, seorang bekas banker dan jugak CEO kepada GM Training Academy ada kongsikan 10 peraturan untuk memudahkan proses permohonan pinjaman perumahan kepada bakal pembeli hartanah. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Jangan tukar kerja waktu dalam proses permohonan pinjaman

Mungkin korang tertanya, apa kaitan tukar kerja dengan kelulusan pinjaman perumahan? Jangan ambik mudah perkara ni. Bagi bank, korang ni sebenarnya pekerja baru walaupun korang mungkin dah lama bekerja kat tempat lain. 

Kalau korang baru kerja 3 bulan kat tempat baru dan masih lagi dalam tempoh percubaan, korang tak dikira sebagai pekerja tetap sebab ada kemungkinan untuk korang diberhentikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Jadi, lagi baik korang mohon pinjaman perumahan time masih kerja kat tempat sedia ada. Lepas pinjaman dah diluluskan, pinjaman korang tu takkan terjejas kalau korang nak pindah kat tempat kerja baru. 


2. Ukur baju di badan sendiri



Pengaruh kawan pun mainkan peranan jugak dalam pembelian hartanah. Banyak kes pembeli hanya mampu beli hartanah RM300,000 tapi buat pilihan yang berharga RM600,000. Ansuran bulanan pun akan jadi mahal dua kali gandalah. 

Disebabkan bank ada kaedah pengiraan yang ketat sebelum luluskan permohonan, pinjaman gadai janji korang mungkin ditolak atau marginnya dipotong. Kalau terjadi kes macam ni, jalan penyelesaian terbaik adalah buat pinjaman bersama sebab akan ada dua saluran pendapatan untuk bayaran semula. Cumanya, pastikan kawan korang tu ada pendapatan tetap. 


3. Tak payahlah cuba kelentong bank



Kalau korang bercadang nak beli beberapa hartanah dengan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan, baik fikir semula. Bank akan check rekod CCRIS korang sebelum luluskan pinjaman. Besar kemungkinan permohonan akan direject kalau bank dapat tahu yang korang merancang untuk beli hartanah dan menambah beban hutang.

Bank jugak berhak untuk turunkan had pinjaman seperti yang dinyatakan kat dalam surat tawaran. Jadinya, lebih korang fikir semula plan nak beli hartanah, terutamanya kalau melebihi had kelayakan korang. 


4. Jangan sesekali jadi penjamin

Korang tau tak, pinjaman korang boleh ditolak kalau jadi penjamin orang lain? Beberapa tahun lepas, Encik Yeoh ada kendalikan kes satu pasangan yang bercadang nak beli rumah sebab diorang nak berkahwin dalam masa 6 bulan. Mengikut pasangan ni, semua ansuran yang ada dibayar tepat pada masa dan takde sebarang tunggakan. 

Tapi, permohonan pinjaman diorang kena reject dengan alasan wanita tersebut adalah seorang penjamin untuk pinjaman sewa beli adik dia. Kereta yang adik dia beli tu pulak kena tarik dengan bank, habis terjejaslah permohonan pinjaman wanita tersebut. 


5. Jangan palsukan dokumen



Ada jugak sejenis individu bagi dokumen palsu sebab susah sangat nak dapatkan kelulusan pinjaman. Sebenarnya, memang wujud operasi pemalsuan dokumen ni dan diorang boleh buat untuk peminjam. 

Tapi, bank tak bodoh lah. Mana-mana institusi kewangan pun akan check betul-betul dulu sebelum luluskan sebarang pinjaman. Sejak dua menjak ni, penyiasatan diorang jadi makin ketat, jadi, kalau kantoi, korang boleh kena dakwa di bawah kesalahan jenayah.


6. Orang tamak selalu rugi



Sifat tamak ni kat mana-mana pun ada dalam pasaran hartanah tapi untung nasib yang baik tu susah nak dapat. Zaman sekarang, ada orang tak beli hartanah ikut kemampuan tapi pilih untuk cuba nasib dengan beli 5 hartanah sekaligus. 

Kebanyakannya nak kejar impian jadi kaya-raya dalam sekelip mata dengan guna taktik yang tak berapa bijak ni. Kalau nasib diorang baik, boleh lah terus jadi jutawan segera, tapi kalau nasib tak berapa baik? Putih lah mata korang.


7. Elakkan berhutang



Lagi banyak korang berhutang, lagi susah nak dapat kelulusan untuk pinjaman. Bentuk hutang macam pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan seumpamanya diambik kira dalam Nisbah Pembiayaan Hutang (Debt Service Ratio (DSR)) dan ianya bagi kesan terhadap permohonan korang. 

Nilai DSR yang tinggi akan menyebabkan permohonan korang ditolak, kalau lulus pun dengan margin rendah. Satu-satunya cara nak dapatkan kelulusan pinjaman adalah dengan tak banyak berhutang. Jadi, langsaikan dulu kesemua hutang yang ada sebelum buat permohonan pinjaman baru.


8. Kurangkan penggunaan kad kredit

Korang tau tak kad kredit merupakan punca utama permohonan pinjaman direject? Dalam 10 permohonan yang direject, 6.5 daripadanya disebabkan oleh penggunaan kad kredit. Hanya kerana kad kredit ni berfungsi macam ‘duit percuma’ dimana pengguna cuma perlu bayar 5% je dari penggunaan sebulan, ramai yang end up gagal kawal perbelanjaan diorang. 

Pembelian yang belum berbayar ni dikira sebagai hutang dan bank akan ambik kira 5% dari tunggakan hutang kad kredit ni. Kalau penggunaan sampai melebihi 70% dari had yang ditetapkan, korang dikira sebagai individu berisiko tinggi walaupun ada buat pembayaran minimum 5% setiap bulan. Konfirm lah perkara ni akan jejaskan permohonan pinjaman korang. 


9. Tapi kalau takde hutang langsung pun tak boleh jugak



Kenapa pulak? Bukan ke kalau takde hutang lagi bagus supaya senang permohonan pinjaman diluluskan? Tak jugak sebenarnya. Bagi bank, kalau korang takde sebarang kemudahan kredit bermakna korang takde apa-apa rekod pembayaran semula. Susah lah untuk bank tentukan sama ada korang ni jenis yang akan bayar hutang dengan segera atau tak.

Bank tak dapat nak kenal korang sebab rekod CCRIS terlalu bersih. Tapi, janganlah risau, senang je nak selesaikan perkara ni. Buat je permohonan untuk satu atau dua kemudahan kredit. Tapi ingat, korang kena bayar semula tepat pada masanya sebelum tarikh habis tempoh. Dengan ini, akan wujud rekod yang menunjukkan rekod pembayaran hutang korang. 


10. Bayar hutang tepat pada waktunya 

Bank akan reject permohonan pinjaman korang kalau kantoi korang tak bayar hutang tepat pada masanya. Laporan CCRIS jugak akan tunjukkan sama ada korang ada buat pembayaran minimum atau penuh, lewat bayar atau mempunyai tunggakan. 

Bank akan takut untuk meluluskan pinjaman sebab terbukti yang korang jenis yang tak bayar hutang. Fikir balik, sanggup tak korang pinjamkan duit kat orang yang liat nak bayar hutang? Konfirm lah tak kan, sama lah macam bank jugak.



Dengan patuhi 10 peraturan ni, ianya akan membantu permohonan kali pertama korang diluluskan. Sekiranya ada kelemahan kat mana-mana satu peraturan, cuba perbaiki jugak kewangan peribadi sebelum korang buat pinjaman perumahan yang pertama. 

Nak tahu berapa banyak yang korang layak mohon? Check sini secara PERCUMA: Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan.


Artikel ini diolah semula dari artikel “10 peraturan pinjaman perumahan yang perlu dipatuhi, menurut seorang bekas pegawai bank” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor - iProperty



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai