Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Cecah Sampai RM3K, Rugi Tak Tuntut 9 Khairat Kematian Ni!

BY Ehsan

Updated 14 Aug 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


Pernah tak korang dengar kes jenazah kena tangguh bila nak dikebumikan, masjid tak nak uruskan solat, nak sewa van jenazah pulak cekik darah sampaikan ada mulut celupar kata, “dah mati pun menyusahkan orang!”

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Tipulah kalau korang tak sedih kan bila kena hadap situasi macam ni, lebih-lebih lagi bila kena dekat ahli keluarga sendiri. Emm... sebenarnya situasi macam ni boleh je korang atasi kalau dari awal lagi kita dah sedar apa tu khairat kematian. 
 

Khairat kematian?

Secara ringkasnya, khairat kematian ialah wang yang dikumpulkan daripada orang yang membuat bayaran tetap (pencarum) di sesebuah kawasan oleh ahli dan orang yang secara tetap atau tinggal di sesuatu kawasan masjid (anak kariah). 

Wang ni akan diberikan kepada waris yang meninggal dunia apabila berlaku kematian. Fokusnya untuk bantu proses dan kos jenazah dan boleh bantu waris teruskan kehidupan kalau ada kematian secara tiba-tiba. 
 

Habis tu, kalau duit tu guna untuk benda lain boleh ke? 
 


Sumber imej: aboutislam.net
 
Tak terkejut pun kalau masih ramai yang tak tahu dan tak sedar pasal kegunaan wang khairat kematian ni. Wang ni bukan digunakan untuk tujuan pengebumian je, tapi boleh juga digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga, kos pengangkutan, masalah kemurungan atau mana-mana yang baik untuk digunakan waris. Tak salah pun nak guna selain daripada urusan kematian bila dah selesai.  
 

Ok… kalau dah faham, meh tengok jenis-jenis khairat kematian yang boleh korang tuntut
 

1. Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
 

Korang tahu tak BSH ada sediakan khairat kematian kepada waris yang layak sebanyak RM1,000 kalau meninggal dunia dalam tempoh dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2020 dan boleh dituntut di Bank Simpanan Nasional (BSN).  
 

Skim Khairat Kematian layak bagi kategori isi rumah seperti berikut:
 


Kelayakan SKK adalah seperti berikut:
 


Hubungan waris yang layak:

  • Pasangan
  • Ibu/Bapa
  • Anak
  • Adik-beradik
  • Cucu
Maklumat lanjut layari: https://bsh.hasil.gov.my/
 

2. Khairat Kematian SSPN i-Plus 
 

Rasanya masih ramai yang samar-samar dengan SSPN i-Plus ni. SSPN i-Plus ialah satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Berhad (PTPTN) bagi tujuan penabungan pendidikan tinggi. Tapi jangan tak tahu, pelan ni pun ada sediakan perlindungan takaful tau.  

SSPN i-Plus guna konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan bergantung kepada pakej yang korang pilih. Tengok pakej dekat bawah ni:  



Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM30 sebulan. Konsepnya berlandaskan takaful dan simpanan. Sebagai contoh, bayaran RM30 sebulan akan dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu RM20 bagi simpanan dan RM10 bagi caruman takaful. Itulah perbezaan SSPN dengan SSPN i-Plus yang mana SSPN takde komitmen tapi SSPN i-Plus ada komitmen.

Bagi komitmen serendah RM30, khairat kematian yang layak dituntut adalah sebanyak RM2,500 bagi kematian pasangan dan pendeposit.

Maklumat lanjut layari: https://www.sspn.online/
 

3. Faedah Pengurusan Mayat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
 

Sumber imej: mStar

Sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pekerja yang meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Kalau takde waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian tu. 
 
Jumlah bayaran akan dibayar sama ada dalam jumlah sebenar perbelanjaan atau RM2,000 atau mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

Maklumat lanjut layari: https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/faedah-pengurusan-mayat

Baca Jugak: Langkah-Langkah Membuat Tuntutan PERKESO
 

4. Bantuan Kematian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 
 


Sumber imej: The Coverage

Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP). Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada "orang tanggungan ahli" yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).
 
*KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.

Maklumat lanjut layari: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/full/death
 

5. Khairat Kematian ASB
 

Setiap waris pendeposit ASB, ASN dan apa sahaja saham terbitan PNB layak untuk menuntut khairat kematian kalau berlaku kematian kepada pendeposit.

Malangnya, masih ramai yang tak tahu yang pewaris layak terima bantuan khairat kematian daripada ASNB bila pencarum meninggal dunia.
 

Syarat-syaratnya:
 

  • Bagi simpanan RM10 hingga RM4,999.00 - khairat kematian sebanyak RM200.
  • Simpanan RM5,000 hingga RM10,000 - khairat kematian sebanyak RM1,000.
  • Simpanan RM10,000 ke atas (maksimum 100k setiap individu) - khairat kematian sebanyak RM2,000. 
Waris boleh menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun.
 

6. Bantuan Mengurus Jenazah Anggota Jabatan Perkhidmatan Awam
 


Sumber imej: spa.pahang.gov.my

Bantuan kewangan yang diberikan kepada waris pegawai atau pihak yang menguruskan jenazah pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan atau apa-apa tujuan yang berkaitan dengan kematian tersebut. 
 

Kadar Bantuan 
 

  • bayaran Bantuan Mengurus Jenazah sebanyak RM3,000. 
  • bayaran pengangkutan jenazah mengikut kadar perbelanjaan sebenar yang munasabah dan disokong dengan resit. 
     

7. Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan Malaysia
 

Buat ahli keluarga  yang dah bersara dari kerajaan Malaysia dan meninggal dunia pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP akan diberikan bantuan sebanyak sebanyak RM 3,000.

Maklumat lanjut layari: http://www.jpapencen.gov.my/
 

8. Khairat Kematian Pungutan Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
 


Khairat ni dinamakan Skim Kafalah Muzakki, iaitu satu bentuk bantuan PPZ-MAIWP kepada pembayar zakat. Bayaran adalah sebanyak RM3,000.

Antara kriteria nak dapat skim ni adalah pembayar zakat di PPZ-MAIWP, pembayaran zakat bermula tahun 2019, bayar zakat minimum RM50 setahun, dan tuntutan perlu dibuat 6 bulan selepas kematian.

Maklumat lanjut boleh layari laman web https://www.zakat.com.my/ 
 

9. Khairat Kematian Masjid
 


Sumber imej: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan 

Pencarum yang mencarum dengan skim khairat kematian masjid mengikut kawasan atau tempat yang korang tinggal. Jumlahnya bergantung kepada masjid masing-masing. Min bagi contoh k:

Persatuan Khairat Kematian Masjid Zaid bin Haritsah 





Kalau korang keliru, pergi je masjid tempat korang tinggal, pastu tanya pasal khairat kematian ni dekat pengurusan, nanti pihak masjid explain sampai korang jelas. Senang je.  
 

Jangan lupa jugak daftar khairat kematian untuk diri sendiri dan keluarga. 
 

Ok, ni dia 9 jenis khairat kematian yang boleh korang mohon. Sebenarnya ada banyak lagi skim atau bantuan kematian yang ditawarkan dekat luar cuma korang kena rajin sikit cari dan buat research k. 

Ingat tau, bila kita menghadapi kehilangan orang tersayang, selain daripada bersedih, keperluan kewangan pun penting jugak. Kan bagus kalau kita dah bersedia dan sedar awal-awal, at least urusan korang akan jadi lebih mudah dan lancar je. Kita yang waris ni pun dapat manfaatkan apa yang sepatutnya menjadi hak kita. Jangan terlepas pandang tau!  
 

Info tambahan untuk korang
 

   Untuk memudahkan sebarang proses tuntutan, jangan lupa bawa sijil kematian, sijil nikah, kad pengenalan diri dan apa-apa yang berkaitan. Lebih elok sebaik je berlaku kematian, korang dah buat permohonan atau tuntutan. Jangan tangguh lagi!

Baca jugak:

 Korang Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 8 Perkara Ni
5 Perkara Yang Anda Harus Tahu Tentang PERKESO (SOCSO)
Apa Akan Terjadi Pada Hutang Korang Lepas Meninggal?


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
    
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)