Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Langkah-Langkah Membuat Tuntutan PERKESO

BY Team Loanstreet

Updated 23 Nov 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Kemalangan dan kecederaan boleh berlaku bila-bila, sama jugak dengan kematian. Kita hanya boleh prepare je untuk sebarang kemungkinan. Camne, korang tanya? 


Senang je, dengan pastikan korang ada perlindungan kewangan jika ada pape berlaku bila-bila masa. Salah satunya dengan make sure korang dan majikan buat caruman kat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)(dikenali jugak sebagai SOCSO) setiap bulan. Kalau ada apa-apa jadi (mintak dijauhkan lah ye), boleh lah korang claim. Kurang sikit beban kewangan. 


Dalam Belanjawan 2021 dulu pun, PM kita ada salurkan RM150 juta ke PERKESO untuk tolong pekerja yang diberhentikan sebab Covid-19 (skim insurans pekerja). Nak tahu apa langkah-langkah nak buat tuntutan PERKESO? Haa, teruskan membaca.


Tapi sebelum tu, kami nak tanya sikit...

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Korang tahu tak semua syarikat swasta kena daftar pekerja diorang dengan PERKESO dalam 30 hari pertama? 

 



Wajib ok mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.


Kiranya, majikan yang gagal daftar syarikat/pekerja bawah PERKESO dan buat caruman, diorang ni cam langgar undang-undang. Konfem kena saman kalau bawak kes ni ke mahkamah. Silap-silap, boleh masuk penjara lagi!


Sebab tu, pekerja dan majikan bertanggungjawab bayar caruman PERKESO. Kalau nak tahu, pekerja kasi lebih sikit dalam 0.5% hingga 3%. 


Contohnya, gaji korang RM2,500 dan caruman bulanan adalah 0.5%. Kiranya, setiap bulan, korang akan carum sebanyak RM12.50 setiap bulan - setahun dapat lah RM150!


Bila gaji dah lebih dari RM3,000 sebulan, pekerja dah tak wajib buat caruman. 
 

Tapi malangnya, tak semua boleh apply dan claim...

 


Antaranya adalah:
 
  • Pekerja gomen
  • Pembantu rumah
  • Pemilik perniagaan/rakan kongsi
  • Pasangan kepada pemilik perniagaan/rakan kongsi

 

Apa je skim dan manfaat perlindungan yang PERKESO ada?


Pada awalnya, PERKESO ada dua skim perlindungan buat ahli berdaftar, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pada tahun 2017 dan 2019, PERKESO perkenalkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Bencana Kerja Pekerja Asing.



  1. Skim Bencana Pekerjaan

Skim ni kasi perlindungan pada pekerja yang ada kemalangan atau penyakit khidmat yang berpunca waktu kerja. Tak kisah lah tengah kerja atau on the way, skim ni cover.

  1. Skim Keilatan

Skim ni beri perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan - ada keuzuran kekal. Contohnya, sakit teruk cam kanser, strok dan lain-lain.

  1. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

Skim ni kasi perlindungan orang yang kerja sendiri dari segala bencana pekerjaan. Termasuklah kalau dapat penyakit atau kemalangan waktu bekerja. 

  1. Skim Bencana Kerja Pekerja Asing

Skim ni adalah untuk pekerja asing. Jumlah caruman sebulan adalah 1.25% dari gaji bulanan - at least, pekerja asing dapatlah enjoy faedah kerja di negara kita ni.

 

Jadi, camne ya kalau nak buat tuntutan PERKESO?

 


INGAT: Sekiranya ada pape berlaku kat korang (baca: pekerja) dan keluarga, better buat tuntutan secepat yang mungkin. Nak senang, boleh contact jabatan sumber manusia (HR) syarikat untuk tahu proses tuntutan dia camne dari A sampai Z. 


Tapi, tak ke lagi bagus kalau korang sendiri paham proses tuntutan dia camne? Hah, ni proses buat tuntutan PERKESO:
 

  1. Check nama dan nombor kad pengenalan boleh buat tuntutan ke tak
  2. Dapatkan borang tuntutan (download je dari website PERKESO)
  3. Make sure ada laporan perubatan doktor dari hospital
  4. Hantar borang dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke PERKESO
  5. PERKESO akan kasi surat dan tarikh untuk korang hadap Jemaah Doktor Panel (kalau situasi istimewa, PERKESO akan buat lawatan)
  6. Selepas 2 hingga 3 minggu, PERKESO akan bagi jawapan - tuntutan lulus ke tak
  7. Kalau lulus, korang perlu bawa salinan buku/penyata bank supaya boleh disahkan untuk dapat duit tuntutan
  8. Sebaliknya, kalau gagal, korang boleh buat rayuan (jangan risau!)
P/s: Korang boleh buat tuntutan PERKESO dalam tempoh 12 bulan dari tarikh akhir kat sijil cuti sakit (MC)!

Selain tu, admin listkan sekali langkah-langkah buat tuntutan PERKESO yang korang perlu tahu ikut situasi…




Situasi #1: Korang makan gaji & first time nak buat tuntutan 


Kalau korang dah berjaya mohon, rawatan selepas eksiden/sakit jadi percuma kalau pergi ke klinik panel PERKESO atau hospital/klinik gomen. Yang pentingnya, korang hantar dokumen-dokumen ni:
 


Camne pulak kalau korang dapatkan rawatan kat klinik panel bukan PERKESO? Mesti nak claim bayaran tu balik, kan? Ni list dokumen yang kena ada:
 


In case korang tak boleh kerja selama 4 hari, korang layak dapat faedah hilang upaya sementara. Kiranya, korang akan dapat duit sepanjang tempoh tu (nasib baik!).
 



Situasi #2: Korang makan gaji tapi hilang upaya yang kekal


Jika benda ni berlaku, boleh buat tuntutan faedah hilang upaya kekal, tak kisahlah kehilangan upaya tu affect buat kerja ke tak. Korang hanya perlu mohon secara bertulis ke PERKESO dengan rujukan dari Jemaah Doktor. 


Jangan lupa sekalikan dokumen-dokumen ni jugak:
 

  • Laporan perubatan dari hospital/klinik yang rawat pekerja
  • Borang permohonan
  • Salinan kad pengenalan
  • Borang tuntutan - Borang 10
  • Borang PKS (F) 1 dengan maklumat caruman PERKESO dan penyata gaji
  • Butiran akaun bank pekerja buat tujuan deposit


Kadar faedah yang korang dapat dari tuntutan ni adalah 90% dari gaji bulanan (jumlah minimum RM10 ke RM88.50 sehari). Katakan lah korang tak bersetuju dengan keputusan, boleh buat rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan dalam masa 90 hari.


Lebih-lebih lagi kalau hilang 100% kemampuan bekerja, korang layak untuk terima elaun layanan sentiasa. Cuma, Jemaah Doktor kena sahkan dulu lah. Selepas tu baru korang akan terima elaun sebanyak 40% dari gaji - paling tinggi akan dapat RM500.
 

Situasi #3: Korang kerja sendiri dan nak buat tuntutan


Untuk skim pekerjaan sendiri, korang ada 1 borang je kena isi iaitu Borang Tuntutan Faedah - PS 2. Alang-alang tu, sekalikan jugak salinan pengenalan diri dan bank statement korang. Kalau korang kerja makan gaji, tengok situasi #1 dan #2, ok?



Beza untuk situasi ni adalah dia depends sebab apa korang nak tuntut - atas sebab kemalangan ke sakit atau kematian. Boleh tengok kat bawah ni:
 

  • Tuntutan kemalangan
    • Sijil cuti/nota sakit
    • Laporan polis asal (jika ada)
  • Tuntutan sakit
    • Laporan perubatan
  • Tuntutan kematian
    • Sijil kematian
    • Resit perbelanjaan pengurusan mayat
    • Dokumen sokongan hubungan dengan si mati


BACA JUGAK: Cecah Sampai RM3K, Rugi Tak Tuntut 9 Khairat Kematian Ni!


Situasi #4: Korang pekerja asing yang nak buat tuntutan


Dokumen-dokumen yang pekerja asing kena hantar lain. Ya lah, dia ikut jugak sebab kenapa nak tuntut. Kalau perlu je, masukkan. Boleh tengok kat bawah:
 

  • Tuntut kemalangan & penyakit khidmat
    • Borang notis kemalangan & penyakit khidmat pekerja asing
    • Salinan muka hadapan passport
    • Salinan permit kerja
    • Surat perakuan perubatan
    • Laporan polis asal/salinan (polis kena sahkan)
    • Laporan perubatan
    • Salinan sijil kematian (jika ada)
    • Resit perbelanjaan pengurusan mayat (jika ada)
    • Dokumen sokongan hubungan dengan si mati (jika ada)
    • Salinan penyata bank
   
  • Tuntut kos penghantaran pulang jenazah
    • Borang tuntutan kos penghantaran pulang jenazah (PPJ)
    • Salinan sijil kematian yang disahkan (jika ada)
    • Kad pengenalan penuntut/pendaftaran syarikat (ada pengesahan)
    • Resit asal kos hantar balik 
    • Salinan bank statement 
    • Dokumen pengesahan pulang jenazah dari gomen

 

Untuk makluman, sekarang ni takde sebarang had masa untuk buat tuntutan faedah PERKESO - asalkan korang penuhi segala keperluan yang dah ditetapkan. Kalau semua dah ok dan cukup, boleh proceed buat tuntutan. Bagus jugak korang tahu benda-benda ni. Nanti takde lah buat kerja 2 kali bila kena buat tuntutan PERKESO nanti.


Korang jangan lupa jugak share artikel ni, ok? Mana tau ada ahli keluarga atau member yang tak tahu lagi ke. Selamat buat tuntutan!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta