Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

i-Sinar & 8 Perkara Yang Membolehkan Korang Untuk Keluarkan Duit KWSP

BY Team Loanstreet

Updated 24 May 2021




Dulu, kami pernah bincang macam mana korang boleh guna duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pinjaman perumahan. Kali ni, kami nak kongsikan 9 lagi perkara yang boleh dimanfaatkan dari duit tersebut. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. i-Sinar

Dari Januari 2021, ahli KWSP boleh keluarkan duit dari Akaun 1 mereka melalui kemudahan i-Sinar. Pada awalnya, inisiatif ni hanya untuk pencarum yang kehilangan pekerjaan, tengah cuti tanpa gaji, atau takde sumber pendapatan lain.

Lepas tu, gomen dan KWSP decide untuk benarkan lagi ramai keluarkan duit dari Akaun 1. Ni termasuklah yang kena potong gaji dan kerja sendiri. Pencarum KWSP yang dah lama tak aktif pun boleh apply.

Tapi, baru-baru ni, gomen & KWSP decide untuk mansuhkan pulak syarat-syarat kelayakan apply i-Sinar. Mana taknya, ramai yang tak puas hati sebab diorang tak boleh nak mohon. Kiranya, semakin ramai lah pencarum yang affected boleh dapat manfaat keluarkan duit KWSP Akaun 1 - tak ke lagi bagus kalau camtu?

Permohonan tanpa syarat untuk inisiatif ni bermula pada 8 Mac 2021. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli sebulan selepas permohonan diluluskan. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
 

Jenis Situasi

Situasi A: Pencarum dah mohon sebelum 8 Mac 2021 dan dah terima bayaran interim RM1,000. Status permohonan adalah ‘sedang diproses’.

  • Automatik dapat kelulusan 
  • Boleh check status pembayaran selepas 8 Mac

Situasi B: Pencarum pun dah mohon sebelum 8 Mac 2021 tapi masih belum terima bayaran interm RM1,000. Status permohononan adalah ‘dokumen sokongan diperlukan’.

  • Automatik dapat kelulusan
  • Boleh check status pembayaran selepas 8 Mac
  • Takde terima bayaran interim - terus dapat bayaran pertama

Situasi C: Pencarum yang masih belum buat permohonan

  • Boleh buat permohonan selepas 8 Mac 2021
  • Automatik dapat kelulusan

Situasi D: Pencarum yang berumur 55 tahun ke atas dan ada baki Akaun 1 kurang dari RM150

  • Tak layak mohon i-Sinar
  • Kalau berumur 55 tahun ke atas, boleh mohon ‘Pengeluaran Umur 55 Tahun’


Had Pengeluaran

  • Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses amaun sehingga RM10,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM5,000.
  • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

 

Maklumat tambahan

  • PERHATIAN: i-Sinar bukanlah kemudahan pengeluaran macam i-Lestari tapi ia dianggap sebagai amaun pendahuluan. Pemohon i-Sinar akan diminta untuk menggantikan jumlahyang telah dikeluarkan. Ini dilakukan dengan menyalurkan 100% sumbangan KWSP korang pada masa depan ke Akaun 1 sehingga jumlah pendahuluan diisi semula. Bila dah settle, barulah sumbangan korang kembali kepada pembahagian biasa, 70% ke Akaun 1 dan 30% ke Akaun 2.
  • Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh call hotline khas i-Sinar di 03 8922 4848.


BACA JUGAK: COVID-19: Dipaksa Amek Cuti Tanpa Gaji? Ni Cara Nak Claim RM600



2. Pengeluaran Haji

Bermula tahun 2013, ahli KWSP (korang) boleh keluarkan caruman dari akaun 2 untuk tunaikan ibadah haji. Amaun yang dibenarkan pulak hanyalah cukup untuk tampung kos asas je  dan bukannya perbelanjaan seluruh ibadah. Jangan salah faham pulak. Tujuan pengeluaran ni dibenarkan sebab nak elakkan simpanan persaraan digunakan. 

Untuk layak guna manfaat ni, korang mestilah memenuhi salah satu syarat berikut, iatu:

  • Berusia kurang 55 tahun dan dah terima surat daripada Lembaga Tabung haji (LTH). dengan status ‘DIPILIH’.
  • Masih tak cukup simpanan dalam LTH. 



Had Pengeluaran

Korang boleh buat pengeluaran dengan dua cara (bergantung yang mana rendah):

  • Simpanan ahli di LTH sekiranya kos ibadah haji kurang dari RM3,000.
  • Baki akaun 2


Jumlah kos keseluruhan yang ditetapkan oleh LTH berubah mengikut tahun. Buat masa sekarang kos bagi peserta haji kali pertama adalah RM9,980 selepas disubsidikan sebanyak RM12,920. Subsidi ni hanya layak untuk yang first timer je tau. 


Maklumat Tambahan

Pengeluaran KWSP untuk tujuan haji hanya ditawarkan sekali je kepada semua ahli. 

 

3. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ni hanya layak digunakan oleh pencarum KWSP yang kehilangan upaya secara fizikal atau mental dan tak mampu untuk terus bekerja. Kedua-dua ketidakupayaan ni haruslah dinilai oleh doktor pakar dari hospital yang sama. Laporan jugak harus disediakan dan disertakan sekali dalam borang permohonan. Lagi satu, korang jugak mestilah tak bekerja untuk layak mengeluarkan duit KWSP ni. 
 

Had Pengeluaran

Keseluruhan simpanan.

Maklumat Tambahan

Selain dapat keluarkan kesemua duit simpanan, korang jugak layak untuk terima RM5,000 manfaat hilang upaya sekali seumur hidup dari KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan.

Katakan korang sihat lepas tu dan kembali bekerja lepas memohon pengeluaran hilang upaya, caruman akan berjalan macam biasa berdasarkan kadar yang ditetapkan. Korang jugak akan menerima dividen yang diumumkan pada tahun pengeluaran. 
 


4. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ni ditawarkan kat korang yang nak sambung study pada peringkat lebih tinggi di institut yang disahkan (IPT), sama ada tempatan ataupun overseas. Pengeluaran ni jugak tak limit kat ahli KWSP je, anak (kalau ada lah) pun boleh gunakan manfaat ni. Yang bestnya, korang jugak boleh gunakan untuk settlekan pinjaman pendidikan macam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN). 

Kos pendidikan yang boleh ditanggung adalah yuran pengajian, yuran penginapan dan pinjaman pendidikan. 
 

Had Pengeluaran

Jumlah yuran pengajian atau keseluruhan akaun 2 (yang mana lebih rendah)

Maklumat Tambahan

Korang boleh memohon pengeluaran bagi setiap semester ataupun ikut tahun akademik. Bagi setiap pengeluaran dibuat, korang wajib kemukakan borang permohonan beserta dokumen sokongan. 

Selain tu, korang masih boleh buat pengeluaran pendidikan walaupun dah buat bayaran kepada institusi pengajian tinggi. 

Tapi, pengeluaran ni tak sah bagi student yang terima tajaan pendidikan (biasiswa, bantuan pendidikan atau pinjaman pendidikan). 
 


5. Pengeluaran bagi pekerja yang berpencen dan bersara pilihan.

Korang yang bekerja di sektor awam dan layak untuk menerima pencen boleh membuat pengeluaran jenis ni melalui skim pengeluaran pekerja berpencen. Pengeluaran bersara secara pilihan pulak adalah untuk staf gomen yang nak bersara awal. 
 

Had Pengeluaran

Semua duit yang dicarum oleh korang, termasuklah dividen yang diperolehi, (kecuali dana yang disumbangkan oleh gomen dalam KWSP.

Maklumat Tambahan

Bagi pengeluaran pekerja berpencen, individu tersebut tak lagi dikira sebagai ahli KWSP lepas dah buat seluruh pengeluaran dari simpanan. Tapi, kalau dia sambung bekerja pulak dengan sektor swasta,, individu tersebut kena mula mencarum balik dengan menggunakan no ahli KWSP yang sama. 

Korang jugak boleh pilih untuk terus mencarum walaupun dah buat pengeluaran dengan mengisi borang KWSP 6A (1).  Kadar caruman yang ditetapkan pulak tak kurang dari RM50.00 dan tak lebih RM5,000 sebulan. Tapi, caruman tu daripada gaji korang je tau, majikan tak perlu turut serta.
 


6. Pengeluaran untuk pelaburan

Melalui skim ni, kalau korang ada simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas akaun 1 (at least RM5,000),  30% dari jumlah lebihan tersebut boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan dengan Institusi Pegurusan Dana (IPD) yang disahkan oleh Kementerian Kewangan macam Affin Hwang Asset Management Berhad dan Amanah Saham Nasional Berhad. Yang bestnya, semua pelaburan yang dijalankan melalui IPD tak dikenakan caj perkhidmatan. 

Jumlah simpanan asas mengikut umur ahli. 

Had Pengeluaran

Jumlah pengeluaran maksimum adalah berdasarkan formula :

(Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
 

Maklumat Tambahan

Bergantung kepada simpanan korang dalam akaun 1, pelaburan seterusnya hanya boleh dilakukan lepas 3 bulan dari pengeluaran pertama. Korang jugak tak boleh keluarkan dana dari pelaburan tapi dana pelaburan tersebut boleh dijual, dan duit pelaburan serta keuntungan akan dipulangkan ke akaun 1. Dividen KWSP yang akan korang terima pulak dikira berdasarkan jumlah simpanan yang tinggal dalam akaun KWSP.
 


7. Pengeluaran bagi Dana Melebihi RM 1 Juta

Korang boleh membuat pengeluaran sekiranya ada jumlah keseluruhan simpanan SEKURANG-KURANGNYA RM1.05 juta. 

Had Pengeluaran

Tak kurang dari RM50,000 dari akaun 2. Kalau tak cukup, simpanan dari akaun 1 akan digunakan. 
 

Maklumat Tambahan

Jumlah simpanan mestilah dalam bentuk tunai dalam akaun KWSP dan tak termasuk amaun pelaburan di bawah IPD. Pengeluaran jenis ni jugak hanya boleh dilakukan setiap 3 bulan dan permohonan baru mesti dikemukakan setiap kali nak buat pengeluaran. 



8. Pengeluaran Kesihatan

Bagi tujuan kesihatan, KWSP benarkan korang keluarkan simpanan akaun 2 untuk tanggung kos rawatan bagi penyakit kritikal DAN/ATAU untuk beli peralatan kesihatan, macam yang diluluskan oleh Lembaga KWSP, bagi kegunaan sendiri atau untuk ahli keluarga yang dibenarkan. 
 

Had Pengeluaran

Kos sebenar rawatan atau keseluruhan akaun 2 (yang mana lebih rendah)
 

Maklumat Tambahan

Sekiranya majikan telah support sebahagian kos rawatan, korang masih boleh keluarkan simpanan bagi sebahagian lagi baki kos rawatan, tertakluk kepada baki akaun 2. 

Senarai penyakit kritkal yang diluluskan oleh KWSP. 

 

9. Pengeluaran untuk membeli rumah

KWSP jugak benarkan korang membuat pengeluaran perumahan bagi memastikan setiap ahli mempunyai tempat tinggal selepas bersara. Terdapat dua kategori yang dibenarkan iaitu pengeluaran individu atau pengeluaran bersama.

Had pengeluaran

Mengikut mana yang lebih rendah, dengan minimum pengeluaran tak kurang RM500. 

Pembelian rumah (individu) Pembelian rumah (bersama)
Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2 Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
Pinjaman perumahan 100% Pembelian tanpa pinjaman/secara tunai
10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2 Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2
 

Maklumat Tambahan

Korang at least kena ada RM500 dalam akaun 2 untuk buat pengeluaran dan hanya boleh beli rumah dalam Malaysia je. 

Selain tu, pengeluaran ni hanya dibenarkan sekali je. Jadi, kalau buat pengeluaran lagi, korang kena jual rumah pertama tersebut atau melupuskan pemilikan, baru boleh beli rumah kedua.

Sebelum korang buat keputusan untuk beli rumah, apa kata check dulu berapa banyak kos yang terlibat dengan menggunakan Kalkulator Pinjaman Perumahan Loanstreet. Korang akan dapat gambaran yang lebih jelas berapa ansuran bulanan, bayaran duti setem dan yuran guaman yang harus dibayar. 
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pinjaman Peribadi: 5 Perkara Yang Korang Kena Tahu Bila Memohon

Pinjaman Peribadi: 5 Perkara Yang Korang Kena Tahu Bila Memohon

Apa Akan Jadi Kalau Korang Tak Bayar Balik Pinjaman PTPTN?

Apa Akan Jadi Kalau Korang Tak Bayar Balik Pinjaman PTPTN?

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?