Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Kerja Part Time Kat Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

BY Team Loanstreet

Updated 30 Jul 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Ada sebabnya kenapa Grab (dan dulunya Uber) popular sangat sebagai kerja part-time kat Malaysia. Dahlah korang boleh buat bila-bila masa yang korang nak, dan korang tak perlu skill tambahan pun. Asalkan korang ada kereta dan tak memandu macam rempit, korang boleh buat. Sekarang ni siap ada syarikat lain macam MyCar yang turut menyediakan khidmat yang sama.

Tapi itu je ke peluang pekerjaan sambilan yang ada? Dalam artikel ni, Loanstreet senaraikan benda-benda lain yang korang boleh buat untuk dapatkan duit lebih:
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Letak iklan kat kereta

 


Laman web: MyBump dan Moola
Pendapatan: Secara puratanya, RM800 setiap 35km


Selalu tak nampak teksi yang letak iklan macam-macam, terutamanya pasal Jobstreet la, Monster.com la. Sekarang tak pakai teksi pun korang boleh buat benda sama.Malah korang boleh gunakan cara ni untuk tolong korang bayar ansuran bulanan kereta.


Pelekat bagi iklan-iklan ni senang je nak pasang, dan senang nak tanggalkan tanpa merosakan cat kereta korang. Selain tu, korang boleh pilih iklan apa yang korang nak letak, jadi takdela segan kalau tiba-tiba korang kena promote iklan bra ke apa kalau korang nak menampilkan imej maskulin.

 

2. Kawan untuk disewa

 



Laman web:
RentAFriend
Pendapatan: Daripada RM42.70 setiap jam


Mungkin ada antara rakyat Malaysia yang nak cari member untuk main DoTa, takpun untuk 'menempah' boyfriend/girlfriend waktu raya supaya sedara-mara korang tak sibuk bertanya kenapa korang single. Dengan RentAFriend, korang boleh dibayar untuk menjadi 'pasangan' tersebut.


Kami buat carian kat Petaling Jaya dan jumpa ramai orang yang menawarkan macam-macam perkhidmatan termasuklah jadi pemandu pelancong, tukang alih bahasa, tolong bersihkan rumah pun ada.
 

3. Jadi maskot

 

 

Laman web: GigExchange, Indeed, dan Facebook   
Pendapatan: RM12 -RM25 setiap jam


Ini bukanlah calang-calang kerja. Pertama sekali, korang kena ada ketinggian yang sesuai untuk masuk dalam kostum. Keduanya, korang kena tahu macam mana nak menghiburkan orang ramai, sentiasa bertenaga, dan pandai melayan budak-budak yang riuh dan banyak perangai. Sememangnya pekerjaan yang menguji kecergasan, minda, dan rohani.
 

4. Tolong jaga kucing/anjing


Laman web: Petsodia, PetBacker, dan TrustedHousesitters
Pendapatan: RM20 ke RM60 setiap haiwan/hari


Kalau korang jenis gila kucing atau apa-apa jenis haiwan peliharaan, inilah masanya korang bersinar.


PetBacker dan TrustedHousesitters adalah dua website antarabgnsa yang terkenal untuk pet-sitting, manakala Petsodia pula adalah website tempatan, jadi korang tengoklah mana yang sesuai. Jadi tak payahlah nak pergi pet cafe untuk bermain dengan Si Tompoh dan Si Hitam, korang boleh kena bayar terus untuk jaga mereka. 
 

5. Beratur untuk orang lain

 


Laman web: Tiada
Pendapatan: Berbeza-beza

Inilah masanya untuk korang goyang kaki sambil buat duit. Sekarang macam-macam jenis orang sanggup beratur untuk dapatkan iPhone yang paling terbaru ataupun tiket konsert, jadi korang boleh tawarkan tubuh korang yang muda dan gagah perkara untuk ambil tempat mereka. 


Malangnya, kebanyakan website yang ada adalah website yang untuk tujuan ni ada kat negara lain je macam TaskRabbit. Tapi kalau korang memang jenis perhati trend terbaru kat Malaysia ni, korang mungkin boleh tawarkan perkhidmatan korang untuk duit lebih.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

loanstreet-apa-nak-buat-kalau-hilang-pasport-malaysia-di-luar-negara

Alamak! Pasport M’sia Saya Hilang Semasa Melancong. Apa Nak Buat?

Mampukah Korang Jatuh Sakit di Malaysia?

Mampukah Korang Jatuh Sakit di Malaysia?