Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Harga Minyak RON95, RON97, dan Diesel Hari Ini

Updated 19 Oct 2018 – By MK Zainal


Ini kronologi naik turun harga minyak semenjak subsidi dimansuhkan pada Disember 2014 di bawah kerajaan Najib Razak:

  • Sebelum pemansuhan: RM2.30 seliter bagi RON95 dan RM2.20 seliter bagi diesel
  • Selepas pemansuhan (paling rendah): RM1.89 seliter bagi RON95 dan RM1.84 seliter bagi diesel
  • Selepas pemansuhan (paling tinggi): RM2.31 seliter bagi RON95 dan RM2.21 bagi diesel
  • (Harga bagi RON97 kekal terapung sepanjang tempoh ini)

Selepas kerajaan Tun Mahathir kembali alih, harga RON95 dan diesel kembali ditetapkan, dan harga RON97 kekal terapung. Jadi ini harga minyak terkini yang akan kami kemas kini setiap minggu:

Apa harga minyak yang terkini di Malaysia?

Setakat ni, harga RON97 memang masih jauh lagi bezanya dengan RON95. Tapi kalau beza seposen dua pun, berbaloi ke isi guna minyak hijau ni?

Ini dua salah anggap yang selalu dibangkitkan pasal RON97

1. RON97 tak semestinya tingkatkan prestasi enjin korang

Sebelum tu korang kena faham apa itu RON dan macam mana dia dapat gred masing-masing.

RON ni adalah singkatan bagi Research Octane Number, dan gred masing-masing diberikan bergantung kepada kebolehan dia untuk tahan kepadatan yang lebih tinggi (high compression level) yang membolehkan lebih banyak kuasa dijana. Biasanya cuma kereta mewah je yang dibina untuk RON97 ni, dengan kapasiti enjin melebihi 2,500 cc.

Jadi kalau korang pakai Mazda SkyActiv atau Ferrarri 458 Speciale tapi isi RON95, minyak tu mungkin tak mampu menahan "auto-ignition" dan "knocking", dan boleh merosakkan enjin dalam jangka masa panjang. Sebab tu dia kena guna RON97. Dah lah beli kereta pun mahal, bayar minyak pun mahal.

Tapi bagi kebanyakan kereta lain, hampir takde beza pun daripada segi prestasi.

2. RON97 tak semestinya buat minyak korang tahan lebih lama

Satu lagi tanggapan umum pasal RON 97 adalah ia boleh buat minyak korang lebih tahan lama kalau korang nak jalan jauh. Perkara ni takdelah hitam putih seperti yang disangka, sebab ia masih bergantung kepada spesifikasi kereta. Paultan.org ada buat test drive sampai habis tangki dengan kedua-dua minyak ni, dan mereka dapati RON95 masih pilihan terbaik daripada segi penjimatan.

Sebenarnya, perkara paling besar yang mempengaruhi penggunaan minyak orang tahan adalah cara korang memandu. Kalau korang brek dan pecut mengejut, lepas tu selalu cucuk belakang kereta orang, memang cepatlah minyak korang habis. Tapi kalau korang pecut dan brek beransur-ansur, dan sentiasa ingat orang tersayang insyaAllah boleh tahan sampai ke kampung.

Jadi guna RON95 atau RON97?

Bagi kebanyakan kita rakyat jelata yang guna MyVi dan Toyota bayar ansuran 9 tahun ni, RON95 dah mencukupi. Kalau korang nak double check, boleh semak manual kereta macam gambar di bawah:

Jadi pakat-pakat kongsilah artikel ni dengan sanak sedara ye. Akhir kata, berhati-hati di jalan raya, kalau tidak tak sempat raya!

Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

Road tax Mati? Ini 5 Cara Nak Elakkan Kena Roadblock JPJ/Polis

Road tax Mati? Ini 7 Cara Nak Elakkan Kena Roadblock JPJ/Polis

Cara kesan elak Macau Scam

"Rasa Macam Ada Tak Kena, Tapi Takut Sangat Nak Letak Telefon"

App bayar parking Selangor

Kini Ada App untuk Parking, Tak Perlu Beli Kupon Dah