Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Perkara Korang Kena Tahu Tentang PERKESO (SOCSO)

BY Team Loanstreet

Updated 15 Jan 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
 

Tanya je sesiapa, konfem ramai tahu apa fungsi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Cuba try tanya pasal Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau SOCSO pulak - mesti ada yang masih tak tahu. 


Entah-entah ada yang tak perasan pun korang carum gaji bulanan tu ke PERKESO. Ish, ish, tak patut, tak patut…


Ni kami nak explain apa sebenarnya korang bayar bulan-bulan tu. Jom tengok apa fungsi PERKESO ke rakyat-rakyat marhaen cam kita ni.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jap, apa sebenarnya manfaat PERKESO ni?

 

Dia camni - PERKESO ditubuhkan untuk bagi bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau jatuh sakit. Lagi-lagi, bila kejadian tu kurangkan kebolehan diorang bekerja. PERKESO pun offer jugak bantuan pada ahli tanggungan pekerja melalui pencen sekiranya berlaku kematian. 
 

Kalau nak tahu, faedah-faedah bawah skim ni dibahagikan kepada tiga iaitu Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan dan Skim Bencana Kerja Pekerja Asing.



Skim Bencana Pekerjaan:

 

Skim ni beri perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja.
 

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan


P/s: Satu lagi perkara penting yang korang kena ingat adalah walaupun pekerja sudah berhenti buat caruman pada PERKESO, diorang ni masih dilindungi. Asalkan cukup syarat. Ya lah, dah penat buat caruman, takkan tak dapat pape. 
 

Skim Keilatan:

 

Skim ni lindung pekerja yang hilang upaya/meninggal dunia atas sebab yang takde kaitan dengan kerja. Senang citer, keilatan adalah bila pekerja uzur dan tak mampu capai satu pertiga dari keupayaan yang dulu - boleh jadi kekal dan tak boleh sembuh.
 

Faedah-faedah bawah skim ni adalah:
 

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Pencen Penakat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional/Return To Work (RTW)/Dialisis
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan


In case korang tak tahu, pencen penakat ni pun penting bagi yang fikir pencen akan stop selepas pekerja meninggal dunia. Dengan skim ni lah, ahli keluarga tanggungan boleh mohon pencen diteruskan kepada mereka.
 

Skim Bencana Kerja Pekerja Asing:

 

Skim ni pulak lindung pekerja asing di Malaysia kecuali pembantu rumah. Caruman bagi skim ni ditetapkan pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan dan dibayar setiap bulan oleh majikan.


Faedah bagi skim ni adalah:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan (kecuali Dialisis, Vokasional & RTW)


Kalau kerja sendiri, tak dapat skim PERKESO ke?

 

Hah, admin ada berita baik untuk korang! Pada tahun 2017, PERKESO perkenalkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Skim ni pun dah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.



Yang bagusnya pasal skim ni, korang boleh pilih untuk nak bayar caruman secara bulanan atau tahunan. Memang ikut kemampuan korang. Kalau tak mampu, boleh slow-slow simpan duit dalam setahun tu. Bagus betul, kalau camtu!


Siapa je yang layak untuk skim ni?
 

  • Warganegara Malaysia/permastautin (tanpa kira umur)
  • Individu yang mencari nafkah dengan kerja sendiri


Antara faedah dalam skim ni adalah:
 

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
  • Faedah Pendidikan

 

PERKESO ada Pemeriksaan Kesihatan Percuma jugak?


Eh, ada! PERKESO akan bagi baucar pemeriksaan kesihatan percuma pada orang berinsurans PERKESO. Cuma, syarat dia adalah korang masih aktif kerja dan berumur 40 tahun ke atas.



Ni apa yang korang perlu tahu sal program ni:
 

  • Boleh check kat klinik yang berdaftar dengan portal sehat PERKESO sebagai klinik panel Program Saringan Kesihatan
  • Majikan akan edarkan baucar ke pekerja-pekerja yang berkaitan
  • Ada dua jenis baucar: 
    • (1) Baucar saringan kesihatan untuk lelaki dan wanita
    • (2) Baucar tambahan untuk pemeriksaan mamogram bagi wanita


Tak dapat nafikan yang program ni memang berguna. Ya lah, tahu tak Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO yang buat swab test untuk check dapat Covid-19 ke tak? Haa, dia cam sambungan dari pemeriksaan kesihatan percuma ni lah!

 

Wajib ke semua buat caruman PERKESO?


Kalau korang kerja kat syarikat swasta, wajib. Siap kena daftar dalam 90 hari lepas korang start kerja. Kalau majikan gagal daftar dan buat caruman, diorang dikira langgar undang-undang kot!


Caruman PERKESO ni jadi tak wajib bila korang dah berpendapatan RM3,000 ke atas. Kalau belum capai lagi, nak tak nak, kena gak buat caruman!


Walaupun camtu, ahli PERKESO yang dah menyumbang kepada PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya dah lebih dari RM3,000. 
 

Berapa je korang kena carum ke PERKESO?

 


Sebelum admin jelaskan lebih lanjut, korang kena tahu dulu PERKESO ada dua jenis caruman - Caruman Jenis Pertama dan Caruman Jenis Kedua. 


Jenis Pertama : Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan
 

  • Pekerja yang belum berumur 60 tahun dicarumkan bawah kategori ni
  • Kadar sumbangan skim ni hanya 0.5% dari gaji bulanan, majikan kena 1.75% 


Jenis Kedua : Skim Bencana Pekerjaan Sahaja
 

  • Pekerja berumur 60 tahun ke atas dan masih bekerja
  • Pekerja baru berumur 55 tahun akan carum bawah kategori ni
  • Majikan je akan carum dalam skim ni, iaitu sebanyak 1.25% dari gaji pekerja


Kalau nak lagi clear, boleh tengok table kat bawah ni…
 

Jenis Caruman Gaji Semasa  Caruman Majikan Caruman Pekerja Jumlah Caruman
Caruman Jenis Pertama
RM 2,500
RM 42.85 RM 12.25 RM 55.10
Caruman Jenis Kedua RM 2,500 RM 30.60   - RM 30.60


Katakan korang kerja sendiri, cam admin sebut tadi - boleh pilih nak bayar setiap bulan atau setiap tahun. Contoh lah kan, pendapatan bulanan korang adalah RM2,500. Kalau carum setiap bulan, hanya perlu bayar RM31.25 je. Kalau setiap tahun, kena bayar RM375.


Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat website PERKESO.


Sebagai pencarum, kita patut ambik tahu segala benda ni. Dah kita bayar bulan-bulan, hak kita lah kan? Tak guna, rugi kot - lagi-lagi benda free. Sebab tu, jangan sesekali lepaskan kelebihan ni!


Korang tu, jangan baca je. Share sekali artikel ni dengan family ngan member korang. Biar semua dapat manfaat!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 



 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)