1. “Perlu ke pinjam PTPTN?”
Jawapan ringkasnya, ya. Kadar faedah PTPTN amatlah rendah berbanding dengan pinjaman pelajaran yang ditawarkan oleh bank dan kemudahan kredit yang lain. Tambah lagi, kadar kelulusan PTPTN adalah tinggi dan pinjaman ni nanti dapat mengurangkan beban ibu bapa korang.
2. “Patut tak saya jelaskan pinjaman PTPTN lebih awal?”
Kadar faedah PTPTN sekarang ni cuma 1% je. Kalau pinjam RM50,000 untuk bayar dalam 15 tahun, bayar awal pun tak banyak jimat faedah sebab kadar dia rendah sangat. Kalau tengok result dari kalkulator kami, better korang pergi simpan duit tu dalam akaun deposit tetap bank, sana faedah dia boleh sampai 3-4%. Dapat untung lebih banyak daripada bayar PTPTN awal.
Tapi, kadang-kadang korang boleh dapat faedah kalau bayar awal sebab ada kalanya kerajaan akan tawarkan diskaun bila buat pembayaran awal. Macam baru-baru ni di bawah Bajet 2024, kerajaan tawarkan diskaun sebanyak 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dengan sekali bayaran.
3. “Boleh ke mohon PTPTN even dah dapat biasiswa atau penajaan?”
Kalau korang dapat diskaun atau ditaja oleh universiti, besar kemungkinan korang masih layak untuk buat pinjaman PTPTN. Tapi, kalau korang terima tajaan daripada pihak ketiga, biasanya dalam kontrak tu pihak tajaan tak benarkan korang mohon pinjaman dari PTPTN.
Korang boleh double check dengan pihak universiti untuk sahkan sama ada korang layak mohon PTPTN.
4. “Macam mana nak dikecualikan daripada pembayaran balik PTPTN?”
Korang boleh dikecualikan daripada pembayaran balik sekiranya korang tamat pengajian dengan ijazah kelas pertama. Kalau korang dah dapat diskaun yuran pengajian dan juga mencapai ijazah tahap pertama,korang dah jimat duit untuk bayar yuran dan tambah lagi korang dapat duit lagi duit perbelanjaan PTPTN.. So, korang jadikanlah ni sebagai motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh!
Kriteria-kriteria pengecualian PTPTN ialah:
a) Penerima pinjaman PTPTN mengambil pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa.
b) Penerima telah menamatkan pengajian dalam tempoh yang dinyatakan dalam perjanjian pembiayaan. Jika anda telah mencapai PNGK 4.00 tetapi pengajian anda dipanjangkan untuk satu semester, anda tidak layak mendapatkan pengecualian!
c) Pembiayaan PTPTN tidak bertindih dengan penajaan lain.
d) Pembiayaan penerima perlu mengemukakan permohonan yang lengkap dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh konvokesyen.
e) Kursus yang diambil telah diiktiraf oleh MQA.
Bagi yang tidak mengambil berat tentang gred pengajian, korang perlu berhati-hati. Sekiranya skor PNGK korangdi bawah 2.0, pinjaman PTPTN korangakan dibatalkan selama-lamanya! Lebih baik korang mensasarkan kepujian kelas pertama.
5. “Apa kesan kalau tak bayar balik?”
Peminjam PTPTN akan disenaraihitamkan jika mereka gagal untuk membuat apa-apa pembayaran selepas beberapa notis peringatan. Hal ini akan mengakibatkan peminjam PTPTN disekat semasa ingin ke luar negara atau memperbaharui pasport mereka.
Jumlah terkini peminjam PTPTN yang berada dalam senarai hitam perjalanan melebihi 85,000 orang. Selain itu, kerajaan juga telah memberi amaran bahawa peminjam PTPTN yang langsung tidak membuat pembayaran mungkin akan disenaraihitamkan di bawah CCRIS.
Hal ini menjejaskan penilaian kredit sekiranya korang nak dapatkan pinjaman perumahan pada masa hadapan. Kami menggalakkan korang membuat bayaran konsisten untuk mengelakkan nama anda daripada disenaraihitamkan. Inisiatif tersebut pastinya berbaloi.
6. “Selain permohonan PTPTN, adakah apa-apa kebaikan lain yang boleh dinikmati dengan membuka akaun SSPN?”
Ibu bapa yang simpan duit dalam akaun SSPN atas nama anak-anak mereka boleh dapat insentif pelepasan cukai sampai RM6,000 setahun. Kalau mereka failkan cukai sendiri, mereka boleh dapat pelepasan cukai sampai RM6,000 masing-masing. Kalau mereka decide nak failkan cukai bersama-sama, mereka boleh dapat pelepasan cukai bersama sampai RM6,000.
Lunaskan hutang korang
Usaha kerajaan nak bagi PTPTN kat pelajar ni memang bagus. Jadi kita sebagai peminjam kena fikir panjang pasal sistem pinjaman ni. Kalau korang tak bayar hutang PTPTN, boleh susahkan generasi akan datang yang nak buat pinjaman lepas ni. Risiko kena disenarai hitam pun ada.
So, jaga tanggungjawab, baik untuk diri sendiri dan masa depan generasi kita. Kerjasama dari semua pihak penting untuk bantu mereka yang memerlukan.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: