Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Apa Lagi Manfaat SSPN Yang Korang Boleh Enjoy?

BY Hakimie Amrie

Updated 21 Jan 2020




Bila dengar je pasal Skim Simpanan Pendidikan SSPN ni, semua orang tahu benda ni adalah sebuah bentuk simpanan pendidikan yang ditubuhkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN). 

Jadi, kalau korang bercadang nak buat pinjaman PTPTN ni, korang WAJIB kena ada akaun SSPN. Syarat ni ditetapkan untuk elak peminjam gagal bayar hutang.Simpanan SSPN yang ada tu akan digunakan untuk settlekan hutang lepas habis study nanti. 

Tapi, skim ni bukanlah sekadar tabung simpanan untuk pendidikan je tau. Selain  diwujudkan untuk elak jumlah peminjam yang gagal bayar daripada terus meningkat, SSPN jugak boleh bantu kewangan korang. 

Jadi, nak tau apa manfaat yang ditawarkan oleh SSPN? Kenalah baca artikel ni sampai habis. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Pelepasan taksiran cukai

Mengikut Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar & Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, pencarum boleh dapat pelepasan taksiran cukai bagi simpanan bersih tahunan sehingga RM8,000 bagi kedua-dua jenis akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus. 



Tak cukup dengan tu, bagi pencarum akaun SSPN-i Plus, korang boleh enjoy tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM11,000 bagi sumbangan Takaful. Jadi, mana yang ada anak tu, cepat-cepatlah bukak akaun untuk anak sebab penyertaan dibukak seawal umur 1 hari. Bukan tu je, skim ni jugak tak berisiko sebab simpanan SSPN dijamin oleh gomen dan patuh syariah. 
 


2. Dividen tak dikenakan cukai

Selain dapat pelepasan taksiran, dividen yang korang terima bagi kedua-dua jenis akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus jugak tak akan dikenakan cukai. Jadi, selagi ada duit dalam akaun simpanan, selagi tu lah korang boleh enjoy kadar dividen 4% setahun. Yang bestnya, kadar dividen yang diberikan adalah lagi tinggi dari kadar bunga pinjaman PTPTN. 

Katakan korang buat caruman minimum setiap bulan iaitu RM30, dalam setahun korang dah berjaya simpan sebanyak RM360. Jadinya, jumlah dividen yang korang akan dapat adalah sebanyak:

Jumlah dividen:
4% X RM360 = RM14.40

Maknanya, korang akan ada simpanan sebanyak RM374.40 setahun. Memang lah jumlah tu tak nampak banyak, tapi kalau korang simpan selama 5 tahun? Atau 10 tahun? 20 tahun? Lagi banyak korang simpan, lagi besarlah jumlah dividen yang korang dapat nikmati. 


 


3. Perlindungan Takaful sehingga RM1 juta

Pencarum, pasangan dan anak boleh menikmati perlindungan Takaful Komprehensif serta merta bila bukak akaun SSPN-i Plus. Bagi akaun SSPN-i pulak, perlindungan akan diberikan bila simpanan cukup RM1,000. Yang senangnya pasal perlindungan Takaful ni, korang dan waris (pasangan dan anak)  tak perlu buat pemeriksaan kesihatan pun untuk enjoy manfaat ni. 


Sumber: Berita Harian

Antara kelebihan yang ditawarkan termasuklah perlindungan sehingga RM1 juta sekali seumur hidup sekiranya korang dan waris menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Tak cukup dengan tu, elaun masuk hospital jugak akan diberikan sehingga RM200 sehari.  

Tambahan lagi, sekiranya pencarum meninggal dunia, perlindungan takaful akan diberikan kepada waris. Buktinya, pada tahun 2017, seorang cikgu terima manfaat sebanyak RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia. Menurut cikgu tersebut, dia tak menyangka akan dapat duit sebanyak tu sebab dia hanya buat caruman minimum je tiap-tiap bulan. 


4. Menerima bantuan Khairat kematian 

Tak cukup dengan manfaat takaful, sekiranya berlaku kematian sama ada pada pencarum, waris  akan terima pampasan. Jumlah yang boleh dituntut pulak bergantung pada pakej. 

Kita amik contoh pakej Delima SSPN-i Plus, jumlah keseluruhan pampasan yang waris akan terima adalah sebanyak RM100,000. Bantuan Khairat kematian jugak diberikan kepada setiap akaun yang ada. Maksudnya kat sini, sekiranya korang ada 5 orang anak dan korang bukak akaun SSPN bagi setiap seorang, sekiranya berlaku kematian, setiap anak korang akan terima pampasan. 

Tengok pengiraan ni untuk faham:
RM100,000 / 5 orang anak
= RM20,000

Maknanya, setiap anak orang akan terima pampasan sebanyak RM20,000. Tapi itu untuk pakej Delima SSPN-i Plus je sebab kadar pampasan bagi setiap pakej adalah berbeza. Klik sini untuk tahu jumlah pampasan kematian bagi pakej lain.
 


Dah tu, apa tunggu lagi? Bukak lah akaun SSPN cepat

Serius, korang tak boleh bagi alasan takde duit atau tak mampu sebab simpanan SSPN ni serendah RM1 je sehari (caruman minimum RM30 sebulan bagi akaun SSPN-i Plus termasuk RM10 untuk sumbangan Takaful).



Tapi takpe, kalau RM30 tu masih lagi banyak untuk korang, bukaklah akaun SSPN-i sebab takde sebarang caruman minimum pun dikenakan. Korang jugak tak wajib buat bayaran Takaful setiap bulan. 

Bagi yang berniat nak bukak sebuah akaun simpanan untuk anak-anak,  bawak RM20 sebagai bayaran pendaftaran dan pergi je kat mana-mana kaunter cawangan PTPTN kat Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, CIMB Bank, Maybank dan Pos Malaysia. 

Selain borang permohonan, ada beberapa dokumen lagi yang korang kena sediakan macam salinan MyKad anak korang dan salinan slip gaji korang. Kalau nak senang lagi, buat je secara online, klik sini untuk buat permohonan. 

Selamat menyimpan!


Baca Jugak:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia