Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Apa beza SST dan GST? Ini 5 Perkara Yang Ramai Salah Faham

BY MK Zainal

Updated 11 Aug 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Sebelum kita mula artikel ni, ini dia perbezaan ringkas antara sistem percukaian GST dan SST. Buat tatapan umum, sesuai untuk semua lapisan masyarakat:
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Goods and Services Tax (GST) Sales and Service Tax (SST)
Cukai berperingkat bagi semua pihak di rantaian bekalan, peniaga boleh claim balik GST Cukai di peringkat kilang sahaja
Skop pelaksanaan yang luas, hampir semua barang dikenakan dengan GST (kecuali dinyatakan) Dikenakan pada produk dikilangkan dan produk diimport tertentu sahaja, serta perkhidmatan tertentu sahaja. 
  • Kadar: 6%
  • Sesetengah bekalan dikenakan GST sifar atau dikecualikan
  • Cukai jualan: 5% atau 10% 
  • Caj perkhidmatan: 6% atau 8%
Merangkumi 60% daripada Kumpulan Barangan dan Perkhidmatan Indeks Pengguna

Merangkumi 38% daripada Kumpulan Barangan dan Perkhidmatan Indeks Pengguna

Bila Menteri Kewangan mengumumkan yang SST akan diperkenalkan semula untuk menggantikan GST dulu,ramailah netizen yang tiba-tiba jadi pakar percukaian dan buat kira-kira tentang mana satu yang akan buatkan barang jadi lagi murah. Masalahnya, kira-kira ni semua adalah berdasarkan teori sahaja, dan cuma relevan di dunia sempurna. 

Sekarang dah lebih 6 tahun SST dilaksanakan, dan bermula Julai 2025, kerajaan memperluaskan skop cukai perkhidmatan dan mengemas kini senarai barangan kena cukai. Jadi ini antara soalan yang kita boleh bincangkan: 
 

1. Boleh ke korang dikenakan kedua-dua cukai 10% dan 6%?

 


Secara teknikalnya, pengguna hanya membayar cukai 6% bagi perkhidmatan yang tertentu. Cukai 10% tu pulak hanya dikenakan di peringkat kilang.

Tapi sesetengah orang memang nak kira daripada awal rantaian bekalan. Katakanlah korang beli air tongkat ali kat restoran lima bintang, air tu dah kena cukai jualan 10% kat kilang, lepas tu restoran kenakan lagi cukai perkhidmatan 6%. Walaupun cukai ke atas pengguna bukanlah 16%, ada yang anggap harga akhir dah dipengaruhi oleh cukai awal.


Tapi GST pun boleh sebabkan harga yang mahal jugak. Dengan GST, setiap pihak kena bayar cukai 6% yang mereka boleh claim balik daripada kerajaan. Tapi proses claim balik ni ambil masa. Tiap-tiap bulan kena bayar 6% kat kerajaan, tapi lepas berbulan-bulan baru dapat bayaran balik. Jadi ada peniaga yang tingkatkan harga untuk jaga cashflow masing-masing. 


Pendek kata, janganlah order air tongkat ali kat restoran lima bintang.
 

2. Betul ke cukai jualan dikenakan di satu peringkat sahaja?

 

Kerajaan menyatakan caj jualan 10% akan dikenakan ke atas produk yang dikilangkan dan produk import yang tertentu sahaja. Tapi macam mana pulak kalau kilang tu guna barang daripada kilang yang lain? Kalau kilang laptop Acer beli microchip daripada kilang Intel, kena cukai jualan dua kali ke?


Buat masa sekarang kita hanya boleh menunggu Rang Undang-undang untuk tahu apa yang dicukaikan dan apa yang tidak.
 

3. Boleh ke peniaga kenakan caj lain selepas SST?

 


Ya, boleh. GST atau SST adalah cukai yang dibayar kepada kerajaan. Tapi ada sesetengah peniaga yang mengenakan caj perkhidmatan yang mereka gunakan untuk pekerja masing-masing (kira macam upah atau tip la). Selalunya jenis perniagaan yang terlibat adalah 'hospitality' macam restoran, hotel, dan spa. Mereka boleh tetapkan caj perkhidmatan sendiri, tapi masih perlu dinyatakan kepada pengguna (biasanya dalam bil/invois).


Kenapa tak naikkan gaji pekerja terus? Sebabnya, oleh kerana caj ni bergantung kepada hasil jualan/perkhidmatan, ia akan menaikkan semangat mereka untuk bekerja keras. 

 

4. Adakah harga barang akan lebih murah lepas SST?

 


Ini soalan yang paling ramai nak tahu sebenarnya, tapi paling susah nak jawab. Sebab tak kiralah cukai apa pun yang dilaksanakan, peniaga masih boleh guna pelbagai alasan untuk naikkan harga.

Apa yang kita tahu, setakat ni kerajaan mengenakan SST kepada 38% bakul barangan  berbanding GST yang melibatkan 60% bakul barangan. Ini bermaksud, majoriti barangan keperluan harian masih dikecualikan cukai. Antara barangan yang dikekalkan dengan kadar sifar SST termasuklah sardin, susu formula bayi dan barangan asas seperti minyak masak, gula, garam, ayam, dan ikan.
 

5. Betul ke sistem GST lebih telus daripada SST?

 

 

Ya, seperti yang disahkan oleh Menteri Kewangan pada masa itu sendiri. Sistem GST lebih telus sebab setiap pihak dalam rantaian bekalan nak tuntut balik cukai yang dibayar. Dengan SST, mana-mana pihak (yang bukan pengilang) boleh naikkan harga sesuka hati, malah pengilang boleh berpakat dengan syarikat-syarikat lain untuk lari daripada cukai.

 

Tapi seperti yang dinyatakan tadi, perlaksanaan GST sebelum ini adalah tidak efisien. Peniaga kena tunggu berbulan-bulan untuk claim GST. Malah ada peniaga-peniaga kecil yang tak berdaftar pun dengan GST sebab tak mampu nak bayar kos mengambil akauntan, melatih pekerja, pergi kursus dan sebagainya.

 

SST boleh dilaksanakan selagi mendapat pantauan teliti

 

Regulasi baharu SST 2025 menunjukkan kerajaan makin serius dalam memperkemas sistem cukai ni lebih banyak perkhidmatan kini dikenakan SST, dan senarai pengecualian dikemas kini dari semasa ke semasa. 

 

Tapi pemantauan tetap penting untuk elak peniaga memanipulasi dan menaikkan harga sesuka hati mereka. Pengguna pun kena mainkan peranan kalau korang  rasa harga naik tak munasabah, lapor je terus ke KPDN. Jangan tunggu viral kat Facebook je

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Kerja part-time Malaysia

5 Kerja Part Time Kat Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

loanstreet-apa-nak-buat-kalau-hilang-pasport-malaysia-di-luar-negara

Alamak! Pasport M’sia Saya Hilang Semasa Melancong. Apa Nak Buat?