Kenapa pelaburan ASB dan ASN ni popular?
- Prestasi pelaburan yang konsisten dengan kadar dividen setinggi 7% hingga 10%
- Dividen dan bonus dikecualikan cukai
- Pelaburan dijamin oleh kerajaan
- Penjualan unit boleh dilakukan bila – bila masa bagi yang memerlukan tunai
- Terdapat lebih daripada 2,000 cawangan ejen di seluruh negara
- Antara agen-agen terlibat adalah Maybank, CIMB, RHB, BSN, Affin Ambank, Pos Malaysia
- Kebanyakan agen menyediakan medium pelaburan yang pantas dan mudah melalui khidmat atas talian
Apa status pelaburan ASB dan ASN ni? Haram ke tak?

Status pelaburan ASB dan ASN ni mula menjadi perhatian umum apabila terdapat percanggahan diantara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI). Jom kita fahami apa perbezaan fungsi dan kaedah yang dipakai oleh SC dan MKI terlih dahulu.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Salah satu peranan SC adalah membuat keputusan samada sesuatu sekuriti diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tak adalah dengan mengikut garis panduan yang dikenali sebagai kaedah “kuatitatif”. Ada 2 perkara yang diambil kira:- Tanda Aras Aktiviti Perniagaan
- Tanda Aras Nisbah Kewangan
Tunai yang disimpan dalam akaun konvensional (mempunyai unsur riba) tidak boleh melebihi 33% daripada kedudukan penyata kewangan syarikat
Hutang ke atas jumlah aset
Hutang yang dibayar sekali dengan faedah (mempunyai unsur riba) tidak boleh melebihi 33% daripada kedudukan penyata kewangan syarikat
Oleh itu, apabila tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan menepati garis panduan syariah yang ditetapkan oleh SC, maka sekuriti syarikat tersebut dikalsifikasikan sebagai patuh syariah.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)
MKI ni pulak bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan menyelaraskan hukum yang berkaitan dengan agama Islam di peringkat nasional melibatkan kepentingan seluruh umat Islam. Kaedah ketetapan hukum yang digunapakai adalah kaedah “istinbat” iaitu membuat keputusan hukum syarak berpandukan al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas, serta dalil-dalil lain. MKI juga mengambil kira kepentingan umum, keperluan dan maqasid syariyyah dan siasah syar’iyyah.Macam mana boleh ada pertikaian status pelaburan ASB dan ASN ni?
Setakat November 2018 , SC masih mengklasifikasikan pelaburan ASB dan ASN sebagai tidak patuh syariah kerana tak menepati garis panduan patuh syariah yang ditetapkan oleh SC.
Tapi, MKI pulak fatwakan bahawa hukum pelaburan ASB dan ASN ni adalah HARUS sejak tahun 2008. MKI berpendapat bahawa PNB sebagai pengurus dana ASB dan ASN tidak melabur dalam sektor berkaitan arak mahupun judi. 70% pelaburan PNB adalah menepati syariah. Hanya 30% sahaja dana dilaburkan dalam sektor kewangan (Maybank) dimana sekuriti Maybank adalah tidak patuh syariah. Pelaburan dalam sektor halal adalah lebih banyak daripada sektor yang haram disokong oleh Kenyataan Media yang dikeluarkan pengerusi MKI pada 2014.
Habis tu, boleh ke tak melabur dalam ASB dan ASN?

SC dan MKI adalah dua badan berkuasa dalam bidang masing – masing. SC boleh menyenaraikan mana-mana sekeruti sebagai patuh syariah atau tidak patuh syariah mengikut garis panduan yang ditetapkan SC. ASB dan ASN tidak terkecuali daripada garis panduan tersebut. Tapi perlu diingatkan bahawa status sekuriti boleh berubah-ubah daripada tidak patuh syariah kepada patuh syariah dan sebaliknya sekiranya garis panduan SC berubah atau berlaku penstrukturan semula aktiviti sesebuah syarikat.
Keputusan hukum yang dikeluarkan oleh MKI pulak adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama’i dan persetujuan semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada mufti, alim ulama' dan pakar dalam pelbagai bidang, berasaskan kepada kajian pakar-pakar ekonomi Islam dan penjelasan terperinci oleh Majlis Penasihat Shariah PNB tanpa terikat dengan garis panduan SC. Oleh itu, MKI membuat keputusan pelaburan dalam ASB dan ASN adalah HARUS.
Ha... dah faham kan? Jadi tak perlulah ragu-ragu lagi untuk melabur dalam ASB dan ASN ni lagi. Kalau ada yang bercadang untuk nak buat pinjaman ASB, boleh apply kat sini.