Apa sebenarnya tujuan BR1M dan BSH ni?
Bagi mereka yang out of the loop (atau cuma tau ambil duit BR1M tapi tak tau asal-usul BR1M :P) BR1M dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2011 dengan tujuan untuk membantu meringankan beban golongan B40 ketika kerajaan (pada waktu tersebut) perlahan-lahan mengurangkan atau menghapuskan subsidi sedia ada. Kenapa kerajaan mansuhkan subsidi, anda tanya? Well, menurut bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, subsidi yang diberikan kerajaan turut dinikmati oleh golongan T20 dan M40, “It was so unfair,” kata beliau sendiri.
Jadi untuk membantu golongan B40 dengan efektif, subsidi seperti petrol dimansuhkan supaya bantuan tunai boleh diberikan kepada golongan B40 secara terus. Kalau korang dalam kategori B40, korang pun mesti tak happy kalau M40 dan T20 turut enjoy subsidi yang sepatutnya kan? Ha gitu lah citenye.
Selepas dirangka dan dibawa ke mesyuarat seterusnya diluluskan oleh Jemaah Menteri, BR1M kemudian dilaksanakan secara berperingkat. Nilai bantuan BR1M juga ditambah pada 2018 dan disebabkan Pilihan Raya Umum 14 jatuh pada tahun tersebut, sesetengah pihak mendakwa ia dijadikan ‘gula-gula’ atau ‘rasuah’.
BSH pulak adalah nama baru yang menggantikan BR1M oleh kerajaan baharu pimpinan PH. BSH dirancang untuk memberi bantuan secara lebih tersasar kepada golongan B40 dan saiz isi rumah.
Apa beza BR1M dan BSH ni?
Dari segi definasi, BR1M dan BSH tidak jauh berbeza dengan kedua-keduanya diwujudkan untuk membantu golongan B40. Untuk melihat perbezaan diantara BR1M dan BSH ni pulak, korang kena fahamkan betul-betul table yang kami sediakan di bawah:
Kategori 1 : Bujang
Jumlah Pendapatan | BR1M 2017 | BR1M 2018 | BSH 2019 |
---|---|---|---|
< RM2,000 | RM450 | RM450 + RM150* | RM100 |
Kategori 2 : Isi rumah
Jumlah Pendapatan | BR1M 2017 | BR1M 2018 | BSH 2019 |
---|---|---|---|
< RM2,000 | RM1,200 | RM1,200 + RM800* | RM1000 + RM120/anak |
< RM2,000 - RM2,999 | RM1,200 | RM1,200 + RM800* | RM750 + RM120/anak |
< RM3,000 - RM3,999 | RM900 | RM900 + RM600* | RM500 + RM120/anak |
< RM4,000 - RM4,999 | 0 | RM700* | 0 |
Tambahan :
Jumlah Pendapatan | BR1M 2017 | BR1M 2018 | BSH 2019 |
---|---|---|---|
Pendidikan Bagi Setiap Anak Yang Mendaftar Di Institusi Pengajian Tinggi | 0 | RM1,500* | 0 |
*Tambahan kepada pemberian sedia ada semasa kempen PRU 14
Nilai bantuan BR1M sememangnya lebih besar berbanding BSH terutama sekali selepas pertambahan nilai bantuan pada 2018 manakala nilai bantuan program BSH lebih kecil, lebih dinamik dan mengikut situasi.
Untuk membuktikan BSH lebih dinamik, jom kita bayangkan satu situasi. Isi rumah dengan jumlah pendapatan kurang RM2,000 dengan 4 orang anak akan mendapat bantuan BR1M berjumlah RM1,200 pada 2017, manakala untuk isi rumah dengan jumlah anak sama akan mendapat RM1,480 pada 2019. Kitorang ambil tahun contoh BR1M 2017 kerana tahun tersebut adalah antara tahun awal BR1M dilaksanakan dan 2019 pula adalah tahun awal BSH dilaksanakan.
Ramai yang tak puas hati dengan BSH. Kenapa?
Awal artikel tadi kitorang ada mention yang terdapat pihak yang sentap selepas kerajaan baharu menggantikan BR1M dengan BSH. Sejauh mana kebenaran ‘kemarahan’ diorang ni? Adakah kecaman yang dok berleluasa terutama di Facebook dan Twitter hanya berdasarkan khabar angin dan sebagainya? Apa jawapan kerajaan terhadap kecaman-kecaman ni? Jom kita selidik.
1. Jumlah bantuan dikurangkan
Abang ni marah betul bila nilai bantuan kepada orang bujang dikurangkan dari RM450 kepada RM100. Dia siap bagi kira-kira tau:
Untuk pendapat awam yang macam ni, kami happy untuk quote kata-kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad:
“Saya sentiasa cakap mengenai tongkat. Buanglah tongkat anda, berjalan di atas kaki sendiri, barulah anda menjadi kuat dan anda akan jadi lebih baik. Jika anda hanya suap rakyat, mereka akan jadi lemah,”
Kita lihat kejap kat negara Finland, sebab macam Malaysia, Finland jugak berhasrat bagi bantuan kewangan tunai kepada rakyat mereka, bergantung kepada keadaan kewangan penerima. Masa kerajaan Finland jalankan ujian pemberian bantuan berjumlah US$587 (RM2,390) kepada 2,000 rakyat yang tidak bekerja secara random, ujian tersebut dikritik kerana didakwa menjadikan rakyat mereka lebih malas, malah case study yang dijalankan pemerhati tempatan dan antarabangsa mendapati terdapat penerima bantuan yang tidak bekerja tetap tidak mahu bekerja kerana mereka tidak mahu kadar bantuan yang diterima dikurangkan oleh kerajaan.
Ujian yang dijalankan pada Januari 2017 tersebut tidak mengubah unemployment rate di Finland iaitu kekal sebanyak 8.1% sehingga November tahun sama.
Selain tu, kitorang juga nak share pendapat salah seorang kawan kitorang bila ditanya mengenai isu ni:
“Aku bujang bro dan aku layak dapat BR1M 2017 dan 2018 tu. Tapi aku tak ambik. Orang akan cakap aku bodoh sebab tak ambik duit free dan aku tak pedulik, sebab aku bujang, aku bekerja, aku ada kereta dan motor, dan aku tidur dalam rumah berbumbung. Memang aku layak untuk BR1M, tapi lagi ramai orang susah dan dalam situasi lagi teruk dari aku, dan mereka 1000% lebih layak untuk dapat bantuan,” kata sorang rakyat marhaen ni.
Kitorang terdiam. Too deep.
Pada masa yang sama jugak, ada netizen-netizen yang cuba meyakinkan netizen tadi bahawa bantuan kerajaan bukanlah segala-galanya, selain perli yang bantuan tu sepatutnya diberikan untuk mereka yang benar-benar layak:
Kitorang was like:
2. Golongan seperti warga emas dan OKU didakwa diabaikan.
Terdapat portal berita yang melaporkan seorang penerima BR1M yang juga seorang OKU gagal mendapat bantuan BSH kerana didapati tidak layak. Susulan itu, kerajaan terus keluarkan statement yang diorang tidak mengabaikan golongan tersebut. Lagipun, diorang sedang kemas kini maklumat dan mengutamakan golongan keluarga B40 untuk bantuan BSH.
Satu perkara yang netizen miss kat sini adalah golongan OKU dan warga emas adalah layak diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ingat! Golongan OKU, warga emas dan berkeluarga B40 adalah kategori-kategori yang berbeza. Jadi, badan bertanggungjawab yang akan memberikan bantuan untuk mereka juga berbeza, dan program BSH lebih mengutamakan KELUARGA B40.
3. Orang anggap bantuan tu semua sepatutnya boleh guna untuk sebulan, macam gaji bulanan gamaknya. Adoi!
Tolong la. Bila kerajaan sekarang kata diorang bagi RM100 untuk orang bujang, tu tak bermakna korang yang bujang tu guna RM100 tersebut betul-betul untuk makan, minum, bayar bil tepon, bayar hutang kereta atau motor, bayar duit belanja makwe ke ape. Adoiyai admin pun rasa tertekan kalau korang fikir macam tu.
Sebagai contoh, RM100 untuk orang bujang tu sepatutnya digunakan untuk pengisian petrol dan pembayaran tol je paling kuat. Kena ingat atau baca balik awal artikel ni tadi mengapa subsidi dimansuhkan! Ini tak, ada yang dok marah-marah cakap macam kehidupan diorang dalam sebulan tu memang betul-betul bergantung pada RM100. Kalau kita fikir balik, bantuan BR1M untuk orang bujang yang sampai RM450 tu dah kira banyak tau kalau untuk isi petrol dan bayar tol. Apa korang ingat korang nak guna duit bantuan BR1M atau BSH ni untuk bayar ansuran kad kredit atau henset ke? Pls lah.
Sooo..macam mana kerajaan boleh perbaiki lagi program bantuan BR1M/BSH ni dan jadikannya lebih efisien?
Jadi, pada pendapat kami, selain daripada bantuan tunai, kerajaan (mungkin dengan kerjasama agensi) perlu sediakan lebih banyak peluang pekerjaan, terutama untuk mereka yang baru keluar dari sekolah/universiti, berumur lebih 30 tahun, golongan warga emas yang berhasrat untuk bekerja dan golongan OKU.
Kita sedia maklum dengan inisiatif kerajaan terdahulu iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menyediakan peluang seperti bekerja dari rumah untuk penjawat awam dan sebagainya, namun diharap kerajaan sekarang boleh luaskan lagi dan menambah skop peluang pekerjaan tersebut kepada semua lapisan umur dan masyarakat, terutamanya di bahagian swasta. Apabila bilangan rakyat yang bekerja bertambah, secara tidak langsung ia menyumbang kepada keseimbangan ekonomi dan menyumbang kepada keadaan kewangan negara yang stabil.
Lepas tu, apabila unemployment rate menghampiri jumlah sifar, barulah bantuan tunai boleh dikurangkan secara perlahan-lahan. Pendapat kami, bantuan tunai hanya layak dikekalkan terhadap golongan bujang, warga emas atau OKU yang sakit terlantar, atau warga emas atau OKU yang bekerja. Kalau korang sihat, cukup anggota badan dan boleh bekerja, then tidak ada sebab kepada korang perlu kekal terima bantuan tunai, provided yang kerajaan telah tambah peluang pekerjaan. Kosongkan minda dan ambil 5 minit untuk fikirkan ini, bukankah lebih baik bantuan tunai diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan?
Korang ada idea lain? Share dengan kami!
Memang susah nak puaskan hati semua orang. Kerajaan mesti tengah pening macam mana nak deliver janji-janji diorang dan pada masa yang sama orang ramai terkesan dek keadaan ekonomi yang tak menentu, pastu bantuan tunai pulak dikurangkan (sennntappp). Apa pendapat korang? Macam mana program seperti BSH ni boleh ditambah baik? Atau perlu ke kerajaan jalankan program lain?
Sambil baca-baca artikel tu, kalau korang nak beli atau renew insurans motorsikal korang, korang click banner bawah ni. Sekarang kita semua boleh beli dan renew insurans online. Senang je!