Apa sebenarnya pendapatan sewa rumah ni?
Pendapatan sewa rumah ni rupanya apa-apa hasil pendapatan atau wang yang tuan rumah (korang) terima dari hasil korang menyewa hartanah kediaman korang tuh. Kalau tengok bawah e-Filing, pendapatan sewa rumah ni ada kat bawah ‘Pendapatan Berkanun Daripada Sewa’. Kalau secara manual pulak, dia kat bawah bahagian B2 (borang BE) atau bahagian B7 (borang B).
BACA : Fahami Pelepasan Cukai Anda
Tahu tak apa syarat pendapatan sewa rumah yang kena cukai ni?
Nak senang cerita, mana-mana jumlah yang diterima dari kegunaan atau menduduki hartanah akan dikira sebagai sewa dan secara automatik dikira sebagai pendapatan yang akan dikenakan cukai. Korang jangan panik dulu sebab jumlah yang korang dapat dari sewa ni masih boleh dikurangkan.
Nak tahu macam mana cara dia? Korang boleh buat penolakan dari semua perbelanjaan yang korang guna dalam menguruskan rumah sewa tuh.
Kiranya, lepas korang tolak semua perbelanjaan tuh, jumlah bersih yang tinggal tuh adalah jumlah yang akan dikira sebagai pendapatan yang dikenakan cukai. Tapi korang kena ingat yang tak semua perbelanjaan tuh boleh ditolak dari jumlah sewa tau!
BACA: 5 Fakta Tentang Cukai Pendapatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu
Antara syarat-syarat yang korang kena untuk dapat pelepasan pendapatan sewa:
- Pendapatan sewa tak lebih dari RM2,000 sebulan untuk setiap rumah kediaman. Individu kena pemastautin Malaysia. Pengecualian ni tak terhad kepada satu kediaman sahaja.
- Tuan rumah boleh dapat pengecualian cukai sewa rumah untuk sebanyak mana hartanah kediamannya yang disewakan.
- Hartanah kediaman ni mestilah disewakan berdasarkan Perjanjian Penyewaan Rumah yang sah disisi undang-undang. Perjanjian ni kena ada setem LHDN dan di buat bermula 1 Januari 2018.
Apa je jenis perbelanjaan yang boleh tolak dari pendapatan sewa rumah?
Nak bagi korang senang paham, perbelanjaan yang boleh tolak dari pendapatan sewa harta tanah ni adalah perbelanjaan langsung yang dilakukan untuk menghasilkan pendapatan. Antara yang boleh tolak adalah:
Cukai pintu dan cukai tanah |
|
---|---|
Faedah atas pinjaman |
|
Premium insurans kebakaran |
|
Perbelanjaan mengutip sewa |
|
Perbelanjaan yang dilakukan untuk memperbaharui penyewaan atau menukar penyewa |
|
Perbelanjaan pembaikan |
|
BACA JUGA: CKHT 2019: Betul Ke Cukai Ni Menguntungkan Orang Yang Nak Jual Hartanah?
Mari belajar cara nak kira pendapatan sewa rumah bercukai ni!
Contoh lah kan, Cik Kiah ada sewakan rumah dia dengan harga RM1,500 sebulan pada tahun 2021 dan ada perjanjian yang sah antara dia dan penyewa dia. Korang rasa, berapa jumlah pendapatan sewa yang Cik Kiah dapat tuh akan dikenakan cukai? Okay, sila keluarkan kalkulator masing-masing.
Perkara | Sewa (RM) | Bulan | Jumlah (RM) |
---|---|---|---|
Sewa diterima | 1,500 | x 12 | 18,000 |
Belanja | Tolak Belanja | ||
Cukai tanah | 930 | ||
Faedah pinjaman bank | 4,200 | ||
Baiki kerosakan | 3,200 | ||
Insurans kebakaran | 350 | ||
Bayaran selenggara (JMB/MC) | 1,300 | ||
Kawalan serangga perosak | 500 | ||
Perbelanjaan yang ditolak | 10,480 | ||
Jumlah pendapatan sewa rumah yang kena cukai | 7,520 |
BACA JUGA: Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) Di Malaysia
Kalau dah tahu, senang nak tolak cukai tuh dan tinggal sikit je lah yang nak kena bayar. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak kan? Hah jangan lupa simpan semua bukti-bukti pembayaran cam resit atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan dalam satu tempat! Nanti bila nak bayar cukai, senang nak cari.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal pelepasan cukai yang korang boleh guna untuk tahun taksiran 2021, boleh baca ni sebelum korang pergi isi borang e-Filing nanti. Kang tak pasal-pasal kena bayar lebih dari yang korang kena bayar!
*Artikel ini diolah semula dari artikel “Apa itu cukai bagi pendapatan sewa rumah dan cara pengiraannya?” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my. Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: