Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2023 (Taksiran 2022)

BY Team Loanstreet

Updated 27 Mar 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


Senang gila nak urus cukai pendapatan! Semua benda kat hujung jari, tinggal nak klik dan isi je. Tapi masalahnya, ada lagi yang masih konfius sampai tahap lupa nak claim. Tak pasal-pasal kena bayar cash lebih kat Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN).

Disebabkan tulah, kitorang cuba sebaik mungkin untuk guide korang buat Taksiran 2022 dengan panduan lengkap cukai pendapatan ni.

Sebelum kita mula, korang kena faham dulu...

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Apa tu cukai pendapatan?

Kat Malaysia, cukai pendapatan dilevikan kepada individu dan syarikat - atas semua pendapatan yang dibuat. Kadar cukai bergantung kepada jenis sumber pendapatan.

Maksudnya, individu dan syarikat kena hantar cukai yang difailkan dalam tempoh tertentu untuk bayar cukai atau terima lebihan cukai.

Tujuan gomen kutip cukai pendapatan adalah untuk:

  • Pembangunan negara
  • Gaji dan pencen kakitangan kerajaan
  • Bina infrastruktur dan kemudahan biasiswa
  • Kemudahan seperti taman rekreasi awam
  • Institut pendidikan
  • Inisiatif kesihatan
  • Sekuriti dan pertahanan negara
  • Kajian sains dan perubatan


“Perlu ke saya bayar cukai pendapatan?”

Selepas tolak elaun syarikat, bonus, komisen dan faedah, penduduk di Malaysia dengan pendapatan tahunan lebih RM34,000 (tolak KWSP), atau RM38,200 (sebelum potong), perlu daftar fail dan bayar cukai pendapatan.
 


Individu pemastautin dikenakan cukai berdasarkan cukai progresif dengan kadar 0% hingga 30% daripada pendapatan mereka, manakala individu bukan pemastautin dikenakan kadar rata sebanyak 30%.

Kalau korang tinggal kat Malaysia, tak kurang dari 182 hari, korang dikira sebagai pemastautin – tak kira dari negara mana (ikut undang cukai Malaysia).

Sebaliknya, korang tak dikira sebagai bukan pemastautin sekiranya tinggal kurang dari 182 hari dan ikut kadar berbeza. Kena ingat yang tempoh 182 hari ni tak semestinya berturut-turut. 

Selain tu, golongan emas berusia lebih dari 55 tahun akan dijaga baik dengan pencen daripada penggajian Malaysia dikecualikan daripada cukai.

NOTA:
Bajet 2023  telah mengumumkan penurunan kadar cukai bagi pendapatan bercukai tertentu, iaitu RM35,000 hingga RM50,000, RM50,001 hingga RM70,000 dan RM70,001 hingga RM100,000. Pengurangan kadar cukai ni sangat bermanfaat untuk isi rumah berpendapatan sederhana (M40) sebab ia membawa kepada peningkatan dalam pendapatan yang boleg diguna.

Selain itu, pembayar cukai yang berpendapatan antara RM100,000 hingga RM400,000 kini akan mempunyai kadar cukai seragam sebanyak 25%, manakala mereka yang berpendapatan lebih daripada RM600,001 akan menghadapi peningkatan kadar cukai sebanyak 28%.


Berapa kadar cukai korang kena bayar?

 
Pendapatan Bercukai (RM) Kadar Cukai 2021 Kadar Cukai 2022
1 - 5,000 0% 0%
5,001 - 20,000 1% 1%
20,001 - 35,000 3% 3%
35,001 - 50,000 8% 6%
50,001 - 70,000 13% 11%
70,001 - 100,000 21% 19%
100,001 - 250,000 24% 25%
250,001 - 400,000 24.5% 25%
400,001 - 600,000 25% 26%
600,001 - 1,000,000 26% 28%
1,000,001 - 2,000,000 28% 28%
Melebihi 2,000,000 30% 30%


Kalau nak tahu, Malaysia ni dianggap sebagai salah satu negara dengan cukai paling rendah. Bukan tu je, korang siap dapat jimat lebih cukai pendapatan tu. Jadi, berapa je korang punya pendapatan bercukai?

Ramai menganggap pendapatan bercukai sama dengan cukai kena bayar. Tapi sebenarnya. Korang dapat cukai kena bayar dari pendapatan bercukai. Oleh sebab tu, korang kena lah tahu berapa pendapatan bercukai terlebih dulu.
 

Ni formula dia:

Cukai Kena Bayar = Pendapatan Bercukai – Pelepasan Cukai Peribadi – Potongan Cukai – Pengecualian Cukai


Tak susah pun, kan? Menurut maklumat latest dari LHDN, jenis pendapatan di bawah ni boleh dicukaikan:

  • Bisnes atau profesion
  • Pekerjaan
  • Dividen dan faedah (kecuali faedah daripada deposit bank)
  • Diskaun
  • Cukai rumah yang dikutip
  • Royalti, premium, pencen, anuiti
  • Pinjaman kereta ataupun rumah dari syarikat korang, tuntutan bil, kad kredit syarikat, yuran persekolahan yang dibayar oleh syarikat, dan segala faedah daripada syarikat yang korang dapat dalam betuk wang – semua ini dikategorikan sebagai “Pre-requisites”


Camne nak kira cukai yang perlu dibayar? 

Contohnya, kalau pendapatan tahunan korang sebanyak RM50,000, pendapatan dari sewa sebanyak RM3,000, dan faedah dari deposit tetap sebanyak RM1,500. Kiranya, total pendapatan tahunan korang adalah RM54,400.

Oleh sebab deposit tetap dianggap sebagai pengecualian cukai, korang takde sebarang pelepasan cukai buat masa ni, cara kira adalah seperti berikut:
 

RM54,400 – RM1,500 = RM52,900

(Jumlah Pendapatan Bercukai – Pengecualian Cukai = Cukai Kena Bayar)



Apa pulak maksud pengecualian cukai, pengurangan cukai, rebat cukai dan pelepasan cukai?



Penting untuk korang paham apa beza benda-benda ni. Pengurangan cukai, pengecualian cukai, dan pelepasan cukai semua berfungsi untuk kurangkan cukai yang korang kena bayar, rebat cukai pulak untuk kurangkan apa yang korang perlu bayar dalam cukai – iaitu jumlah sebenar cukai. 


Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai dikenakan kepada perkara yang dianggap keperluan – insurans hayat dan KWSP, insurans pendidikan, perbelanjaan perubatan ibu bapa, pembelian buku gaya hidup dan peralatan penyusuan serta pelepasan anak dan banyak lagi.

Ni adalah senarai pelepasan cukai 2023 untuk e-Filing 2023:

1. Pelepasan Individu

  • Individu kurang upaya : RM6000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
  • Suami / isteri / alimoni kepada bekas isteri : RM4000
  • Yuran pengajian diri sendiri : RM7000

2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan
  • Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000
  • Peralatan alat sokongan khas : RM6000
  • Gaya hidup : RM2500
  • Pembelian bahan bacaan
  • Pembelian komputer peribadi
  • Telefon pintar/internet
  • Pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium
  • Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
  • Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan
  • Pembelian peralatan sukan
  • Sewaan /fi di mana-mana fasiliti sukan/fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  • Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000
  • Penginapan di premis yang berdaftar
  • Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan
  • Pembelian peralatan penyusuan : RM1000
  • Pembayar cukai wanita sahaja
  • Anak berumur kurang 2 tahun sahaja
  • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000)


3. Pelepasan Anak

  • Anak bawah 18 tahun : RM2000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadiakn berdaftar : RM3000
  • Anak kurang upaya : RM6000
  • Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)


4. Caruman / Sumbangan

  • Insurans Nyawa dan KWSP *individu penjawat awam dan berpencen RM7000 atau
  • Selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3000
  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
  • PERKESO : RM250
  • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
  • Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8000

 


Potongan Cukai

Potongan cukai sama je dengan pengecualian cukai, tapi lebih spesifik. Korang hanya boleh buat tuntutan potongan cukai bagi derma yang dibuat terus kepada badan gomen atau amal yang disahkan. Berita baiknya, takde had kepada satu je badan amal atau organisasi. Boleh je claim tuntutan bagi potongan cukai yang berlainan.
 

Rebat Cukai

Akhir sekali, rebat cukai mengambil sebahagian daripada jumlah cukai korang dan menjadikannya lebih rendah. Ia termasuk Zakat/Fitrah (untuk orang Islam), dan rebat cukai pasangan sebanyak RM400 jika dia mempunyai pendapatan bercukai tidak lebih daripada RM35,000 setahun.


Camne nak failkan cukai pendapatan?

Kepada mereka yang baru mula 'adulting', korang perlu daftarkan diri sebagai pembayar cukai melalui LHDN terlebih dahulu sebelum failkan cukai korang secara online.

Nak tahu proses dia? Baca artikel ni untuk proses langkah demi langkah: Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! INI Cara Nak Elakkan

Itulah dia panduan cukai pendapatan 2023. Kami harap artikel ni membantu korang dan buat proses pemfailan lebih senang – terutamanya kalau ni kali pertama. Kalau korang perlukan maklumat lagi, ada banyak lagi tip berguna kat Pusat Pembelajaran!



*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan

OPR Naik Lagi (2.75%): Apa Itu OPR Bank Negara & Kesannya?

OPR Dikekalkan (3.00%): Apa Itu OPR & Kesannya Pada Rakyat?

Tabung Haji: Jenis-Jenis Hibah Yang Korang Kena Tahu

Tabung Haji: Jenis-Jenis Hibah Yang Korang Kena Tahu